B A B 2

125 21 2
                                    

Hari Jumaat merupakan hari dimana Ayana akan pulang ke kampungnya. Selepas pulang dari sekolah tadi dia ada memasak lauk ayam masak merah dan sayur campur untuk makan bersama Alia. Alia merupakan rakan serumahnya, Alia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta yang tidak jauh dari rumah sewa mereka.

"Yana, harini jadi ke kau nak balik kampung?" tanya Alia sambil mencedok lauk ayam masak merah ke dalam pinggan nasinya.

'Sedap betul ayam masak merah minah ni masak. Mana tak sedap, lauk ni saja antara lauk yang Ayana paling mahir masak,' bisik Alia dalam hatinya sambil ketawa kecil. 

"Ya jadi. Mak aku dah bising dari haritu asyik ingatkan aku 'jangan lupa balik kampung minggu ni'." Suaranya diajuk gaya mak-mak membebel.

"Lagipun aku rindu gila dengan mak dan tok ibu aku tu. Lama aku tak balik jenguk diorang. Lagi satu aku ada misi penting!" Semangat Ayana berkata.

Berkerut dahi Alia bila mendengar, "Misi penting? Kau ada misi apa? Ada aktiviti jadi sukarelawan ke kat sana minggu ni?"

"Ish, tak la. Ni lagi penting. Misi kali ni aku nak pikat hati si kekasih hati tu. Kau pun tahu kan, umur kita ni dah berapa. Aku nak juga merasa naik pelamin sebelum tutup mata," ujar Ayana sambil tersengih membayangkan dia naik pelamin dengan lelaki yang sentiasa berada di hatinya.

"Amboi kau. Berangan betul ya. Tapi dari apa yang kau pernah cerita dulu, lelaki tu agak dingin dengan kau, kan? Kenapa tiba-tiba kau bersungguh-sungguh nak pikat dia sekarang ni?"

Mati senyuman dan terhenti mulut Ayana yang sedang mengunyah nasi itu apabila mendengar pertanyaan Alia.

"Hmm, ya. Lama dah aku bagi hint dekat dia yang aku masih sayangkan dia. Tapi dia macam tak dapat tangkap. Ke hint aku tu terlalu samar untuk dia faham eh?" Ayana membalas sambil terfikir pelbagai cara yang telah dia gunakan untuk memberitahu lelaki itu bahawa dia masih menyayangi lelaki itu.

"Dan kenapa kau tiba-tiba bersungguh nak pikat lelaki tu sekarang? Bukan dulu kau cakap nak pikat slow-slow ke?"

"Aku kena pikat cepat! Sebab ada orang suka dengan lelaki tu. Aku tak nak nanti aku yang melepas. Aku tak kisah dah yang aku pernah kecewa dengan dia dulu. Yang penting sekarang aku nak kejar bahagia aku," jawab Ayana bersungguh. Alia hanya tergeleng melihat telatah Ayana itu.

"Haih la Yana. Rumit betul masalah cinta hati kau ni. Tak apa la. Aku doakan kau berjaya pikat hati lelaki tu. Tapi ingat, jangan mengejar sampai nanti hati kau yang terluka," pesan Alia kepada kawannya itu.

Alia sayang hubungan persahabatan antara dia dan Ayana. Walaupun mereka boleh berkawan secara kebetulan disebabkan oleh menyewa rumah yang sama. Tapi dia sudah menganggap Ayana seperti adiknya sendiri. Tambahan pula, memang dia tua dua tahun dari Ayana.

'Semoga kau bahagia Yana. Aku harap hati kau tak kecewa lagi,' doa Alia dalam hati sambil tersenyum bila melihat Ayana yang berselera sungguh makan sambil tersengih-sengih macam kerang busuk itu. Tengah seronoklah tu nak balik kampung kejap lagi.


"NI, barang kau semua dah check ke? Jangan ada yang tertinggal pula," kata Alia sambil menjinjit beg baju Ayana untuk dimasukkan ke dalam bonet keretanya.

Ayana yang sedang memasukkan telefon kedalam beg tangannya setelah menelefon maknya itu menjawab, "Ya sudah. Semua dah lengkap. Kau ni buat aku macam budak-budak pula. Mak-mak sungguh perangai kau ni Lia."

"Sampai hati cakap kita ni perangai macam mak-mak. Sebab aku risau dan sayangkan kau la aku ingatkan. Tak ada la nanti kau tu lupa barang itu la barang ini la. Tak gaduh nak patah balik sini nak ambil barang," balas Alia sambil menjeling Ayana.

Terlepas ketawa Ayana bila melihat jelingan yang diberi oleh Alia kepadanya itu. "Kau ni aku melawak saja. Baiklah wahai Alia kakakku yang cantik lagi baik. Terima kasih sebab ingatkan adikmu yang manis ini. Kau tu duduk rumah elok-elok. Sebelum tidur tu pastikan semua pagar dan pintu rumah berkunci," pesan Ayana pada Alia.

Mana tak risaunya, ada sekali tu Alia boleh terlupa untuk kunci pintu grill rumah mereka. Ayana pula masa tu sudah tidur awal di biliknya jadi dia tak tengok pula pintu dah kunci ke belum. Esok pagi masa nak keluar rumah baru mereka perasan yang pintu grill tak berkunci. Siap kunci rumah elok ada di pintu grill tu. Bahaya betul. Nasib tak berlaku apa-apa kepada mereka.

"Yalah. Nanti aku check sebelum aku masuk tidur. Jangan risau. Dah kau ni, jangan nak membebel dekat sini. Cepat bertolak balik kampung tu. Bawak kereta elok-elok. Jangan laju sangat bawak kereta tu." Tangan Alia menolak lembut bahu Ayana supaya wanita itu masuk ke dalam kereta.

'Kalau dibiar minah ni membebel kat sini, bernanah telinga aku nak dengar bebel dia tu,' desis Alia di dalam hati.

"Okay. Aku gerak dulu tau. Nanti dah sampai aku mesej kau. Bye!"

Balas Ayana sambil menukar gear keretanya ke gear D untuk keluar dari pagar rumah sewanya. Cermin tingkap kereta sebelah pemandu dinaikkan setelah melihat Alia telah melangkah masuk ke dalam rumah. Doa dibaca dan dia memulakan perjalanannya.

'Wahai kampungku syurgaku, tunggu Ayanamu ini sampai,' sorak Ayana di dalam hati.



Bersambung...

Terima kasih kerana sudi baca.
Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍

AyanaWhere stories live. Discover now