REDUP sahaja cuaca petang ini. Sekarang Tuan Uthman sekeluarga berserta Olivia berada di perkarangan kubur. Olivia hanya berdiri jauh dari kubur kerana dia sedang datang bulan. Jadi, tak manis untuk dia menyertai mereka membaca yassin di kubur.Nini setia menemani rakannya itu. Digosok perlahan lengan serta belakang badan Olivia. Olivia pula hanya diam. dibiarkan sahaja air mata mengalir lesu. Tiada sedikit pun suara atau esakan yang keluar dari bibir itu.
Dia sudah penat untuk menangis. Seharian dia menangis sehingga dia sudah kekurangan tenaga hari ini. Jika Nini tidak merangkulnya, pasti dia sudah jatuh terduduk sekarang.
Qhalish yang sedang membaca yassin mengerling sekilas ke arah Olivia. Sayu hatinya melihat Olivia seakan-akan seperti mayat hidup. Pucat sahaja wajah itu. Riak muka hanya mendatar seperti tiada harapan untuk hidup selepas ini.
Qhalish mengeluh perlahan lalu melanjutkan bacaannya dikubur nenek dan atok. Kedua kubur itu bersebelahan sahaja.
Tuan Uthman dan Uzzam juga menyertai bacaan yassin. Semua lelaki masih membaca yassin manakala golongan wanita hanya duduk dibawah pokok bersama Olivia.
"Bella.. salam takziah ye.. Ciknah pun turut berduka.. arwah nenek dan atok Bella baik sangat terhadap Ciknah. Lepas ni kalau Bella nak apa-apa, Bella minta tolong je pada Ciknah ya?" Ujar Ciknah yang merupakan jiran mereka.
Olivia senyum kelat. "Terima kasih Ciknah.." ucap Olivia yang sudah tidak bermaya. Ciknah hanya senyum tipis. Dia tidak sangka bahawa jirannya itu akan pergi secepat ini. Dan yang paling terkejut, mereka pergi serentak..
"Mak.." Olivia dan para wanita terus panggung kepala ke arah suara itu. Olivia mencerlung tajam Puan Orked dan Encik Ilman yang baru sahaja tiba di tapak perkuburan. Diperhatikan sahaja Puan Orked yang sedang menangis ditemani Encik Ilman yang memujuk Puan Orked ketika ini.
"Kenapa...kenapa tinggal Orked macam ni mak.." ujar Puan Orked dengan esakan yang jelas. Ciknah berdecit. Dia adalah jiran nenek. Semestinyalah dia tahu bahawa Puan Orked dan suami tidak pernah datang melawat atok dan nenek.
Puan Orked mengalih pandangan ke arah Olivia yang merenungnya tajam. "Bella anak mama.." panggil Puan Orked lalu ingin memeluk Olivia.
"Pergi! Kau berambus dari sini!" Terkejut para lelaki apabila jerkahan itu menerjah ke gegendang telinga mereka. Qhalish terus bangun dari duduknya diikuti Uzzam dan Tuan Uthman.
"Bella.. kenapa cakap macam tu pada mama? Tak baik sayang.." ujar Puan Orked dengan nada sebak. "Kau bukan mama aku la! Buat apa sibuk datang sini?!"
Olivia seakan-akan dirasuk sekarang. Mujur sahaja Qhalesya dan Nini setia memujuknya sekarang. Kalau tidak, mereka pasti bahawa Olivia akan menarik rambut Puan Orked ketika ini.
"Olive.." panggil Qhalish yang sedang mendekati Olivia. "Kenapa ni hm?" Tanya Qhalish perlahan. Olivia terus mengalih pandangan ke arah Qhalish.
"Tolong halau dia sir.. saya taknak tengok muka dia dekat sini. Saya muak dengan dia!" Jeritnya tanpa sedar. Qhalish memberikan isyarat kepada Qhalesya. Qhalesya mengangguk lalu menggosok perlahan tangan Olivia.
"Shh.. jangan menjerit macam ni.. tak baik.. kalau atok dan nenek ada pasti mereka kecewa kan?" Pujuk Qhalesya perlahan. Olivia mengeluh perlahan lalu menyandarkan kepala ke bahu Qhalesya.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...