B A B 33

50 12 13
                                    

"Siti!"

Siti yang sedang berjalan melepasi pintu pagar sekolah terhenti apabila dia mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Ish, mamat ni. Dia nak apa panggil aku," gumam Siti sambil memerhati pemuda yang sedang menunggang motosikal itu.

"Mana basikal kau?" tanya pemuda itu sambil memberhentikan motosikalnya di tepi Siti. Cermin topi keledarnya di buka untuk melihat wajah gadis di hadapannya.

"Basikal aku tayar pancit," jawab Siti malas.

"Dah tu, ni kau balik jalan kaki ke?"

"Eh, taklah! Aku naik kapal terbang." Siti jawab kegeraman. Tak nampak ke dia tengah jalan kaki sekarang ni. Banyak pula tanya.

Pemuda itu tersenyum kelat, tahu salah dalam bertanya soalan. "Aku tanya je. Janganlah marah sangat. Jom, aku tumpangkan kau," ujar pemuda itu tidak bersalah. Wajahnya selamba sambil tangan menepuk tempat pembonceng.

Bulat mata Siti mendengar kata pemuda itu. Gila ke nak naik motor dengan lelaki ni?! Kalau mak ayah dia nampak tak ke dia kena ceramah nanti.

"Kau gila ke!" geram Siti berkata.

"Apa pula gila? Naik jelah. Boleh aku bawa kau ronda-ronda. Seronok tau naik motor dengan aku!" Tanpa rasa bersalah pemuda itu mengajak lagi.

"Kau jangan nak mengajak anak dara orang buat benda tak elok, Ilham!" sampuk satu suara di belakang mereka.

Siti lantas menoleh, dilihat Aiman sedang berjalan ke arah mereka. Mata lelaki itu tajam merenung wajahnya dan Ilham silih berganti.

"Kau ni sibuklah Aiman! Jangan kacau aku dengan Siti boleh tak." Ilham berkata sambil menunjuk muka tidak berpuas hati. Kacau daun betul Aiman ni, dia baru sahaja nak mengayat Siti.

"Siti, kau balik! Tunggu apa lagi?" arah Aiman garang. Dia menghalau gadis itu supaya beredar dari situ. Tidak mahu Ilham mengganggu gadis itu lagi. Siti yang mendengar arahan itu laju membuka langkah keluar dari pagar sekolah. Tidak berani dia mahu membalas kata-kata Aiman apabila dia lihat wajah garang lelaki itu, cukup gerun seperti sedang menahan amarah!

Setelah melihat kelibat Siti hilang dari pandangan, Aiman menoleh ke arah Ilham, matanya tajam merenung wajah lelaki itu. "Kau, jangan berani-berani nak kacau Siti!" tegas suara Aiman memberi amaran.

"Melebih kau ni! Kau bukan sesiapa pun nak halang aku dari ngorat Siti." Sebal Ilham dengan sikap Aiman. Selalu mengganggu dia apabila dia mahu bercakap atau berduaan dengan Siti. Bila dia mendekati Siti sahaja pasti lelaki ini muncul.

"Kisah pula aku. Aku cakap jangan, maka janganlah! Kau tak payah banyak tanya, ikut saja arahan mudah ni." Aiman cukup tidak suka apabila dia melihat Ilham mendekati Siti. Bukan dia tidak tahu lelaki itu cuba mengorat Siti. Tidak betah dia melihat Siti dengan lelaki ini.

"Aku pul..." Tidak sempat Ilham mahu menghabiskan katanya, Aiman sudah berlalu pergi.

"Hoi! Aku tak habis cakap lagi!" laung Ilham. Geram dia apabila melihat Aiman hanya berjalan keluar dari pintu pagar sekolah tanpa memandang ke arahnya. Aiman pula mempercepatkan langkahnya, dia mahu mengejar Siti yang sudah berjalan di hadapan. Apabila sepasang matanya melihat tubuh Siti yang sedang berjalan di hadapan, dia memperlahankan langkahnya. Membuntuti Siti dari belakang.

Aiman tidak tahu kenapa dia berkelakuan begini. Hatinya tidak selesa apabila melihat Siti didekati oleh lelaki lain. Dia juga risau akan keselamatan Siti, sebab itu dia buat kerja gila untuk mengikut Siti sekarang ini. Jalan ke rumahnya bertentangan dengan jalan ke rumah Siti. Tapi dia tidak kisah, dia perlu memastikan Siti selamat tiba di rumah baru hatinya lega.


"ALHAMDULILLAH, Yana sampai dah, mak." Mak Cik Amna bersuara apabila melihat kereta anak gadisnya itu masuk ke pekarangan rumahnya. Nek Asiah di sebelah sudah tersenyum suka.

"Assalamualaikum mak, tok ibu!" Ayana memberi salam apabila dia melihat mak dan tok ibunya sedang menunggu dia di muka pintu. Dia menyalami kedua-dua tangan wanita itu dan kemudian memeluk erat tubuh mereka. Mahu melepas rindu!

"Jom masuk. Banyak barang kamu bawa balik Yana?" soal Mak Cik Amna sambil mengangkat beg yang dibawa oleh anaknya itu.

"Bawa balik kerja sikit mak. Itu yang Yana bawak balik laptop, nak buat kerja sikit." Nama sahaja cuti tetapi banyak kerja yang perlu disiapkan. Itulah tugas seorang guru, cuti-cuti pun masih ada kerja.

"Kamu lapar? Mak kamu ada masak ayam masak lemak cili padi tadi." Nek Asiah menyoal cucunya itu. Saja menyebut nama masakan yang dimasak oleh anaknya tadi kerana dia tahu cucunya itu hantu masak lemak! Pantang ditolak kalau lauknya adalah masakan lemak cili padi.

Bersinar mata Ayana mendengar bicara tok ibunya itu, diusap perut yang sememangnya agak kelaparan itu. "Nak! Tok ibu ni buat-buat tanya pula. Yana pantang tolak kalau masak lemak ni."

Mak Cik Amna hanya menggeleng melihat tingkah laku anaknya itu. Umur dah masuk 27 tahun pun perangai masih macam budak-budak. "Sudah, pergi letak barang-barang kamu ni dalam bilik dulu lepas tu turun ke dapur. Kita makan."

"Yana, hari selasa ni Mak Cik Salimah ada buat kenduri doa selamat untuk menantu dia. Dia jemput kita satu keluarga pergi. Nanti kita pergi awal sikit ya, boleh tolong apa yang patut." Mak Cik Amna memberitahu Ayana setelah dia melihat anak gadisnya itu menarik kerusi di meja makan.

Ayana melabuhkan duduk di sebelah tok ibunya, dahinya berkerut memikirkan sesuatu. "Kak Dila dah berapa bulan mak?" Kalau tidak salahnya, ini merupakan anak kedua bagi Adila dan Akid, abang kepada Alauddin. Pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki, ini merupakan anak kedua bagi pasangan tersebut.

"Hm, kalau tak silap dah nak masuk 9 bulan. Tunggu masa je tu." Dia pun tidak berapa pasti kerana anak menantu Salimah yang ini dia jarang berjumpa kerana mereka duduk jauh di Kuala Lumpur. Akid pula agak sibuk bekerja di sana jadi hanya sekali sekala balik ke sini.

Ayana hanya mengangguk sedikit kepala setelah mendengar bicara maknya itu. Dia kemudian teragak-agak ingin bertanya sesuatu kepada maknya. Dia ingin bertanya sekiranya Mak Cik Salimah ada mengatakan apa-apa mengenai Alauddin. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Dia juga sudah lama tidak ke kandang lelaki itu, Siti ada juga mengajaknya sewaktu dia pulang ke sini pada hujung minggu tapi dia yang mengelak kerana mahu memberi ruang kepada Alauddin.

"Mak... Mak Cik Salimah ada... ada cakap apa-apa tak fasal Abang Al dekat mak?" soal Ayana dengan penuh berharap.

Mak Cik Amna menyimpan senyum, di kawal riak mukanya agar kelihatan bersahaja. "Tak ada pula cakap apa-apa. Kenapa?" Sengaja dia bertanya.

"Er, kalau macam tu tak apa la. Yana saja tanya." Ayana melepas keluh. Alauddin memang tak mahukan dia ke? Benarkah di dalam hati lelaki itu tidak ada sedikitpun ruang untuk dia menjadi penghuninya...

"Sudahlah Yana. Jangan difikir sangat. Ada jodoh nanti adalah tu. Mana tahu nanti Din sendiri datang meminang kamu ke..." Nek Asiah bersuara apabila dilihat wajah cucunya itu sedikit mendung. Kesian pula dia lihat cucunya ini, Ayana tidak tahu bahawa Alauddin sudah menerima dirinya. Biarlah perkara ini dirahsiakan terlebih dahulu mengikut permintaan Salimah.

Ayana hanya tersenyum hambar. Tidak mahu terlalu berfikir dia mula menjamu selera bersama mak dan tok ibunya. Dia berdoa agar hati Alauddin lembut dan terbuka untuk menerima dirinya seadanya.



Bersambung...


Terima kasih kerana sudi baca. Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote. Terima kasih 🤍

AyanaWhere stories live. Discover now