B A B 17

47 11 0
                                    

Ayana hanya memerhati kelakuan Alauddin yang sedang makan di hadapannya itu. Lelaki itu kelihatan tenang dan sangat tertib ketika menjamu selera. Sekilas dia menoleh ke arah Siti yang berada tidak jauh dari mereka, gadis itu sedang memberi makan kepada kambing-kambing Alauddin.

Ayana berdeham sedikit setelah dia melihat Alauddin seperti sudah habis menjamu selera. Dia ingin membicarakan sesuatu yang penting dengan lelaki itu sebelum dia pulang ke Perak. Alauddin yang mendengar deham Ayana lantas memandang wanita itu, keningnya dijongket tanda bertanya.

Ayana tersenyum memandang wajah Alauddin, "Tak apa. Awak pergi basuh tangan dulu. Saya ada nak cakap sesuatu sikit dengan awak."

Tanpa banyak soal Alauddin segera bangun dan bergerak ke arah paip yang berada berdekatan dengan pondok itu. Setelah selesai membersihkan tangan dan mulutnya, dia duduk semula di hadapan Ayana.

"Kau nak cakap fasal apa?"

"Fasal kita."

"Kita?"

"Ya. Saya nak cakap fasal kita. Hubungan kita." Ayana menarik nafas dan kemudian menghembus nafasnya sebelum sambung berbicara.

"Saya yakin, awak mesti tahu apa perasaan saya dekat awak kan? Perasaan saya dekat awak masih sama dari dulu. Tak pernah berubah malah perasaan sayang dan cinta tu semakin mendalam. Saya ikhlas cintakan awak, Alauddin. Sejak dulu lagi saya dah suka dan cintakan awak. Saya tahu, walaupun sebenarnya bukan saya yang pertama dalam hati awak tapi saya tak kisah sebab awak masih menjadi orang yang pertama dan terakhir bertakhta di dalam hati saya. "

Alauddin terdiam mendengar luahan hati Ayana. Tipu kalau dia kata hatinya tidak terusik dengan apa yang dibicarakan oleh wanita itu. Jujur, hatinya terasa hangat mendengar luahan sayang dan cinta wanita itu terhadapnya. Tetapi, akalnya lantas menolak perasaan itu.

"Kau tak faham. Aku tak layak untuk bersama kau, Ayana."

"Kenapa awak cakap macam tu? Saya tak faham kenapa awak fikir yang awak tak layak untuk saya?"

"Aku dah khianati kau."

"Kalau awak nak cakap pasal awak khianati saya sebab dulu awak hampir berkahwin dengan arwah Kak Azwa. Saya tak kisah pasal tu. Saya ikhlas terima awak. Saya tahu, jauh dari sudut hati awak, awak masih sayangkan saya kan?"

Alauddin terdiam, lantas dia teringat kembali peristiwa yang telah membuat dia mengkhianati wanita di hadapannya itu. Peristiwa di mana dia telah mengecewakan dan menghancurkan hati Ayana. Dia teragak-agak untuk menerima Ayana kembali kerana dia masih rasa bersalah kerana telah menduakan wanita itu. Lalu, terlayar kembali memori semasa dia telah tewas di tangan Azwa.

Azwa memeluk erat lehernya dan dicium sekilas pipi kiri miliknya. Alauddin yang menerima ciuman itu terkaku, dia sedang menahan gelora di hatinya.

"Kiss me."

"Please kiss me back."

'Astaghfirullahal Adzim.' Alauddin lantas beristighfar. Dibuang jauh peristiwa itu dari kotak fikirannya. Setelah hatinya kembali tenang, dia menoleh memandang Ayana. Wanita itu masih merenung menunggu jawapan daripadanya.

"Perasaan aku tu tak penting Ayana. Aku tak nak kecewakan kau sekali lagi."

"Sebab awak masih ada perasaan dekat dia ke awak tolak saya?" Melihat Alauddin yang hanya mendiamkan diri, Ayana kembali bersuara,

"Jawab soalan saya Alauddin, sebab awak tak boleh lupakan dia ke awak tolak saya?"

"Ya." Alauddin tahu jawapannya sekarang bercanggah dengan apa yang ada di dalam hatinya.

Namun tidak bagi Ayana. Kecewa dia mendengar jawapan dari mulut lelaki itu. Hatinya sangat sakit mendengar jawapan yang keluar dari mulut itu. Hatinya bagaikan ditikam berkali-kali. 'Ya Allah, sakitnya rasa ini.' Ayana menahan tangisannya, dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki ini.

"Saya faham kalau awak masih ingatkan arwah. Tak apa saya tak kisah. Yang penting awak tahu, saya memang ikhlas sayang dan cintakan awak, Alauddin. Saya masih ikhlas nak hidup bersama awak. Saya sanggup tunggu sehingga awak sanggup buka semula hati awak untuk saya."

Tidak betah melihat kebisuan Alauddin, Ayana lantas meminta diri. Dia harus segera pergi dari situ kerana dia takut tidak mampu lagi menahan tangisannya.

"Siti! Siti nak ikut akak balik atau Siti nak balik dengan abang Siti?" tanya Ayana kepada Siti yang sedang bermain dengan anak kambing.

Siti yang melihat wajah mendung Ayana segera menoleh ke arah abangnya. Dia lihat abangnya itu hanya menunduk tidak memandang ke arah mereka. 'Mesti ada yang tak kena,' desis Siti perlahan.

"Siti ikut akak... Abang Din! Siti balik dengan akak dulu."

Di dalam kereta Ayana menghamburkan segala tangisan yang ditahan olehnya sejak tadi. Siti yang melihatnya terkejut apabila Ayana tiba-tiba menangis teresak-esak di hadapannya itu.

"Akak, kenapa akak menangis ni?"

Siti segera memujuk dan memeluk tubuh Ayana. Di situ, Ayana meluahkan segala rasa sakit dan kecewanya kepada Siti.


Bersambung...

Terima kasih kerana sudi baca. Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍

AyanaWhere stories live. Discover now