QHALISH - BAB 69💎

21.3K 785 60
                                    



OLIVIA keluar dari kereta suaminya. Terkedip-kedip matanya melihat beberapa buah kereta dihadapan rumah Tuan Uthman. "Siapa mereka abang?" Tanya Olivia terhadap suaminya.

Qhalish menutup pintu kereta lalu menggenggam tangan isterinya. Dia senyum tipis lalu mencium sekilas dahi Olivia. Olivia senyum sahaja apabila Qhalish makin sweet dengannya sekarang.

"Adik-beradik abah.." Olivia mengangguk faham lalu berpaling semula ke arah kereta-kereta tersebut. Gulp. Dia meneguk liur kesat melihat kereta-kereta mewah dihadapannya ketika ini.

Entah mengapa namun dia berasa agak canggung dan takut apabila berhadapan dengan ahli keluarga Qhalish yang ini. Dia masih teringat akan kata-kata Kayla sebentar tadi bahawa dia harus cekalkan diri sewaktu berhadapan dengan adik-beradik Tuan Uthman.

Qhalish merenung wajah kerisauan isterinya. Dia mendongak dagu isterinya untuk memandangnya. "Ingat abang cakap.. pertahankan hak Olive.. abang hak Olive.. jangan pernah ambil kisah apa yang orang nak cakap.. kerana abang tetap pilih Olive walau apa sekalipun.."

Olivia senyum lalu membalas genggaman suaminya. "Olive tahu.. cuma Olive berdebar sikit jumpa keluarga abang.. rasa macam nak minta izin berkahwin dengan abang pula sekarang.." ujar Olivia lalu tergelak perlahan.

Qhalish senyum sambil mengelus kepala isterinya. Mereka agak penat kerana baru pulang dari hotel. Sempat Qhalish dan Olivia tidur selepas persandingan mereka tadi sehingga lewat petang.

"Jom.. jangan pernah rendahkan diri dihadapan mereka.. Olive ada kelebihan lain. Jadi, abang harap Olive tak terasa hati dengan percakapan diorang nanti.. okay?" Bisik Qhalish sambil mengusap pipi isterinya.

Olivia senyum lebar lalu mengangguk. Dicium sekilas tangan suaminya. "Yaaa abang sayanggg.. Olive ingat tu.." ujar Olive dengan nada yang meleret.

Qhalish tergelak. "Jom lah.. abang nak mandi nanti. Berlengas badan ni." Ujar Qhalish seraya menarik tangan isterinya mengikutinya. Olivia senyum lalu mengikuti langkah panjang suaminya.

Hilang debaran dihati apabila suaminya menasihatinya tadi. Sedikit sebanyak dia agak tergugat dengan kedatangan ahli keluarga Qhalish. Tapi dia tetap juga kena hadapi mereka agar mereka tidak memandang rendah pada Olivia.

*:・゚✧*:・゚✧

QHALISH memberi salam lalu masuk kedalam rumah Tuan Uthman sambil menggenggam tangan isterinya. Olivia meneguk liur kesat apabila melihat wajah-wajah keluarga Tuan Uthman. Mendatar sahaja wajah mereka ketika ini.

Ada juga yang menilik dirinya dari atas hingga bawah dengan riak jijik. Dan ada juga yang tergelak apabila melihat penampilan simple Olivia ketika ini.

Tuan Uthman berpaling ke arah anak menantunya lalu tersenyum. "Olive.. along.. duduk la dulu." Ujar Tuan Uthman dengan lembut. Qhalish mengangguk lalu menarik tangan isterinya untuk ke sofa yang diduduki Qaabil serta Qhalesya.

"Tak bertudung?" Olivia berpaling ke arah suara itu. Dia senyum kelat pada ibu saudara Qhalish itu. Qhalish memejam mata kejap apabila suara makteh nya mula kedengaran.

"Sudahlah tak ada adab. Dari tadi lagi tetamu datang. Tapi boleh pula korang lengahkan masa kami kan? Lepas je sampai rumah, tak bersalam dengan orang yang lebih tua. Dari mana kamu ambil perempuan ni Uzzair?"

Qhalish menolak isian pipinya dengan lidah apabila ibu saudaranya mula mengata isterinya. Sengaja dia tidak membenarkan Olivia bersalam dengan mereka kerana dia pasti mereka tidak akan menyambut salam Olivia.

"Maaf makteh. Olive selsema sikit. Uzzair taknak selsema dia berjangkit dengan semua orang kat sini.." ujar Qhalish seraya mengusap jemari isterinya yang berada dalam genggamannya. Olivia senyum tipis. Dia tahu Qhalish sedang membelanya saat ini.

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now