Setelah selesai bacaan tahlil sebentar tadi, keluarga Pak Cik Hashim ada menyediakan sedikit jamuaan untuk para tetamu yang hadir. Ayana tidak terlepas untuk membantu di dapur bersama beberapa orang wanita yang lain. Dia dan Siti sedang memotong buah tembikai lalu menyusun buah yang telah siap dipotong ke dalam bekas yang telah disediakan.
Ayana mengangkat bekas yang berisi buah tembikai yang sudah siap dipotong untuk di bawa kepada tetamu yang berada di halaman rumah Pak Cik Hashim. Hal ini kerana Pak Cik Hashim ada memasang satu khemah kanopi untuk memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.
"Abang Din, jom la kita makan sekali. Teman Auni makan. Auni tak makan lagi ni."
Terhenti langkah Ayana setelah telinganya mendengar nama dan suara yang sangat dikenali olehnya itu. Lantas dia menoleh ke arah suara itu dan sepasang matanya melihat Auni yang sedang berdiri di sebelah Alauddin. Lelaki itu sangat segak memakai baju melayu berwarna ungu bersama kain pelekat. Warna ungu! Ayana memandang baju kurung yang tersarung di tubuhnya itu. Baju mereka sedondon warnanya. Ayana tersenyum suka di dalam hati.
Tetapi dia kurang senang dengan kedudukan antara Alauddin dan Auni. Sangat rapat jarak antara mereka berdua. Walaupun dapat dilihat Alauddin tidak memandang ke arah Auni tetapi wanita itu tidak berputus asa untuk menarik perhatian lelaki itu.
"Abang Din! Dengar tak? Auni tengah cakap dengan abang ni."
"Kau pergilah makan sendiri."
"Tapi Auni nak Abang Din teman Auni makan. Kesianlah dekat Auni makan sorang-sorang."
"Ada kaki dengan tangan sendiri kan? Makanlah sendiri!" Setelah itu Alauddin meninggalkan Auni di situ lalu dia berjalan ke arah Amar yang sedang duduk di kerusi yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Ayana yang menyaksikan 'drama' itu tersenyum senang dan dalam hati dia bersorak senang. 'Yeah! Abang Al buat tak tahu je dengan Auni.' Lalu Ayana melangkah ke arah meja yang terhidang dengan pelbagai jenis lauk dan dia meletakkan bekas yang berisi buah tembikai itu di sebelah tray pucuk ulam.
"Kau dah makan ke?"
Hampir nak melatah Ayana kerana terkejut dengan suara yang muncul di belakangnya itu. Dia mengusap dadanya, "Awak ni, terkejut saya! Nak luruh jantung saya sebab terkejut."
Alauddin sembunyi senyum melihat telatah Ayana itu. "Aku tanya, kau dah makan ke belum? Banyak pula mengomel."
"Tak makan lagi. Saya nak tunggu Siti. Kejap lagi dia keluar la tu."
"Tak payah tunggu dia. Ambil pinggan ni lepastu letak makanan," kata Alauddin sambil menghulur pinggan kepada Ayana lalu dia berlalu untuk mengambil lauk yang terhidang.
Ayana terpegun dengan tindakan Alauddin itu. Mulutnya tersenyum suka kerana dia merasakkan Alauddin masih mengambil berat mengenainya. Lalu Ayana bergerak untuk mengambil lauk yang terhidang setelah dia meletak nasi ke dalam pinggan yang dihulur oleh Alauddin sebentar tadi.
"Siti! Sini!" Panggil Ayana setelah dia melihat kelibat Siti seolah-olah sedang mencarinya.
"Sorry akak, lambat sikit. Sakit perut pula tadi." Sebelum Ayana keluar tadi Siti juga turut membuntutinya namun tiba-tiba gadis itu memintanya pergi terlebih dahulu kerana dia ingin ke tandas.
"Tak apa. Mak akak dengan mak Siti ada kat dalam kan?"
"Ha'ah kak. Rancak betul dia orang bersembang. Nek Asiah pun ada kat dalam dengan geng dia," jawab Siti sambil mencedok lauk ke dalam pinggannya. Ayana hanya tersengih mendengar jawapan Siti itu.
"Kita nak duduk mana ni kak?" tanya Siti apabila dia melihat tiada meja kosong di bawah khemah kanopi itu. Ayana yang baru ingin bersuara terdiam apabila matanya terpandang Alauddin yang sedang melambai ke arah mereka.
"Eh, tu Abang Din. Jom akak duduk sana. Ada kerusi kosong tu," kata Siti sambil kaki melangkah ke arah abangnya. Ayana turut membuntuti Siti, hatinya tiba-tiba berdebar. Sikap Alauddin sekarang seolah-olah kembali seperti dahulu.
"Akak duduk situ." Siti menyuruh Ayana duduk di kerusi yang terletak bersebelahan kiri Alauddin manakala dia melabuhkan duduk di hadapan Ayana. Saja dia mahu memberi peluang kepada dua orang manusia tersebut.
Berdebar.
Ya, itu yang dirasakan oleh Ayana sekarang. Walaupun dia suka tetapi hatinya berdebar-debar, terasa seperti ada rama-rama berterbangan di dalam perutnya.
"Sikitnya kau ambil nasi."
Ayana memandang Alauddin yang berada di sebelahnya, Alauddin dilihat bersahaja sambil mengaul nasi di dalam pinggan milik lelaki itu.
"Er, saya kenyang dah tadi. Lagipun saya kurang makan malam."
"Sama macam dulu," gumam Alauddin perlahan.
"Ha? Awak cakap apa? Saya tak dengar," tanya Ayana, dia rasa macam Alauddin ada menyebut sesuatu tetapi kurang jelas.
"Tak ada apa-apa. Makan jelah."
Siti yang memerhati gelagat abangnya itu hanya tersenyum senang. Dia dapat lihat bahawa abangnya itu masih mempunyai hati terhadap Ayana. Kalau orang lain tidak nampak tetapi dia dapat nampak dengan jelas. Abangnya itu masih mempunyai perasaan terhadap Ayana dan tidak berubah sejak dahulu lagi. Tapi dia tidak tahu kenapa abangnya tidak mengakui perkara tersebut.
Namun, tanpa mereka sedar ada yang sedang memandang ke arah mereka dengan perasaan yang marah.
"Tak guna betul! Bukan main suka kau, Ayana. Siap kau nanti!"
Bersambung...
Terima kasih kerana sudi baca. Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍
YOU ARE READING
Ayana
Romance"Saya ikhlas cintakan awak Alauddin. Sejak dulu saya suka dan cintakan awak. Walaupun saya bukan yang pertama di dalam hati awak tapi awak yang pertama dan terakhir bertakhta di hati saya." - Ayana "... Aku tak layak untuk kau, Ayana." - Alauddin "S...