B A B 1

205 26 0
                                    

"Ayana, kamu balik tak minggu ni?" Kedengaran suara Mak Cik Amna di corong telefon.

"Insya-Allah, balik mak. Kalau tak ada apa-apa aktiviti minggu ni nanti Yana sampai di kampung. Mak rindu Yana ke tu?" balas Ayana sambil ketawa kecil.

"Iya la. Kamu tu la satu-satunya anak mak. Mesti la mak rindu kamu. Dah dua minggu kamu tak balik sebab ada aktiviti di sekolah, kan?" Mak Cik Amna menghela nafasnya.

"Maaf la mak. Minggu lepas memang Yana sibuk sikit sebab ada kerja dekat sini. Insya-Allah hujung minggu ni Yana balik. Sambil tu nak menjenguk si jejaka pengarang hati." Ayana ketawa apabila terdengar maknya terbatuk kecil.

"Amboi! Bukan main gelaran 'si jejaka pengarang hati' bagai. Dia tu elok ja mak tengok dua hari lepas ha. Yang tak eloknya tok ibu kamu ni. Dah bising rindukan kamu sebab tak jenguk dia," getus Mak Cik Amna.

Sambil ketawa Ayana membalas, "Alaa, mak ni. Tu calon menantu mak, kan. Janganlah cemburu. Cakap dekat tok ibu nanti Yana balik kampung, Yana bawa mak dan tok ibu jalan-jalan ya. Kita ronda-ronda kampung. Boleh jenguk bakal menantu mak sekali."

Dah dua minggu Ayana tak dapat balik ke kampung disebabkan sibuk dengan aktiviti di sekolahnya. Maklumlah awal tahun, nak urus pendaftaran budak lagi, nak kena kemaskini data lagi. Itu yang mak dan tok ibunya bising betul dari dua minggu lepas, bukan mereka tak faham tapi sebab rindu katanya. Haih laa, macam-macam kerenah dua orang syurganya itu.

"Yalah Yana. Nanti nak bergerak balik sini telefon mak. Boleh mak masak lauk kegemaran kamu. Sampai sini saja boleh makan terus."

"Baik mak. Nanti Yana nak gerak balik ke sana Yana call mak ya," ujar Ayana sambil tersenyum sendiri.

"Okaylah. Kamu jaga diri elok-elok kat sana. Makan tu biar cukup. Jangan lupa makan ikut waktu. Kamu tu bukan boleh kira." Mak Cik Amna mengomel.

Walaupun maknya suka mengomel, Ayana tidak kisah. Lagi suka adalah, sebab boleh dengar suara merdu maknya itu. Dia bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu.

"Ya, mak. Baik, Yana dengar nasihat mak tu. Okaylah mak. Yana nak kena letak dulu ni. Nanti kirim salam dekat tok ibu ya mak. Ha! Lagi satu tolong sampaikan kirim salam rindu serindu-rindunya dekat kekasih hati pujangga Yana tu ya mak," tutur Ayana sambil tersenyum lebar.

"Allah! Anak siapa la kamu ni Yana. Gatal betul! Yalah. Nanti kalau mak jumpa 'kekasih hati' kamu tu, mak akan sampaikan kirim salam rindu kamu tu dekat dia," balas Mak Cik Amna sambil ditekan suaranya apabila menyebut perkataan kekasih hati.

Amboi! Nak perlilah tu.

"Terima kasih mak. Sayanggg mak! Assalamualaikum mak," ujar Ayana kemudian dia meletak telefon bimbitnya di atas meja setelah Mak Cik Amna terlebih dahulu memutuskan talian setelah menjawab salamnya.

Ayana termenung seketika. Fikirannya melayang mengingati wajah si jejaka yang dirindui. Sudah lama dia tidak bertanya khabar kepada jejaka itu. Bukan tak nak ambil tahu tapi dia segan untuk berhubung dengan jejaka itu kerana dia perlu menghantar pesanan ringkas atau menelefon jika mahu berhubung dengan lelaki itu.

Ini disebabkan si jejaka hanya memakai telefon Nokia 1208. Katanya tak mahu membazir dan tak ada kegunaan kalau pakai telefon pintar jenama terkini. Pasrah Ayana bila mendengar jawapan lelaki itu. Sudahlah tak boleh nak whatsapp, kalau Ayana hantar mesej pun kadang-kadang saja yang dibalas. Nak telefon lagi la jarang jejaka itu nak angkat panggilan yang dibuat oleh Ayana.

Hubungannya dengan lelaki itu telah renggang sejak tiga tahun yang lalu. Tak tahu nak salahkan siapa yang menyebabkan hal ini terjadi. Ayana menganggap apa yang telah terjadi merupakan satu ujian buat dirinya. Hal ini kerana dia berpegang dengan pesanan yang disampaikan oleh arwah ayahnya dahulu,

'Setiap apa yang berlaku di dunia ini ada hikmah dan sebabnya. Allah tak akan pertemukan kita dengan seseorang itu secara sia-sia. Pasti ada hikmah yang Allah nak kita ambil disebalik pertemuan itu.  Sama ada orang itu merupakan ujian buat diri kita atau merupakan penyebab untuk kita muhasabah diri dan lagi mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta.'

Jadi Ayana menganggap apa yang pernah terjadi tiga tahun lalu adalah ujian buat dirinya. Allah nak berpesan kepadanya bahawa semua makhluk yang ada di dunia ini adalah kepunyaan-Nya. Kita sebagai manusia jangan terlalu bergantung harap pada makhluk ciptaan-Nya.

Oleh itu, setelah dua tahun berlalu, Ayana cuba memulihkan kembali hubungannya bersama lelaki itu. Dia yang terlebih dahulu memulakan langkah untuk menjernihkan kembali hubungan mereka. Walaupun sudah setahun dan lelaki itu masih agak dingin dengannya tetapi Ayana tidak mengalah untuk membaiki hubungan di antara mereka.

Tidak tahu kenapa, tetapi hatinya tidak boleh memarahi lelaki itu terlalu lama. Jadi dia memujuk dirinya untuk melupakan peristiwa yang telah berlaku dua tahun yang lalu dan kembali menjernihkan hubungannya bersama lelaki itu.

"Sabar la Ayana. Kau juga yang nakkan dia semula kan. Jadi, jangan putus asa! Dekat tiga tahun kau makan hati dengan dia, apalah sangat nak tahan lagi setahun, dua," bisik Ayana sambil memeluk tubuhnya sendiri.


Bersambung...

Terima kasih kerana sudi baca.
Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍

AyanaWhere stories live. Discover now