"Terima kasih cikgu!" Bergema suara murid di dalam kelas 5 Bestari itu.
"Sama-sama. Jangan lupa siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Esok ketua kelas kutip dan hantar di bilik guru ya."
"Baik cikgu!" sahut Amir, ketua kelas 5 Bestari.
Ayana melangkah keluar dari kelas tersebut dan berjalan menuju ke bilik guru. 'Fuh, penatnya harini. Nasib tadi kelas terakhir untuk harini,' bisik Ayana sendirian.
"Ayana!"
Dia yang baru membuka pintu bilik guru itu terhenti apabila mendengar namanya diseru dari belakang. Setelah menoleh dia terkaku seketika dan sepasang matanya mengecil mengamati wajah yang sedang tersenyum kepadanya itu.
"Awak tak kenal saya ke?" tanya orang itu.
"Eh, Hariz kan?"
Senyuman lelaki itu semakin lebar setelah mendengar bicara Ayana. Matanya tidak lepas dari memandang wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Cantik! Berbaju kurung cotton yang bercorak bunga-bunga kecil dan dipadankan dengan tudung berwarna kuning cair.
"Ingat pun. Saya ingat awak dah tak kenal saya."
"Mestilah kenal. Cuma tadi terkejut sebab kena tegur tiba-tiba," balas Ayana sambil tersenyum. Hariz merupakan teman sekuliahnya dahulu. Mereka tidaklah terlalu rapat cuma kenal begitu sahaja. Bercakap pun apabila mempunyai tugasan atau keperluan.
"Eh, awak buat apa kat sini?"
"Saya dapat pindah ke sini. Harini baru lapor diri dekat guru besar. Esok baru saya mula bertugas."
"Oh, jadi awaklah cikgu baru yang pindah ke sini tu."
"Awak tahu saya nak pindah sini?" ujar Hariz, suaranya kedengaran teruja.
"Eh, tak. Cuma saya ada dengar yang cikgu-cikgu lain cakap ada cikgu baru dapat tukar ke sini. Cuma tak tahu pula cikgu tu awak."
"Oh, saya ingat awak tahu saya yang pindah sini." Hariz menggaru kepalanya. Malu dengan suaranya yang agak teruja tadi.
"Eh, ni cikgu baru tu ke?" sampuk satu suara apabila pintu bilik guru itu dibuka dari dalam. Muncul satu figura lelaki yang memakai baju kemeja biru, bertali leher dan kemas bersongkok.
Ayana menoleh ke arah pintu bilik guru yang terbuka itu.
"Ya, saya," balas Hariz sambil berjabat tangan dengan lelaki itu.
"Hariz, ni Cikgu Farid. Orang kuat kelab guru dekat sekolah ni. Cikgu Farid, ini Cikgu Hariz." Ayana memperkenalkan Hariz kepada rakan sekerjanya itu.
"Oh, Cikgu Yana kenal ke dengan Cikgu Hariz ni?" tanya Cikgu Farid sambil memandang kedua-duanya.
"Kami rakan sekuliah dulu," jawab Ayana, Hariz di hadapannya hanya mengangguk mengiyakan jawapan wanita itu.
"Oh, eh.. Jomlah masuk dalam bilik guru. Mari saya tunjuk meja Cikgu Hariz." Hariz mengikut langkah Cikgu Farid manakala Ayana berjalan menuju ke meja kerjanya.
Ayana dapat melihat Hariz sedang diperkenalkan oleh Cikgu Farid kepada rakan-rakan sekerjanya yang ada berdekatan dengan lelaki itu. Dia hanya memandang seketika lalu membuat kerjanya. Dia mahu menyemak buku latihan matematik kelas 2 Cekal yang dikutip olehnya tadi.
"AYANA!"
Ayana yang sedang tekun menyemak buku latihan matematik itu mengangkat kepalanya setelah mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Kelihatan Hariz sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum. Dia menjongkek keningnya tanda bertanya.
"Petang ni awak free tak?"
"Petang ni saya ada latihan rumah sukan."
"Oh, ye ke. Saya baru ingat nak ajak awak keluar makan."
Terdiam Ayana mendengar ajakan Hariz. Bukan apa dia segan untuk keluar bersama Hariz kerana mereka berdua tidaklah rapat mana semasa di universiti dahulu.
"Err, saya bukan apa. Tapi saya seganlah Hariz. Tapi saya tahu kedai mana jual lauk sedap. Nanti awak boleh beli dekat kedai tu," jawab Ayana. Dia berfikir mungkin lelaki itu tidak tahu mahu membeli makanan di kedai mana kerana Hariz baru sahaja berpindah ke sini.
Hariz tersenyum mendengar balasan Ayana. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia mahu mengajak wanita itu keluar kerana ingin mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Dia sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Ayana sejak dahulu, dia suka melihat senyuman dan wajah cantik wanita itu. Tambahan pula, sikap Ayana yang ceria itu menarik perhatiannya.
"Kalau awak segan, awak ajaklah kawan awak sekali. Saya ikhlas nak ajak awak keluar makan. Saya nak berkenalan lebih rapat dengan awak."
"Err,... tapi petang ni tak boleh. Saya ada latihan rumah sukan," dalih Ayana lagi.
"Tak apa. Nanti bila awak free kita keluar makan. Hujung minggu ni pun boleh," balas Hariz masih tidak berputus asa.
"Hmm, hujung minggu ni saya nak balik kampung."
"Tak apa. Minggu depan ada lagi."
Melihat Hariz yang masih tidak berputus asa, Ayana hanya mampu mengangguk kepalanya. Tidak sampai hati untuk menolak ajakan lelaki itu. Dia akan mengheret Alia untuk menemaninya.
"Okaylah, insya-Allah minggu depan. Tapi, nanti saya ajak kawan serumah saya ya."
Tersenyum Hariz mendengar jawapan Ayana itu. "Boleh! Awak nak ajak sesiapa pun saya tak kisah asalkan awak datang."
Hariz tekad untuk mengambil hati Ayana, setelah dia berpindah sekolah dia tidak sangka akan berjumpa dengan wanita itu di sini. Dia merasakan bahawa mereka mempunyai jodoh dan dia akan berusaha untuk memikat Ayana serta membuat wanita itu membuka hati untuk menerima cintanya. Dia berani untuk memulakan langkah kerana dia sudah bertanya kepada guru-guru di sini mengenai Ayana. Mereka menyatakan bahawa Ayana masih single dan tidak mempunyai teman istimewa. Dia berdoa dan berharap Ayana akan menerima dirinya.
Bersambung...
*Agak-agak Hariz dapat pikat Ayana ke 🤔
Terima kasih kerana sudi baca. Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍
YOU ARE READING
Ayana
Romance"Saya ikhlas cintakan awak Alauddin. Sejak dulu saya suka dan cintakan awak. Walaupun saya bukan yang pertama di dalam hati awak tapi awak yang pertama dan terakhir bertakhta di hati saya." - Ayana "... Aku tak layak untuk kau, Ayana." - Alauddin "S...