B A B 10

75 14 5
                                    

Sebelum Ayana dan Siti ke kandang

"Siti tunggu sini. Akak balik kejap ambil kereta. Jauh juga kalau kita nak jalan kaki pergi kandang abang tu."

"Siti ikut akak la balik rumah. Selang lima buah rumah saja nak jalan. Lagipun nak pergi kandang memang belah sana." Rumah Ayana dan rumah ibu bapanya hanya selang lima buah rumah sahaja. Jalan tak sampai 10 minit dah sampai. Lagipun boleh ambil angin pagi sementara tak berapa panas lagi sekarang.

"Kalau Siti tak kisah akak okay je. Jom!" kata Ayana sambil memakai kasut. Wajah Mak Cik Salimah dipandang dan dia tersenyum melihat wajah wanita itu.

"Yana pergi dulu ya mak cik. Nanti kirim salam dekat Pak Cik Halim ya. Malam ni mak cik pergi tak rumah Pak Cik Hashim?"

"InsyaAllah nanti mak cik beritahu dekat pak cik kamu tu. Ya, mak cik pergi. Yana pergi juga ke?"

"Yana pergi. Saja ikut mak dan tok ibu," balas Ayana sambil tersengih.

"Jom akak. Lagi lambat nanti terik pula matahari terpacak atas kepala."

"Yana dengan Siti pergi dulu ya mak cik."

"Yelah. Pergi elok-elok. Kita jumpa malam ni ya," ujar Mak Cik Salimah sambil menyambut huluran tangan Ayana. Kepala yang tertutup dengan selendang hitam itu digosok lembut.

'Semoga kamu berjodoh dengan Alauddin, Ayana. Mak cik nak tengok kamu berdua bahagia bersama,' doanya di dalam hati.


"ASSALAMUALAIKUM! Abang Din! Oh Abang Din!"

Mak Cik Salimah yang sedang menjahit baju itu terkejut mendengar suara seseorang di luar rumahnya. Lantas punggung diangkat dan berjalan membuka pintu rumah miliknya.

"Siapa pula yang datang ni... Oh, kamu ke Auni. Aku ingat siapa tadi."

"Eh! Mak long," sahut Auni sambil melangkah masuk kedalam rumah itu.

"Kenapa kamu datang ni? Mak kamu mana?"

"Auni datang nak jumpa Abang Din. Mak ada dekat rumah tu. Kejap lagi kut mak datang."

"Din tak ada. Dia pergi kandang." Mak Cik Salimah menjawab selamba, bukan dia tak tahu anak sedara dia yang seorang ini. Bukannya suka pergi kandang kambing Alauddin, katanya busuk la kotor la.

Auni menarik muka masam setelah mendengar kata mak longnya itu. Sambil membuat gaya flip hair, Auni mendesis 'Ish penat aku bangun awal lepastu siap cantik-cantik. Dia tak ada pula. Kalau aku tahu baik aku tidur lagi. Dah la baru pukul 11:30 pagi.'

"Lambat lagi ke Abang Din nak balik mak long?"

"Kalau kerja dia siap awal tengah hari kejap lagi dia balik. Kalau tak lambat lagi la."

"Penat Auni pakai cantik-cantik nak tunjuk dekat Abang Din. Tapi dia tak ada pula. Siapa nak tengok baju Auni yang cantik ni mak long," adu Auni manja.

Mak Cik Salimah hanya menggeleng kepalanya, 'Haih la Auni. Macam-macam la perangai kau ni.'

"Kalau kamu nak tunggu duduk la sini dulu. Mak long nak menjahit baju kejap. Nanti mak kamu dah datang panggil mak long.''

"Eh, tak nak lah mak long. Auni nak balik dulu. Nak sambung tidur balik. Lagipun Abang Din tak ada buat apa lagi Auni nak tunggu sini. Bosan!" balas Auni selamba sambil melangkah keluar dari rumah itu.

Mak Cik Salimah hanya melihat kelibat anak saudaranya itu. Macam ni berangan nak jadi isteri kepada anak aku? Minta jauh la. Berbeza sungguh perangai Auni dengan kakaknya itu. Kakak Auni itu lebih sopan dan tertib bicaranya. Menghela nafas, Mak Cik Salimah kembali menutup pintu rumahnya. Kalau Auni dah balik, adiknya itu mesti tak jadi datang.


ALAUDDIN memerhati Ayana yang sedang keluar dari keretanya itu. Memakai tudung dan t-shirt berwarna hitam dipadankan dengan seluar palazzo berwarna coklat. Wajah wanita itu kelihatan kemerah-merahan, mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas. Kemudian dia melihat adiknya juga keluar dari kereta wanita itu.

"Abang! Ni adik datang dengan Kak Yana, nak hantar makanan dekat abang. Abang mesti laparkan?"

Alauddin memandang beg berisi makanan yang dipegang oleh Siti, kemudian matanya beralih melihat wajah Ayana yang masih terhias dengan senyuman sambil sepasang mata milik gadis itu pegun memperhatikannya.

"Kau buat apa datang sini?" tanya Alauddin dingin.

"Datang nak jumpa awak la." Mesti ramai yang hairan kenapa kejap-kejap Ayana memanggil Alauddin dengan gelaran 'awak' nanti 'Abang Al' pula. Ini kerana Ayana takut diri dia dimarahi lagi oleh Alauddin seperti dahulu. Jadi, untuk langkah berjaga-jaga dia lebih banyak menggelarkan 'awak' sekiranya bercakap dengan lelaki itu.

"Ikut suka kau la," balas Alauddin sambil berlalu pergi.

"Jom akak. Abaikan abang tu. Jual mahal pula." Siti menarik tangan Ayana supaya membuntuti dia ke kandang kambing milik abangnya itu.

Tiba-tiba Alauddin terdengar suara Ayana menjerit, " Aydd!"


Bersambung...

Terima kasih kerana sudi baca. Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍

AyanaWhere stories live. Discover now