Alauddin membelok motosikalnya ke arah kiri simpang tiga untuk menuju ke arah kebun Pak Karim. Setibanya dia di sana Amar sudah pun sampai dan menunggunya di situ.
Selepas memberhentikan motosikalnya di tepi motosikal Amar, Alauddin memberi salam kepada Amar yang sedang memandangnya.
"Maaf sebab aku lambat sikit sampai dari kau," kata Alauddin sambil meletakkan mesin rumput yang dibawa olehnya di atas pondok kecil yang ada di kebun itu.
"Lambat apanya. Aku yang awal."
"Ni kita nak terus mesin rumput atau tunggu Pak Karim dulu?"
"Orang tua tu suruh tunggu dia. Dia telefon tadi cakap nak datang sebelum kita mesin rumput kat kebun dia ni."
"Amar! Din!"
Alauddin dan Amar menoleh ke arah suara itu. Pak Karim yang membonceng motosikal yang dibawa oleh Kamil melihat ke arah mereka. Setelah Kamil memberhentikan motosikalnya, Pak Karim turun dan berjalan ke arah Alauddin dan Amar.
"Awal kamu berdua ni sampai. Aku lambat sikit, Si Kamil ni nak mengikut aku datang sini," tutur Pak Karim sambil mengerling ke arah anaknya yang masih membatukan diri di atas motosikalnya itu.
"Tak apa. Ni kami boleh mula mesin rumput ke Pak Karim?" tanya Amar. Bukan dia tak tahu, Kamil tu datang sini sebab nak menyakitkan hati Alauddin. Kalau tak ada Alauddin, tak ada maknanya si Kamil tu rajin nak mengikut Pak Karim datang sini. Sejahat-jahat mulut Pak Karim, jahat lagi mulut anak dia Si Kamil tu. Dalam keluarga Pak Karim, Abang Saiful saja yang normal. Ahli keluarga dia yang lain semua tak normal - mulut jahat.
"Haa boleh la. Aku pun nak tengok kejap kamu berdua ni mesin rumput kat kebun aku ni. Entah elok ke tak mesin tu. Kalau tak elok boleh aku tegur. Dah la aku bayar."
"Yelah Pak Karim. Saya dan Din mesin dulu," balas Amar malas. Ada saja orang tua ni.
"Ha! Lagi satu lupa aku nak cakap. Duit upah aku bayar ikut harga seorang, pandai-pandailah nanti kau berdua bahagi." Malas membalas Amar melangkah meninggalkan Pak Karim, Alauddin hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
"Oi Din! Rajin juga kau ni kan. Semua kerja kau pulun nak buat dalam kampung ni. Sengkek sangat ke nak cari duit tu," ujar Kamil sambil ketawa besar. Dia memang suka mengata lelaki itu. Ini disebabkan dia tidak berpuas hati kepada Alauddin. Ayana menolak lamarannya kerana wanita itu menyukai lelaki itu.
Kan Amar dah kata! Mulut Kamil tu memang suka mengata orang.
Manakala Alauddin hanya tersenyum nipis mendengar bicara lelaki itu. Sudah biasa dengan sikap Kamil yang suka mencari fasal dengannya.
Tidak sempat Amar mahu membalas kata Kamil, suara Pak Karim terlebih dahulu kedengaran.
"Sengkek la tu. Dia mana ada banyak duit. Kerja apa orang buat semua dia sapu nak buat juga." Ketawa kuat dua beranak itu kepada Alauddin.
Amar yang baru ingin bersuara terhenti apabila Alauddin menghalangnya dari berbicara. Alauddin malas mahu bergaduh dengan Pak Karim dan Kamil. Lagi cepat dia dan Amar siapkan kerja lagi cepat mereka boleh balik.
"Orang macam ni Mil, jangan diikut perangainya. Buat kerja banyak pun duit tak banyak. Buang masa saja. Dah, jom kita pergi kedai runcit abang kau tu. Aku nak ambil barang dekat sana," ujar Pak Karim sambil membonceng kembali motosikal Kamil.
Kamil sengaja memulas pendikit motornya itu. Sengaja mahu membingitkan suasana. Dia ingin menyakiti lagi hati Alauddin.
"Amar! Nanti dah habis kerja, beritahu aku. Nanti aku tengok dulu hasilnya elok ke tak baru aku bayar kau." Tidak sempat Amar membalas, kelibat dua beranak itu telah berlalu keluar dari kebun pisang itu.
"Rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi masih tak sedar diri. Dah tua pun perangai buruk lagi."
Alauddin yang mendengar Amar merungut itu hanya menggeleng kepala dan tersenyum nipis. Dia hanya memandang kosong ke arah dua beranak itu. Tipulah sekirannya dia tidak terasa dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Tetapi dia lebih selesa mendiamkan diri kerana tidak mahu bergaduh.
"PUKUL berapa cucu aku tu bertolak tadi?" soal Nek Asiah, tok ibu kepada Ayana.
Nek Asiah yang melangkah masuk ke dapur menyoal anaknya, Mak Cik Amna yang sedang menyusun lauk yang telah siap dimasak di atas meja makan menoleh sekilas memandang maknya itu.
"Tadi dia bertolak dalam pukul 4:15 tak silap saya. Sekarang dah nak dekat pukul 6. Kejap lagi sampai lah tu. Mak jangan risau, kejap lagi sampailah tu cucu kesayangan mak tu."
Dari Pulau Pinang nak ke Perak tidak jauh sangat. Lebih kurang dua jam sahaja. Ya, Ayana bekerja di Pulau Pinang dan kampunya terletak di Perak. Sudah beberapa tahun Ayana memohon pertukaran sekolah untuk pindah ke Perak tetapi masih tiada jawapan.
"Aku bukannya apa, lama tak tengok budak tu. Rindu hati ni ha."
Walaupun Nek Asiah mempunyai beberapa orang cucu lain tetapi Ayana merupakan cucu kesayangannya. Mungkin disebabkan oleh sejak kecil Ayana membesar di hadapan matanya dan tinggal serumah bersamanya yang membuatkan dia lebih rapat dengan wanita itu. Lagipun Ayana sering melayan kerenahnya. Sudah tentulah dia sayang benar dengan cucunya itu.
"Kejap lagi sampai la Yana tu mak. Ni mak nak makan dulu ke? Kalau nak makan, saya nak hidang dulu untuk mak."
"Tak apalah. Aku tunggu Yana tu sampai. Kejap lagi makan dengan dia sekali."
Pon, Pon.
Bersambung...
Terima kasih kerana sudi baca.Kalau tak keberatan saya nak minta jasa baik para pembaca untuk tekan butang vote.
Terima kasih 🤍
YOU ARE READING
Ayana
Romance"Saya ikhlas cintakan awak Alauddin. Sejak dulu saya suka dan cintakan awak. Walaupun saya bukan yang pertama di dalam hati awak tapi awak yang pertama dan terakhir bertakhta di hati saya." - Ayana "... Aku tak layak untuk kau, Ayana." - Alauddin "S...