"Alamak, banyak pula kereta. Penuh halaman rumah Siti ni." Ayana yang sedang memandu melihat ke arah halaman rumah Mak Cik Salimah. Dia baru berniat mahu meletak keretanya di sini. Tetapi setelah melihat banyak kereta dan motosikal di halaman rumah itu dia terus mematikan niatnya.
"Siti turun dulu lah. Ambil kuih dekat belakang sekali. Akak pergi letak kereta dekat rumah akak dulu. Kejap lagi akak datang." Ayana membuat keputusan. Lagipun kesian juga kepada Mak Cik Salimah, mesti menunggu kuih ketayap ini kerana tetamu sudah datang.
"Tak apa ke akak? Gelap juga malam-malam ni akak nak jalan datang sini balik." Siti risau kerana lampu jalan di laluan rumah mereka sudah terbakar. Sudah seminggu lampu jalan itu mati. Walaupun rumah Ayana tidaklah begitu jauh kerana selang beberapa buah rumah sahaja. Tapi dia risau juga kerana sudah malam dan jalan juga agak sunyi.
"Insya-Allah, tak ada apa. Nanti akak lari laju-laju datang sini," ujar Ayana sambil ketawa kecil. Dia tidak mahu berfikir bukan-bukan, insya-Allah tiada apa-apa yang akan berlaku. Lagipun dekat sahaja rumahnya itu.
"Okaylah kalau akak cakap macam tu. Hati-hati tau akak! Datang sini cepat boleh kita makan sama-sama." Siti berkata sambil tangannya mencapai plastik yang berisi bekas ketayap itu. Dia kemudiannya turun dari kereta dan melihat sebentar kereta Ayana yang berlalu pergi sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah dipenuhi dengan tetamu.
Ayana keluar dari kereta setelah dia mematikan enjin keretanya, pintu kereta bahagian pemandu ditutup dan remote kereta ditekan untuk mengunci keretanya. Tiba-tiba dia terasa meremang, seakan dirinya sedang diperhati. Dia lantas memandang sekeliling tetapi tiada apa-apa yang dapat dilihat hanya kegelapan yang menemaninya.
'Nak masuk rumah simpan kunci kereta dulu atau terus pergi je rumah Mak Cik Salimah eh?' desis Ayana sendirian. Dia masih berfikir sama ada mahu masuk ke dalam rumah dan menyimpan kunci keretanya atau terus sahaja ke sana. Tanpa membuang masa kakinya melangkah menuju ke jalan rumah Mak Cik Salimah. Sesekali matanya memandang ke arah semak yang berada di seberang jalan itu, hatinya tiba-tiba rasa lain macam. Dia dapat rasakan ada seseorang sedang memerhati dan mengekorinya.
Baru sahaja Ayana mahu berlari, badannya telah dipeluk dari belakang. Mulutnya juga telah ditutup oleh satu tangan. Dia terkejut! Lantas dia cuba merungkai tangan yang menutup mulutnya tetapi tidak berjaya. Tubuhnya kemudian diheret ke arah semak yang berada di situ. Ayana cuba menjerit sekuat hati tetapi suaranya tidak kedengaran kerana terhalang dengan tangan itu.
"Diam! Kalau kau tak nak sakit baik kau diam!" Lelaki itu bersuara sambil menolak tubuh Ayana. Dia kemudian menindih tubuh wanita kecil itu. Hidungnya di bawa mendekat ke leher Ayana yang terlindung di sebalik tudung itu. 'Wangi! Malam ini kau akan jadi milik aku, Ayana!' ketawa lelaki itu di dalam hati.
Ayana terkedu. Suara itu seperti suara seseorang yang dikenali tetapi otaknya tidak dapat berfikir siapa lelaki itu. Dia juga tidak dapat mengecam siapa lelaki di hadapannya ini kerana lelaki itu memakai topeng untuk menutup mukannya. Dia cuba meronta sekali lagi tetapi tidak berjaya. Makin erat lelaki itu memeluk tubuhnya. Mata Ayana membulat apabila dia rasakan tangan lelaki itu makin liar di tubuhnya, lengan baju kurungnya direntap sehingga terkoyak. Ayana menjerit supaya dia dilepaskan.
"Shh, jangan jerit sayang... Aku nak bawa kau ke syurga dunia," ujar lelaki itu sambil ketawa jahat. Dia kemudiannya menggunakan tangan kirinya untuk mencengkam kedua-dua belah tangan Ayana dan tangan kanannya digunakan untuk mencabut tudung wanita itu. Lelaki itu semakin tersenyum lebar setelah melihat mahkota wanita itu. Tidak dinafikan Ayana memang cantik dan wanita itu semakin cantik apabila tiada apa-apa yang menutup kepalanya.
"Encik... tolong! Jangan buat saya macam ni. Tolong!! Tolong!!" Ayana menjerit apabila mulutnya sudah bebas dari ditutup. Jeritan dan rontaannya semakin kuat apabila dia rasakan bibir lelaki itu berada di lehernya.
Pang!
Disebabkan rasa terganggu, lelaki itu menampar pipi Ayana. Geram apabila wanita itu tidak habis-habis menjerit. "Diam! Aku nak buat kerja pun tak senang!" ujar lelaki itu lalu kembali menindih tubuh Ayana. Dia kemudiannya membuka tali pinggang dan zip seluarnya. Dia tersenyum sinis sambil membisik di tepi telinga Ayana, "Kau akan jadi milik aku malam ni!"
Ayana menggeleng kepalanya, dia meronta tetapi tidak berjaya, pegangan lelaki itu semakin kuat mencengkam tangannya. Dia memejam erat matanya, semakin kuat tangisan dan jeritan Ayana apabila dia rasakan tangan lelaki itu cuba membuka kain baju kurungnya.
"Tolong!! Abang Al! Mak! Tolong Ana!!" jerit Ayana sekuat hati.
MATA Alauddin memerhati sekeliling, dia mencari susuk tubuh seseorang tetapi tidak jumpa. Sejak balik dari masjid tadi lagi dia mencari Ayana tetapi wanita itu tidak ada. "Kak Long, nampak Ayana tak?" soal Alauddin kepada kakak iparnya itu. Tidak betah lagi dia berdiam diri apabila wajah Ayana masih tidak kelihatan.
"Ayana? Tadi Yana dengan Siti pergi ambil kuih yang mak order dekat kedai Saiful. Kejap lagi baliklah tu," jawab Adila ringkas. Bibirnya mengulum senyum apabila melihat wajah gusar Alauddin itu.
"Rindu ke tu?" usik Adila. Dia ketawa kecil melihat Alauddin yang sudah tersenyum kelat di hadapannya. "Jangan risau. Kejap lagi bakal isteri Din baliklah." Adila berkata sambil kakinya melangkah masuk ke dapur. Dia mahu melihat sekiranya ada apa-apa yang boleh dibantu.
Baru sahaja kaki Alauddin ingin melangkah keluar dari rumah, dia melihat Siti sedang berjalan masuk ke rumah dengan menggunakan pintu dapur. Dia cuba mencari tubuh Ayana di hadapan atau di belakang Siti tetapi tidak ada. Dahinya berkerut, pantas dia melangkah mendekati Siti.
"Siti! Kak Ayana mana?" soal Alauddin. Siti yang baru meletak bungkusan bekas berisi kuih ketayap di atas meja itu terkejut dengan sergahan abangnya. Dia mengurut dadanya.
"Apa abang ni! Terkejut adik."
"Kak Yana mana?" soal Alauddin sekali lagi. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Dia perlu tahu di mana Ayana sekarang ini.
"Kak Yana pergi parking kereta dekat rumah dulu. Tadi nak letak sini tapi penuh, tu yang aka..." Tidak sempat Siti menghabiskan ayatnya, Alauddin sudah berlalu keluar dari situ. Siti hanya mengangkat bahu melihat kelakuan abangnya itu.
Alauddin pantas memakai selipar dan kakinya laju membuka langkah untuk ke rumah Mak Cik Amna. Dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati apabila mengetahui Ayana sendirian di sana. Sudahlah laluan jalan di rumah mereka ini gelap kerana lampu jalan rosak. Tiba-tiba, langkah Alauddin semakin perlahan. Dia kemudiannya berhenti di tengah-tengah jalan, telinganya seakan mendengar suara seperti seseorang sedang menangis. Suara itu kedengaran seperti di dalam semak di seberang jalan. Dia melangkah ke arah bunyi itu. "Siapa?" soal Alauddin sambil melangkah masuk ke dalam semak.
Tubuh Alauddin terkaku. Matanya terbuka luas dengan apa yang dilihat. Dia terkejut melihat pemandangan di hadapannya. Dalam samar-samar kegelapan dan diterangi dengan cahaya bulan, seorang wanita sedang menangis teresak-esak sambil memeluk lutut dengan baju wanita itu sudah terkoyak rabak dan rambut panjang telah menutup sebahagian mukanya. Setelah cuba diamati gerangan wanita di hadapannya, Alauddin tersentak. Dia kenal dengan wanita ini, sangat kenal!
"Allah, Ayana!"
Bersambung...
Terima kasih sudi meluangkan masa baca cerita saya. Maaf kalau ada kekurangan. Kalau suka bab ini tekanlah butang vote ya 🙈 Terima kasih sekali lagi 🫶🏻💜
YOU ARE READING
Ayana
Romance"Saya ikhlas cintakan awak Alauddin. Sejak dulu saya suka dan cintakan awak. Walaupun saya bukan yang pertama di dalam hati awak tapi awak yang pertama dan terakhir bertakhta di hati saya." - Ayana "... Aku tak layak untuk kau, Ayana." - Alauddin "S...