QHALISH - BAB 9💎

18.8K 827 10
                                    



OLIVIA hanya mengelamun jauh didalam kelasnya. Dia langsung tidak fokus akan pembelajarannya sekarang. Matanya fokus ke arah luar tingkap.

Dilihat sahaja burung berterbangan. Dia senyum tipis. Andai katalah hidupnya boleh sebahagia burung itu kan best..

"Miss Isabella!" terkejut Olivia apabila disergah begitu oleh pensyarah matematiknya. Dia berpaling ke arah Mrs Ametha.

Miss Ametha melangkah menghampiri Olivia dan menatap gadis itu dengan panahan yang tajam. "What the hell are you doing right now? You fikir you mengintai luar sana, you akan lulus ke dalam ujian nanti?"

Olivia senyum dan menunduk. "Sorry Miss.."

"Yeah. Buat salah je minta maaf lepas tu esok ulang balik kesalahan sama. I kenal you macam mana Bella. You selalu termenung ke luar tingkap. You tengah bercinta ke?"

Olivia panggung kepala ke arah pensyarahnya lalu mengerling sekilas Qaabil yang masih menatapnya.

Olivia meneguk liur kesat. Malu! Dia selalu tunjuk perangai yang buruk dihadapan crush nya itu..

"No Miss.. saya fikir pasal benda lain tadi. I'm really sorry.."

Miss Ametha mendengus. "Sebab tu i tak suka pelajar macam you. Dah tahu diri tu banyak kekurangan, tak perlu la sampai melakukan kesalahan yang sama. Apa perasaan atok dan nenek you kalau mereka tahu you berperangai macam ni? Macam mana you nak balas kebaikan mereka yang menjaga you kalau dalam kelas pun tak fokus?"

Olivia hanya menunduk sahaja. Dia terkesan apabila seseorang menyebut tentang atuk dan neneknya.

"You antara pelajar paling slow dalam kelas i. Dan i mendapati bahawa you juga slow dalam english. I tak kisah tau kalau you nak berperangai macam ni kalau otak you geliga. But now otak you beku! I tak tahu sama ada you masih ingat atau tidak pembelajaran yang lalu!"

Terkejut Olivia apabila mendengarkan jerkahan itu. Dia mengepal tangan. Ingin sahaja dia melawan namun keadaan tidak membenarkan. Dia takut jika atok dan neneknya akan dipanggil ke kolej jika dia bersikap kurang ajar dengan pendidik.

Ramai rakan sekelasnya mentertawakannya sekarang. Nini memutarkan biji mata apabila terdengar kekehan ketawa dari rakan-rakannya itu. Hanya dia sahaja yang selalu memujuk Olivia ketika gadis itu rapuh.

Olivia agak tersinggung apabila pensyarahnya sendiri yang mengejinya dihadapan umum. Dan dia lagi terasa apabila pensyarah itu langsung tidak memarahi rakan sekelasnya yang sedang mentertawakannya.

Sangat berbeza dengan cara pembelajaran Sir Qhalish.

"And now i want you get out from my class right now! Tiada kelebihan pun kalau you ada dalam kelas ni kalau fikiran you melencong ke arah lain! I don't like waste my saliva for someone like you! Get out!"

Olivia mengetap bibir menahan airmata yang bakal mengalir. Dia malu untuk mengangkat kepalanya kerana dia tahu rakan-rakannya pasti mentertawakannya sekarang ini.

"Kenapa tak keluar? Ohh i lupa yang you tak reti bahasa inggeris kan?" sinis sahaja suara itu di gegendang telinga Olivia.

Qaabil mengeluh lalu menaip sesuatu di skrin telefonnya. Harus report kepada seseorang tentang hal ini.

"KELUAR!!" Olivia tersentak lalu mengambil telefonnya dan terus melangkah keluar dari ruangan itu. Sudah tidak dihiraukan kekehan ketawa dari rakan-rakannya. Kerana dia amat malu sekarang.

TBC🤍
Miss Ametha garang naw..

VOTE AND COMMENT❤️

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now