B A B 46

43 10 1
                                    

"Kami balik dulu ya Amna, Cik Asiah. Terima kasih untuk hari ini. Selesai juga semuanya," tutur Pak Cik Halim kepada besannya itu. Lega dia majlis pada hari ini berjalan dengan lancar. Setelah semua tetamu pulang dan mereka telah bersama-sama kemas apa yang patut, akhirnya mereka juga mahu beransur pulang. Mahu memberi ruang kepada tuan rumah untuk berehat.

"Alhamdulillah Halim, Salimah. Selesai juga semuanya. Terima kasih juga ya untuk hari ini. Maaf, kalau ada mana-mana yang kurang dari pihak kami," balas Mak Cik Amna. Nek Asiah disebelah mengangguk kepalanya mengiyakan kata anaknya itu.

"Tak ada apa yang kurang Na. Semuanya berjalan lancar. Majlis nanti kita bincang lain ya." Giliran Mak Cik Salimah pula yang berkata. Mereka pula yang naik segan dengan keluarga Amna. Nasib dia telah bertegas untuk menguruskan juga majlis perkahwinan anak menantunya nanti. Kalau tidak Amna tidak mahu dia bersusah payah. Segan dia bila berfikir begitu, pihak lelaki yang wajib membuat majlis sebab itu dia berkeras untuk menguruskan majlis nanti. Itupun rakannya itu bersetuju setelah mereka sepakat untuk menguruskannya bersama-sama.

"Haa Din! Jom kita balik." Mak Cik Salimah menyambung kata sambil matanya terarah kepada Alauddin yang dari tadi asyik berkepit dengan Ayana. Langsung tidak berenggang dan tidak lepas dari berpegangan tangan dengan isterinya sejak dari tadi lagi.

"Eh? Kenapa pula Din kena balik?" tanya Alauddin pelik. Berkerut dahinya apabila mendengar kata maknya itu. Tangan Ayana lantas digenggam dengan lebih erat. Seperti tidak mahu dilepaskan langsung!

"Yelah kena balik... dah kenapa kamu nak duduk sini lagi?" ujar Pak Cik Halim pula sambil sembunyi senyum. Geli hati melihat wajah anaknya itu yang sudah mencuka. Macam dia seorang sahaja yang ada isteri!

"Din kena la duduk sini. Isteri Din ada dekat sini." Alauddin berkata perlahan. Kenapa dia perlu pulang? Bukankah dia sepatutnya berada bersama isterinya di sini? Yang lain sudah menahan diri dari melepas ketawa apabila melihat gelagat lelaki itu. Muka orang tak rela dari berpisah dengan isteri la katakan.

"Mana boleh! Kamu kena puasa dulu. Nanti lepas majlis sanding kamu baru boleh duduk sekali," sakat Mak Cik Salimah lagi. Sebenarnya tadi dia mengajak Alauddin pulang kerana mahu anaknya itu mengambil beg pakaiannya untuk dibawa ke sini. Alauddin terlupa untuk membawa beg pakaiannya bersama semasa mereka ke sini pagi tadi. Tapi sekarang seronok pula dia mahu menyakat anaknya seorang ini.

"Haa?!" Terkejut Alauddin mendengar kata maknya itu. Matanya sudah membulat dan mulut pun sudah ternganga sedikit. Biar betul tak boleh duduk sekali! Ayana di sebelah sudah ketawa kecil melihat reaksi suaminya itu.

"Parah kamu ni Din! Tulah, jual mahal sangat dulu. Kan dah kempunan." Tergeleng kepala Pak Cik Halim melihat Alauddin. Kena usik sikit pun dah gelabah. Yang lain sudah ketawa besar melihat Alauddin. Akid siap menepuk-nepuk bahu adiknya itu kerana tidak sangka Alauddin akan berkelakuan seperti ini.

"Din, Din. Jangan nak terkejut sangat. Dah jom balik!" ujar Mak Cik Salimah sambil kaki sudah melangkah untuk keluar dari rumah rakannya. Matanya dijeling ke arah anak sulungnya seperti memberi arahan. Akid yang seakan memahami bahasa isyarat itu segera memeluk bahu Alauddin.

"Jom! Kita balik." Akid mendorong Alauddin ke hadapan. Tapi tubuh adiknya itu tidak berganjak. Alauddin mengeraskan badannya di situ.

"Sayang, jom ikut abang balik rumah mak juga..." kata Alauddin perlahan sambil tangannya utuh memegang lengan Ayana. Ayana yang mendengar itu sudah ketawa kecil. Kesian sungguh suaminya tidak habis-habis disakat oleh keluarganya.

"Eh, buat apa nak ajak Kak Yana? Akak kena duduk sini. Kejap lagi kawan akak, Kak Alia pun nak balik. Apalah abang ni, berpisah kejap je." Siti sudah tergeleng melihat Alauddin. Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat abangnya berkelakuan seperti ini.

"Udah la Din dengan drama kamu tu. Mak ajak kamu ikut balik nak suruh kamu ambil beg pakaian kamu tu. Allah anak oii!" Mak Cik Salimah bersuara setelah tidak tahan melihat drama Alauddin. Nak tinggal isteri kejap pun tak boleh. Dulu nak pandang Ayana pun macam nak tak nak. Rupanya pandai berpura-pura anaknya seorang ini.

Alauddin sudah tersengih setelah mendengar bicara maknya itu. Malu pula rasanya bila teringat balik kelakuannya sebentar tadi. Mak ni pun, cakaplah nak ajak ambil beg barulah dia tak buat drama tadi.

"Ana... sayang tunggu abang balik tau. Abang nak ambil beg kejap dekat rumah mak. Kejap lagi abang datang sini balik." Alauddin memberi pesan kepada Ayana. Kepala isterinya yang ditutupi dengan selendang diusap lembut. Kenapalah dia terlupa untuk membawa beg pakaiannya ke sini tadi jika dia membawanya, tidak perlulah dia pulang sekarang ini.

Ayana hanya mengangguk mendengar kata Alauddin. Dia membalas senyuman suaminya dan hanya melihat langkah lelaki itu membuntuti keluarganya untuk pulang ke rumah. Dia tidak sangka Alauddin akan bersikap seperti itu, seakan tidak percaya lelaki yang selalu bermuka dingin dengannya selama 3 tahun ini tiba-tiba boleh berubah seperti tadi. Ayana kembali teringat kejadian semasa di bilik tadi, merah mukanya kerana asyik diusik oleh suaminya. Ralit Ayana mengelamun sebelum tersedar apabila lengan wanita itu ditampar oleh seseorang.

"Amboi! Pengantin baru seorang ni bukan main ye tenung jalan tu. Tersengih-sengih, nak kata senyum dekat suami, suami kau dah tak ada dekat situ. Kau mengelamun apa ni?" Alia sudah tergeleng melihat Ayana. Sejak tadi dia memanggil nama wanita itu tetapi tiada balasan. Asyik tersengih je dari tadi tahulah hati tengah bahagia. Tapi tolong hormat orang single dekat sini sikit!

"Sorrylah, aku tak perasan," balas Ayana sambil ketawa kecil.

"Sorry, sorry. Ni aku nak balik dah. Takut kalau bertolak lambat sampai sana lambat pula." Jam sudah menunjukkan pukul 5 dia takut sekiranya lambat dia bertolak lewat dia sampai ke rumahnya nanti.

"Terima kasih Alia sanggup datang sini. Tolong aku macam-macam lagi. Siap jadi jurusolek tak berbayar untuk aku. Terima kasih sangat-sangat!" ucap Ayana sambil memeluk erat tubuh rakannya itu.

Alia tersenyum sambil membalas pelukan Ayana. "Kau ni, buat macam aku orang luar pula. Aku kan kawan kau. Mestilah aku tolong mana yang aku mampu. Tahniah Yana! Aku tumpang bahagia tengok kau dah jadi isteri kepada orang yang kau sayang. Aku doakan rumah tangga kau dan suami kau bahagia selalu."

"Terima kasih. Aku doakan kau tu cepat-cepat dapat jodoh!" usik Ayana. Setelah itu mereka berjalan melangkah keluar dari rumah Ayana.

"Eh kejap Yana! Ni ambil lauk ni bagi dekat Alia." Mak Cik Amna melaung dari dalam rumah. Dia bergerak ke arah dua wanita yang sudah berada berdekatan dengan kereta Alia.

"Buat susah-susah je mak cik," kata Alia sambil tangan mengambil huluran plastik merah yang diberi oleh Mak Cik Amna.

"Mana ada susah. Nanti kamu balik boleh makan lauk ni... Terima kasih ye Alia, datang sini dari semalam. Banyak tolong Yana ni." Terharu Mak Cik Amna kerana Ayana mempunyai seorang kawan yang baik seperti Alia. Banyak membantu mereka sepanjang majlis pada hari ini.

"Sama-sama mak cik. Saya tolong mana yang saya mampu. Saya bertolak dulu ye. Takut nanti lewat pula sampai rumah." Kaki Alia sudah melangkah masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta telah dihidupkan dan kemudian dia memakai tali pinggang.

"Hati-hati bawak kereta Alia. Nanti dah sampai beritahu aku tau!" Pesan Ayana kepada rakannya itu.

"Okay! Aku gerak dulu. Saya balik dulu mak cik! Assalamualaikum." Kereta Alia bergerak keluar dari pekarangan rumah Ayana. Setelah kereta Alia bergerak jauh, Ayana dan Mak Cik Amna melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tunggu kau! Jangan ingat kau boleh bahagia. Aku tak akan benarkan kau bahagia dengan Alauddin!" desis seseorang dari jauh. Hatinya cukup panas melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah Ayana. Dia akan pastikan kedua pasangan itu tidak akan bahagia!



Bersambung...


Terima kasih kerana sudi baca. Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih sekali lagi 🤍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AyanaWhere stories live. Discover now