KEDENGARAN suara seseorang yang sedang menangis teresak-esak. Berkerut dahi Qhalish apabila ada satu suara yang menerjah gegendang telinganya. Dia menggaru telinga kejap lalu mengerling ke jam tangannya. "Baru pukul 6 petang.. Takkan dah ada cik ponti kot masa macam ni?" Monolognya sendirian."Tak guna! Dasar lelaki celaka! Lelaki semua sama! Benci!!" Terkejut Qhalish apabila mendengar jeritan itu. Sedikit sebanyak dia amat lega apabila dapat mengenal pasti bahawa orang yang menjerit itu adalah manusia. Kerana cik ponti takkan menjerit terlolong seperti itu.
Qhalish mula mendekati gadis yang sedang menunduk di bangku berhadapan dengan padang bola.
"Eh Olive? Laa Olive rupanya.. Jadi tak pelik la kalau awak menjerit macam ni sebab suara awak memang umpama menelan speaker pun." Olivia berdecit. Dia kenal akan suara itu.
"Sir jangan kacau saya boleh? Saya tengah hancur hati ni. Jangan nak tambah kemarahan saya!" Qhalish tergelak. "Broken heart la Olive.. Bukannya hancur hati.."
Olivia mendengus. Dia tidak suka bahasa inggeris kerana dia sukar untuk memahami setiap bait perkataan tersebut. Contohnya fell. Dia tertukar dengan perkataan feel. Bukan main lagi rakan-rakannya mentertawakannya apabila dia tersilap tafsir.
Eeeee benci!
"Apa-apa je lah Sir. Boleh pergi dari sini tak? Saya tengah tak ada mood ni. Sudahlah hari ni saya bendera merah." Katanya yang masih memeluk lututnya.
Qhalish menghela nafas perlahan. Dia mengambil tisu poketnya lalu mencangkung dihadapan gadis itu. "Angkat kepala.." Arahnya perlahan..Olivia menggeleng.. "Taknak.. Saya buruk sekarang.."
"Setiap masa pun awak buruk Olive.." Olive panggung kepalanya dan memuncung. Qhalish tergelak melihat anak didiknya yang sudah comot dengan airmata. Sudahlah rambut pun kusut masai.. Anak siapa la ni?
"Sampai hati cakap saya buruk.. Sebab tu lah kan saya kene reject dihadapan semua orang? Sebab saya buruk?" Qhalish menghela nafas perlahan. Dia mula mengesat air mata Olivia yang bergelinang..
"Tak ada istilah buruk untuk manusia. Semua manusia ada kelebihan masing-masing sama ada melalui fizikal atau pemikiran. Bodohlah seseorang tu kalau dia reject orang hanya kerana fizikal.." Ujarnya sambil tangan masih setia menyeka air mata di pipi gadis itu..
"Tapi.." Qhalish menjungkitkan kening.. "Tapi apa Olive?" Olivia menggigit bibirnya.. "Tapi yang reject saya tu adik Sir..Uzzam Qaabil.."
Qhalish mengerdipkan matanya. Dia menghentikan pergerakan tangannya..
"Jadi.. Uzzam tu bodoh lah kan Sir? Adik Sir tu bodoh lah kan sebab reject saya? Kan kan?"
Jeda..
Oh.. Aku mengutuk adik aku sendiri rupanya..
NEW STORY NEW ADVENTURE
WELCOME TO NEW STORY ABOUT QHALISH AND OLIVIA.
QhalishXOlive
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...