OLIVIA menarik nafas dan hembus perlahan. Diperhatikan sahaja dirinya di hadapan cermin besar ketika ini. Tersenyum lebar dia apabila akhirnya dia dapat juga memakai kebaya berwarna emas. Katanya kena jadi raja sehari, jadi berwarna emas la pakaian mereka berdua hari ini.Olivia kemam bibir lalu menekup mulutnya. Dia melompat-lompat melihat dirinya dihadapan cermin ketika ini. "Aaaa cantiknya aku.. dah lama nak pakai baju macam ni tapi tak kesampaian. Hikhik.. kalau aku cantik macam ni, mesti suami aku hensem kan? Arghh tak sabarnya nak jumpaaa.. dah 3 hari tak jumpa dia.."
Ujar Olivia lalu memuncung. Mereka harus berpisah bilik tidur selama tiga hari. Katanya nanti hilang pula seri kalau berjumpa hari-hari. Ini semua arahan Puan Qhairina. Jadi, nak taknak mereka kena ikut juga..
Hampir meraung si Qhalish sebab bantal busuk dia tiada selama beberapa hari ini.. hampir setiap masa dia akan bervideo call dengan Olivia.. rindu katanya sebab tak boleh bersentuh kulit.
Ishhh. Geram Olivia dibuatnya.
"Yuhuuu tak habis lagi ke tilik badan tu?" Olivia terus memusingkan badan ke belakang. Tersenyum lebar dia melihat Nini yang sedang berdiri di tepi pintu dengan senyuman.
"Nini!" Jerit Olivia dengan teruja. Nini terkekeh ketawa lalu menghampiri rakannya. "Aw cantiknya kau.. cemburu la aku.." ujar Nini lalu memeluk badan kawannya.
Olivia tergelak lalu membalas pelukan rakannya. "Terima kasih Nini.. kau selalu ada dengan aku dari dulu sehingga sekarang. Kau je yang nak berkawan dengan aku.. aku hargai sangat.. lepas ni kalau kau nak minta tolong aku, kau beritahu je. Aku akan tolong secepat mungkin.."
Ujar Olivia dengan nada sebak. Nini senyum lalu melepaskan pelukan mereka berdua. "Ish kau ni sentimental betul. Jangan la cakap macam tu.. nanti aku menangis pula.. sudahlah aku mekap lawa-lawa sebab nak mengorat kawan sir yang datang nanti.."
Ujar Nini lalu mengesat air mata dihujung matanya. Terharu juga dia mendengar ucapan kawan baiknya tadi. Olivia terkekeh ketawa.
"Tak malu la kau nak mengorat diorang.. diorang lagi tua dari kau tau?" Nini mencebik. "Biar arr.. tua la best. Lagi matang pemikiran dia dari aku yang budak-budak ni.."
Olivia menjeling lalu menyenggol badan rakannya. "Eleh kau.. habis tu si Zakwan tu kau nak campak mana? Bukan main rapat lagi kau dengan dia.." ujar Olivia lalu menjungkit kening berulang kali.
Nini menayangkan riak jijik. "Eii. Memang tak la. Tadi kau cakap kau akan bantu aku kalau aku minta tolong kan? Haaa aku minta tolong sangat kau sepak si Zakwan tu jauh-jauh. Asyik nak menempel dengan aku je. Rimas!"
Olivia terkekeh ketawa. Nini dan Zakwan dah macam belangkas. Kemana Nini pergi pasti Zakwan ada. Asyik nak mengikut Nini aje.. sudahlah selalu bergaduh mulut. Aih..
"Nini!" Nini menjulingkan matanya apabila mendengar panggilan itu. Tahu sangat suara siapa yang memanggilnya. Olivia terkekeh ketawa melihat wajah annoying kawannya itu.
"Nini kau kat mana!" Jerit Zakwan dari arah luar. Nini mendengus lalu memusingkan badannya. "Dalam bilik Bella la! Memekak la dia ni.. tak malu.."
Olivia hanya ketawa sahaja mendengar leteran rakannya. Zakwan masuk ke dalam bilik dengan senyuman lebar. Olivia membalas senyuman Zakwan lalu berpaling ke arah jejaka disebelah Zakwan.
Olivia terus menunduk apabila kelihatan suaminya yang sedang melangkah ke arahnya dengan berbaju yang sama tema dengannya.
Qhalish senyum lebar melihat isterinya yang sedang menunduk ketika ini. Dia merapati Olivia lalu mencuit dagu Olivia. "Kenapa pandang bawah?" Olivia kemam bibir lalu menggeleng perlahan.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Storie d'amore🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...