Qaf memberhentikan keretanya dihadapan pasaraya HJ Mahmood untuk membeli barang melakukan aktiviti BBQ malam ini. Entah kenapa tiba-tiba hatinya berasa tidak tenang, Qaf beristighfar beberapa kali sebelum melangkah keluar daripada kereta. Dia berharap tiada apa-apa yang berlaku pada orang yang dia sayang.
"Walid nak beli apa ni?" Tanya Qaf sambil melangkah masuk ke dalam pasaraya ini.
"Along, angah pergi cari ayam 3 ekor, sosej, sotong dan udang 3kg. Walid nak pergi cari barang kering, jangan lupa suruh orang tu potong 12, kalau tidak di potong nanti mengamuk pula umie." Pesan Hj Zulkifli sebelum menyusun langkah ke bahagian bahan kering seperti sos cili, sos tiram dan juga barang-barang lain.
"Along, mana kenal wife along tu?" Tanya Nuh sambil berjalan di sebelah Qaf yang sedang menolak troli menuju ke bahagian barang basah seperti ayam, ikan dan makanan laut yang lain.
"Daddy dia kenal kan."
"Mana along kenal daddy dia?"
"Jumpa dekat masjid."Balas Qaf sambil memilih tiga ekor ayam, dia berasa hairan dengan sikap ambil tahu Nuh kerana adik dia ini bukannya berminat dengan hal sekeliling.
"Wah.. senangnya jumpa jodoh orang kaya, kalau macam itu angah nak rajin ke masjid la mana tahu jumpa bapa mentua macam Tan Sri Abdul Fattah dan isteri macam Ayfa."
Qaf merenung tajam ke arah Nuh, dia tidak boleh terima apabila adiknya mahu isteri seperti Ayfa kerana wanita itu hanya milik dia seorang.
"Orang pergi masjid untuk beribadah bukan mencari jodoh, kalau niat tak baik selalunya tak akan tercapai. Lagi satu jangan cakap nak isteri macam Ayfa, cari isteri sendiri jangan nak macam isteri orang lain dan tolong panggil Ayfa tu Kak Fa." Balas Qaf dengan nada suara yang agak serius dan tegas.
"Ala, along rileks la. Masa first time angah jumpa kak Fa tu dia pandang Nuh macam nak goda angah or pandangan mata dia tu memang menggoda? Angah risau la dia nak goda angah."
Qaf mendengus kasar mendengar kata-kata Nuh, dia yang sedang memilih sotong berasa mahu menyumbat mulut Nuh dengan sotong mentah ini biar dia diam untuk beberapa jam.
"Apa masalah angah ni? Jangan cuba nak try Kak Fa, dia isteri along dan Kak Fa perempuan yang baik dia bukan seorang yang senang didekati, jangan nak perasan dia tengok angah. Tolong along pilih sotong ni." Qaf dapat merasakan yang Nuh ada hati dengan Ayfa, dia tidak boleh membiarkan adiknya ini mendekati isterinya.
Nuh bengang kerana tidak berjaya menghasut Qaf, hati lelaki ini terlalu positif sehingga segala aura negatif yang dia cuba masukkan tidak berjaya menembus akal fikiran lelaki ini untuk berfikir buruk tentang isterinya. Dia mahukan Ayfa kerana wanita itu sangat menawan dan juga kaya, pasti dia akan bahagia apabila dapat mengahwini isteri seperti Ayfa.
"Dapat tak semua barang basah yang walid pesan tadi?" Tanya Hj Zulkifli yang berdiri di antara Qaf dan Nuh.
"Dah walid semua dah ada ni." Kata Nuh sambil meletak sosej dan ayam di dalam troli. Qaf pula sedang menunggu sotong dan udang untuk di timbang.
"Okay la kalau macam tu, walid nak balik cepat sebab sakit perut. Salah makan kot. Arang semua dah ada dekat rumah." Kata Hj Zulkifli sambil memegang perutnya yang memulas, tidak tahu la apa yang dia salah makan hari ini.
"Okay juga tu, along pun rasa nak balik cepat." Qaf berasa tidak tenang saat ini, dia sendiri tidak tahu kenapa perasaannya tidak tenteram sejak keluar daripada rumah tadi. Dia perlu balik ke rumah dengan kadar segera untuk melihat keadaan Ayfa, semoga tiada sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.
Sebaik sahaja memberhentikan keretanya di hadapan rumah kampung Hj Zulkifli, Qaf berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.
"Fa? Fa?" Panggil Qaf sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, suasana sunyi sepi. Dia menjenguk ke dalam bilik air, isterinya tiada di situ. Telefon bimbit Ayfa di atas katil membuatkan hati Qaf semakin tidak tenteram, isterinya mana nak berenggang dengan telefon bimbitnya.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...