QHALISH - BAB 11💎

19.7K 797 25
                                    



"AWAK nak kerja apa?" Olivia mengembungkan pipi seolah-olah sedang berfikir.

"Bisnes?"

Qhalish mengangguk. "Go on. Jadi businesswoman. Join orang lain untuk menjual barang untuk permulaan. Jadi dropship diorang kalau awak tiada modal. Easy kan? Asalkan awak usaha. Tu je."

Olivia tersenyum manis pada Qhalish. Berkerut dahi Qhalish ketika ini. "What?" Olivia mula menggedik. "Err kalau sir jumpa atok nenek saya dan cakap macam tu boleh? Saya takut diorang marah saya la.."

Qhalish menjeling. Ceh. patutlah baik semacam..

"Awak kena la berani berjumpa mereka. Takkan la saya juga yang kena cakap untuk awak?" ujar Qhalish yang masih menjeling.

Olivia sengih. "Alaa sir datang la untuk beri sokongan. Diorang takkan marah kalau ada orang lain bersama saya. Pweaseeeee.." Olivia mula menyatukan kedua tangannya dan memuncung dihadapan Qhalish.

Qhalish meneguk liur kesat. Ini yang lemah ni.. Dia berdehem.

"Okay.. saya teman sahaja. Tapi yang bercakap nanti, awak tau?"

Olivia tergelak kuat. "Sir.. cara sir ni macam cara saya dan Nini tau?"

Berkerut dahi Qhalish. "Cara apa?"

Olivia mengibaskan mukanya apabila mukanya mula memerah kerana ketawa. Qhalish senyum tipis melihat gadis itu.

"Saya dan Nini pernah pergi ke bilik pensyarah. Dan kami main ohsom hanya untuk memilih siapa yang ketuk pintu dan siapa yang kena bercakap dengan pensyarah. Sebijik macam sir sekarang ni!"

Olivia tergelak kuat sehingga terkebelakang badannya. Qhalish gelak perlahan lalu menggeleng kepala sahaja. Baru dia faham maksud gadis itu. Muahahha kelakar sangat la tu?

"Saya penat.. Saya penat ketawa. Stop sir.." ujar Olivia lalu menunjukkan tapak tangan ke arah Qhalish.

"Dia yang ketawa, saya pula yang dipersalahkan.." gumamnya perlahan.

Olivia tergelak lalu kembali melihat burung-burung berterbangan.

"Saya akan bebas macam diorang la kan nanti?" tanyanya dengan senyuman lebar.

Qhalish mula mendongak ke arah burung. "Tak juga.." Olivia terus berpaling ke arah Qhalish. "Kenapa?"

"Awak nampak mereka bebas kan? Tapi awak tak nampak apa yang dilalui oleh mereka.."

Olivia terus memandang ke burung-burung itu. Masih tidak faham apa yang dimaksudkan oleh pensyarahnya.

"Kadang-kadang mereka perlu lalui ribut petir yang datang secara tiba-tiba. Dan kadang-kadang mereka perlu larikan diri dari burung besar yang ingin menyakiti mereka. Mereka kena usaha untuk mendapat kebebasan itu. Sama juga seperti manusia. Mereka perlu lalui segala rintangan sebelum dapat apa yang mereka mahu.."

Olivia senyum lalu mengangguk. "Sir macam dah banyak pengalaman je?" Qhalish mengangguk.

"Come on Olive.. Saya dah masuk 30 tahun. Saya dah lalui banyak pengalaman macam tu. Agak sukar untuk dapatkan apa yang saya nak.. Termasuk.. Menjadikan seseorang sebagai orang rumah saya.." ujarnya perlahan.

Olivia mengangguk. Oh mungkin maksud sir sukar untuk jadikan isterinya yang sekarang sebagai suri rumah kot?

Sedang mereka bercakap, Olivia tersentak apabila ada sesuatu yang lembik dan sejuk yang menapak diatas kepalanya dengan tiba-tiba.

"Sir.." gumamnya perlahan.

"Yes?"

"Sir tolong!" jeritnya lalu menarik-narik baju pensyarahnya. Qhalish berpaling ke arah Olivia dan menjungkit kening.

"Why?"

"Cuba sir tengok atas kepala saya ada apa.. Kenapa saya rasa macam.. Ada sesuatu yang sejuk? Tengok jap!" tempiknya lalu menarik baju Qhalish.

"Okay okay kejap saya tengok. Awak jangan la tarik baju saya. Kan terkoyak naya je dapat free view."

"Huwaaa cepatlah sir! Saya tak ada masa la nak bergurau!" Jerit Olivia dengan wajah sebik. Qhalish berdiri lalu mengintai atas kepala Olivia. Dia tergelak perlahan.

"Itu la awak. Mengumpat lagi burung tadi kan? Tak pasal-pasal diorang bagi hadiah pada awak.."

Terbeliak mata Olivia. "Hah? Diorang berak atas kepala saya ke sir?!"

Qhalish gelak lalu mengangguk. "Ha'ah.."

"Huwaaa benciii! Dahlah saya ni malas cuci rambut! Eeeii tak suka laa dia ni!" tempik Olivia lalu berlari ke tandas berdekatan.

"Eii cancel la nak jadi burung berterbangan kalau macam ni! Taknak dah kawan!" jerit Olivia seorang diri.

Qhalish hanya gelak melihat reaksi Olivia yang agak comel baginya. Dia memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluarnya.

"Haih. bila la boleh jadikan awak hak saya ni?" Gumamnya perlahan.

Qhalish tersenyum lalu meninggalkan kawasan itu.

Sherry dan juga rakannya yang bernama Lia mengepal tangan melihat keakraban antara pensyarah muda itu bersama Olivia.

Mereka juga pernah cuba merapatkan diri dengan Qhalish namun Qhalish selalu mengelak. Mereka pernah bertanyakan tentang pembelajaran pada Qhalish namun Qhalish hanya menjawab itu dengan cepat seolah-olah tidak mahu melayan mereka.

"Pandai budak miskin tu mengorat sir Qhalish.. Dasar tak sedar diri.." ujar Sherry lalu mengetap bibir. Dia berpaling ke arah Lia.

"Kau tahu kan apa yang perlu kita buat?"

Lia senyum sinis dan mengangguk. "Yeah. buat dia sengsara.."

Sherry mengangguk. "Kita akan start nanti.. Sekarang ni jom jumpa Zakwan. Dia paling benci perempuan miskin tu.."

Lia mengangguk. Dari dulu sehingga sekarang mereka tidak puas hati dengan Olivia. Mungkin kerana rupa paras Olivia yang cantik serta berseri membuatkan mereka benci akan gadis itu.

Olivia tidak perlu memakai mekap tebal untuk menyerlahkan kecantikannya kerana rupa paras semulajadinya sudah menyerlahkan kecantikannya yang tiada batas.

TBC🤍
Menyempat ko berak ya burung..

VOTE AND COMMENT❤️

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now