QHALISH - BAB 49💎

19.3K 766 30
                                    



"OK.. angah jaga dari jauh. Jangan jaga dari dekat. Nanti Olive perasan pula angah perhatikan dia. Noted. Jaga isteri along elok-elok."

Terjaga Encik Ilman dari tidurnya apabila terdengar suara garau tersebut. Dia berdesis sedikit apabila merasakan tangan serta badannya sedikit sakit.

Qhalish yang mendengar suara itu terus berpaling ke arah Encik Ilman yang sedang diikat di kerusi. Dia senyum senget lalu menutup panggilan.

"Wow dah bangun." Encik Ilman panggung kepala ke arah suara itu. Berkerut dahinya apabila dia dapat mengenali gerangan suara itu namun dia terlupa siapakah lelaki yang berpakaian serba hitam tersebut.

Qhalish melangkah menghampiri Encik Ilman dengan senyuman sengetnya. Dia yakin pasti Encik Ilman tidak mengenalinya kerana sekarang dia memakai mask muka.

"Lena ke tidur.. Ilman?" Tanyanya sinis lalu duduk diatas kerusi dihadapan Encik Ilman. Encik Ilman berdecit. "Aku dekat mana?!" Jeritnya terhadap Qhalish.

Qhalish memejam mata kejap lalu menggaru telinganya. "Fuhh.. tak perlu kot nak menjerit bagai. Cuba buka mata luas-luas. Tengok sekeliling kau. Takkan kau tak kenal tempat ni?"

Berkerut dahi Encik Ilman. Matanya terus melilau melihat sekeliling. Terbeliak matanya apabila dia dapat mengenalpasti dimanakah dia sekarang.

"Stor..rumah aku?" Qhalish sengih lalu mengangguk. "Goctha.. chill lah. Aku hantar kau ke stor rumah sendiri je pun. Orang tua kena tidur awal. Yang kau gatal sangat pergi ke hospital masa macam ni dah kenapa?"

Berkerut dahi Encik Ilman. Encik Ilman mengeluh kasar apabila rancangannya untuk membunuh Aniq dan Olivia gagal.

"Tak guna! Kau siapa hah?! Lepaskan aku!!" Jeritnya lalu cuba untuk melepaskan diri. Berkerut dahi Encik Ilman apabila badannya merasa sakit saat ini.

Qhalish senyum senget. "Sabar. Makin kau bergerak, makin kau sakit. Sebab tu orang kata lebih baik diam daripada bercakap. Lebih baik hidup dengan aman daripada cari pasal. Dan sekarang, hadap la semua ni okay?"

Encik Ilman berdecit lalu meludah liurnya ke atas lantai. Dia mencerlung tajam ke arah lelaki dihadapannya. Dia langsung tidak dapat mengenali Qhalish kerana Qhalish menutup dirinya 100%.

"Kau me--"

"You! Tolong i!" Encik Ilman berpaling ke arah suara itu. Terbeliak matanya apabila melihat isterinya yang sudah diikat oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti Qhalish.

"Orked?" Gumam Encik Ilman perlahan. "Lepaslah! Kenapa dengan kau ni?! Sakitlah!" Jerit Puan Orked apabila Qaabil memegang kemas tangannya.

"Diam lah perempuan tua! Semak betul aku dengan kau! Dari tadi terpekik terlolong sampai nak tercabut anak tekak! Berdarah telinga aku!" Jerit Qaabil lalu mengetatkan lagi pegangannya.

Qhalish senyum senget lalu bangun dari duduknya. Dia menyepak kerusi yang didudukinya tadi untuk diberikan kepada Puan Orked.

Qaabil menolak kasar badan Puan Orked keatas kerusi lalu diikat kemas badan Puan Orked di kerusi.

Puan Orked mendengus lalu menggerakkan badannya untuk melepaskan diri namun dahinya berkerut apabila dia mula merasakan kesakitan.

Qaabil melangkah ke arah abangnya lalu berdiri di sebelah Qhalish. Qhalish berpeluk tubuh. Diperhatikan sahaja wajah musuh-musuhnya itu.

"Kenapa gelabah sangat ni? Ni rumah korang jugak kan? Aku bawa korang ke stor korang. Bukannya bawa ke tempat gelap pun. Chill la.."

Encik Ilman mendengus lalu mencerlung ke arah Qhalish. "Kau siapa?! Apa masalah kami pada kau sehingga kau tangkap kami macam ni?!"

Qaabil tergelak perlahan. "Along, apa kata tunjuk je diri tu. Kesian dua ekor bodoh ni dari tadi tertanya-tanya kau siapa."

Berkerut dahi Puan Orked. Along? Bukan.. ahlong kan? Aku tak pinjam duit pun oi.. tapi ada jugalah pinjam untuk beli dadah haritu...

Qhalish tergelak sinis lalu mencerlung kedua mertuanya itu. Dia mengangguk perlahan.

"Kau nak tahu aku siapa kan? Fine. Aku perkenalkan diri dulu." Ujar Qhalish lalu mula membuka mask mukanya. Terbeliak mata Puan Orked dan Encik Ilman apabila mengenalpasti siapakah gerangan itu.

"Kau!!" Jerit Encik Ilman lalu mengetap bibir. Qhalish senyum lebar. "Hye papa dan mama. How are you? Miss your son in-law hm?" Tanya Qhalish secara mengejek.

Puan Orked mendengus manakala Encik Ilman mencerlung tajam ke arah Qhalish.

"Bodoh juga korang ni.. takkan tak cam suara menantu sendiri? Nampak sangat mertua tak ambil cakna tentang menantu kan? Tch. Mertua dari neraka." Ujar Qhalish lalu melempar kasar mask mukanya ke dada adiknya.

Qaabil menjeling. Takper takper.. ada hari aku balas.. tapi tak tahu la bila sebab aku sendiri takut dengan abang aku muahahahhha.

Qhalish berdiri tegak dihadapan Puan Orked dan Encik Ilman yang mencerlung tajam ke arahnya. Qhalish tergelak perlahan.

"Chill la. Takkan dengan menantu pun nak bermasam muka? Kita keluarga kan?" Tanya Qhalish lalu mencuit dagu Encik Ilman. Encik Ilman berdecit lalu menjarakkan mukanya dari tangan Qhalish.

Qhalish mengangguk perlahan. Dia berpeluk tubuh dihadapan kedua-dua orang tua tersebut.

"Kau mungkin kenal aku sebagai suami Olive. Tapi aku yakin, kau tak kenal aku sepenuhnya lagi, am i right?" Tanya Qhalish lalu menjungkit kening.

Berkerut dahi Puan Orked dan Encik Ilman apabila tidak dapat memahami maksud Qhalish. Qaabil berdecit. "Sudah-sudah la tu bagi hint along.. diorang tu bengap. Kau bagi lah hint banyak mana pun, diorang tetap tak boleh berfikir sebab otak dah tepu."

Qhalish berdecit lalu menjeling adiknya. "Tak baik cakap mertua along macam tu. Macam mana otak mereka nak tepu kalau otak pun tak ada?"

Qaabil tergelak kuat manakala Encik Ilman dan Puan Orked berdecit. Sedari tadi mereka dihina oleh dua beradik tersebut.

"Ngok la long." Ujar Qaabil yang masih ketawa terbahak-bahak. Qhalish gelak sinis lalu fokus kembali ke arah mertuanya.

"Uzzair Qhalish.. kenal nama tu?" Terbeliak mata Encik Ilman apabila Qhalish mula menyebut nama itu. Dia menggeleng perlahan.

"Tak.. tak mungkin kau.."

Qhalish senyum senget. "That's me. Uzzair."

Encik Ilman memejam mata kejap lalu melepaskan segugus keluhan. Masih dia ingat lagi nama itu adalah nama yang paling digeruni olehnya dahulu. Dia tidak pernah mengambil tahu tentang menantunya itu.

Yang dia tahu nama Qhalish adalah Qhalish sahaja. Namun dia tidak tahu pula Uzzair adalah nama Qhalish juga.

Sekarang.. dia agak terkesima. Dia masih ingat pesanan bapanya dulu sewaktu dia berjaya mengaut kesemua harta bapanya.

'Kau kena ingat Ilman! Aku bukan lawan kau! Tapi kalau kau berjumpa dengan seseorang yang bernama Uzzair Qhalish, aku yakin kau tak mampu lawan dia!'

'Uzzair Qhalish adalah ketua sarang tu. Kau jentik je orang yang dia sayang, itu bermakna kau sedang jentik sarang tebuan. Kau akan mati dalam waktu yang sama. Ingat pesan aku. Aku bukan lawan kau. Tapi Uzzair Qhalish adalah lawan kau.'

'Jangan sesekali kau cari pasal dengan dia kalau kau taknak tempah maut dalam waktu terdekat. Dia lagi bahaya dari penyangak macam kau. Sekali dia aim kau, kau takkan terlepas dari genggaman dia.'

Itu adalah pesanan daripada atok kepada Encik Ilman. Encik Ilman hanya mengendahkan sahaja ucapan bapanya kerana ucapan itu telah lama berlalu. Sudah lama dia menunggu kemunculan Uzzair Qhalish namun Qhalish langsung tidak menonjolkan diri.

Dan sekarang.. disinilah dia.. dihadapan lawannya.. dan dia kelihatan lemah berhadapan Qhalish.

"Ready to die?" Encik Ilman panggung kepala ke arah Qhalish lalu menggeleng kepala. "Tak.. jangan.." ujar Encik Ilman separuh merayu. Berkerut dahi Puan Orked apabila melihat suaminya yang sedang ketakutan. Qhalish senyum senget.

"Im sorry. I'm not asking. But i'm just want informed that you will die in my hand today. No objection."

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now