"AWWW along! Apa ni tarik telinga aku! Sakitlah!" Jerit Qaabil yang diheret oleh Qhalish ke ruang tamu. Bukan heret tangan tau tapi telinga..Berkerut dahi Puan Qhairina apabila melihat anak terunanya bertengkar. "Along.. kenapa tarik telinga Qaabil tu?" Tuan Uthman hanya menggeleng. Biarkan. Qhalish sudah menceritakan pada bapanya tentang hal yang berlaku di kolej tadi.
Qhalesya tersengih merakam adegan adik dan abangnya itu. Terkekeh dia ketawa melihat adegan tersebut. Qhalish melempar kasar adik lelakinya ke sofa.
Dia mencerlung tajam ke arah Qaabil yang mengusap telinganya dengan bibir memuncung. Qaabil tetap takut akan abangnya..
"Qaabil ni.. sakitkan hati perempuan. Memang padah kena tarik telinga. Tu baru sikit tau? Kalau boleh, aku nak lempang je kau kat sini Qaabil.." ujar Qhalish dengan nafas laju.
Ingin sahaja dia memukul adiknya itu kerana kata-kata kesat Qaabil telah menyakiti hati kekasih hatinya.
Qaabil berdecit. "Along, aku taknak dia berharap pada aku. Sebab tu la aku reject macam tu.." pening! Takkan nak terima pula? Kan menangis pula alongnya tu.
Qhalish mendengus. "Reject elok-elok boleh je kan? Perlu ke hina dia sampai cakap dia miskin? Kalau aku boleh cilikan mulut kau, dah lama aku buat tau! Siapa ajar kau bandingkan pangkat kau dengan orang lain? Siapa?! Kau tak ada hak!"
Terpejam mata mereka semua yang berada di ruang tamu apabila Qhalish mula menjerkah. "Aku tak kisah kau nak reject. Tapi jangan sesekali sebut pasal pangkat, keturunan dan juga kekayaan! Jangan sesekali kau bandingkan kekayaan kau dengan orang lain!"
Qhalish ada bertanyakan salah seorang dari mereka hal ini. Gadis itu telah menceritakan segalanya kepada dia apabila gadis itu bertemu Qhalish di pejabat. Sebenarnya gadis itu telah memberitahu tentang Sherry dan Lia.
Sekarang Qhalish sudah mengetahui semua cerita itu dari awal hingga akhir. Namun dia sangat kecewa apabila adiknya sendiri yang mengungkapkan kata-kata yang menyakitkan hati itu kepada Olivia.
Dia berasa amat malu. Dia memarahi Mrs Ametha tentang pangkat namun adiknya sendiri yang sebut akan hal itu.
Mendidih api kemarahan Qhalish saat ini. Mungkin dia seorang yang penyabar dan seorang bercakap lembut. Tapi dia juga seorang manusia yang akan melepaskan kemarahan apabila seseorang itu sudah melampaui batas.
Qaabil hanya menunduk sahaja. Memang la dia pandai menjawab tapi dia tidak berani untuk melawan cakap abangnya.
Dia tidak boleh melawan abahnya dan abangnya. Dua lelaki itu amat bahaya jika dilanda kemarahan.
Qhalesya mengemam bibir sahaja. Dia takut akan amarah abangnya. Dia kenal abangnya. Jadi, lebih baik dia diam jika tidak mahu dijerkah.
Tuan Uthman menanggalkan kaca matanya lalu diletak diatas meja. Dia mengalih pandangan ke arah anak sulongnya yang sedang mencerlung ke arah Qaabil.
"Along.. sabar. Qaabil tak sengaja la tu.." Qhalish berdecit. "Dia ni memang kena ajar. Cakap main lepas. Umur dah matang tapi tak reti nak fikir perasaan orang."
Tuan Uthman menggeleng. Dia sudah malas ingin melawan anaknya itu. Degil! Keras kepala..
Qhalish mencerlung adiknya yang masih diam. "Boleh je kau cakap kat dia yang kau tak suka dia kan? Tak perlu kut nak sebut pangkat. Kau tahu kan apa pantang aku? Jangan sakiti Olivia. Aku haramkan." Ujarnya perlahan lalu melangkah pergi dari situ.
Qhalesya melepaskan nafas lega. Dia mengusap dadanya. "fuhh.. angah baru boleh bernafas.." gumamnya perlahan.
Tuan Uthman mengerling Qaabil. "Abah dah cakap jangan sesekali buat macam tu pada Olivia kan? Qaabil tahu kan sejauh mana along sayangkan gadis tu? Tak perlu la reject sampai macam tu sekali..malu la dia depan kawan-kawan.."
Ujar Tuan Uthman perlahan. Qaabil mengangguk. "Nanti Qaabil minta maaf pada along.."
Puan Qhairina senyum tipis. Anak bongsunya itu mudah meminta maaf walaupun sedikit nakal. "Bukan pada along.. tapi pada Olivia.." ujar Puan Qhairina perlahan.
Qaabil menghela nafas lalu mengangguk sahaja. Nak taknak, dia kena juga meminta maaf pada Olivia. Tapi macam mana? Olivia mesti amat memarahinya sekarang..
*:・゚✧*:・゚✧
OLIVIA mengoyak ke semua gambar Qaabil lalu dilemparkan ke dalam api yang marak. Dia berpeluk tubuh melihat gambar-gambar yang dimakan api.
Dia mendengus. "Kau bernasib baik tau aku bakar je gambar kau. Kalau aku jahat, dah lama aku sihir kau. Ish! Apa kau ingat aku hadap sangat lelaki badboy macam kau? Tch. Abang kau lagi hensem lah dari kau!"
Bebelnya seorang diri. Namun beberapa saat kemudian dia menekup mulutnya. "Alamak.. aku terpuji sir ke tadi?" Tanyanya lalu senyum tipis.
Dia senyum sendirian apabila teringat cara Qhalish membelanya. "Hihi hensem je dia sebenarnya walaupun annoying sikit.."
"Apa yang hensem tu?" Tersentak Olivia apabila ada satu suara lembut menerjahnya dari belakang. Dia menyentuh dadanya lalu berpaling ke belakang..
"Nenek.. terkejut Bella. Suka datang mendadak macam ni kan?" Nenek senyum sahaja. "Meh nenek nak bincang sesuatu.. jom masuk.."
Berkerut dahi Olivia namun kakinya mengikuti langkah neneknya.
"Apa ni nek?" Tanya Olivia yang sudah duduk diatas sofa. Dia mengambil satu kotak panjang dari neneknya.
Nenek senyum tipis. "Ambil lah.. nenek bagi pada Bella.." Olivia membuka kotak itu. Terbeliak matanya apabila melihat ada seutas rantai emas yang amat cantik baginya.
Olivia menggeleng laju lalu dia memberi semula rantai itu kepala Olivia. "Taknak nek.. ni nenek punya. Bella taknak.. kalau Bella nak, Bella akan usaha sendiri nanti. Bella taknak hak nenek.."
Ujar Olivia dengan riak sebak. Dia sukakan emas namun dia tidak mahu mengambil harta neneknya itu.
Nenek senyum lalu menggenggam tangan Olivia. "Dengar sini.. ni je harta yang nenek ada.. dan nenek nak beri harta ini pada cucu nenek. Nenek dah tua Bella.. nenek dah tak perlu emas macam ni.."
Olivia menggeleng. Matanya mula berkaca. Dia seperti sudah agak apa yang neneknya akan ucapkan.
"Taknak.. Bella taknak.." nenek mengusap rambut Olivia. "Ambil lah.. hidup nenek pun dah singkat. Sekarang masa untuk Bella pula dpat merasa semua ni.."
Olivia menggeleng laju. "Taknak! Please la jangan cakap macam ni pada Bella! Umur nenek panjang lagi.. Bella perlukan nenek.." gumam Olivia lalu memeluk erat badan neneknya.
Nenek mula menangis lalu membalas pelukan cucunya. "Shh.. semua manusia akan datang dan pergi.. begitu juga nenek.. kita bukan siapa-siapa untuk menidakkan kematian."
Olivia menggeleng. "Taknak.. Bella tak sanggup.. Bella nak nenek.. Bella dah tak ada orang lain selain atok dan nenek. Jangan tinggalkan Bella macam ni.."
Ujarnya dengan suara tersekat-sekat. Dibiarkan sahaja air mata menitis laju ketika ini..
Nenek mengesat air mata yang berguguran. Sungguh sayu kehidupan cucunya itu dimana Olivia hanya bergantung dengan mereka berdua sahaja.
Sedangkan ibubapa Olivia langsung tidak mengendahkan anak ini.
Nenek melepaskan pelukan lalu mengesat air mata Olivia. Dia senyum tipis melihat riak sebek Olivia.
"Bella takkan sendirian. Satu hari nanti, bila nenek dan atok dah tak ada, akan ada seseorang yang jaga Bella dengan baik.."
"S...siapa?"
Nenek senyum tipis. Dia menggosok perlahan belakang badan cucunya. "Satu hari nanti Bella akan tahu.. sekarang, nenek nak Bella simpan rantai ni.. Bella boleh pakai sekarang atau selepas Bella kahwin.. ok?"
Olivia mula menangis teresak-esak lalu memeluk tubuh tua neneknya.
"Jangan.. Bella taknak orang lain.. Bella nak nenek.." gogoinya dalam pelukan nenek.
Nenek hanya senyum sahaja. Ya Bella.. nenek pun nak macam tu.. tapi nenek tak janji nenek akan bersama Bella selama-lamanya..
TBC🤍
Potong bawang kat lain please..VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...