QHALISH - BAB 63💎

25.4K 925 57
                                    



PANGGG!

Bergema ruangan itu dengan bunyi tamparan kuat dari Ms Ametha terhadap Olivia. Terteleng wajah Olivia apabila menerima tamparan hebat dari Ms Ametha. Olivia menyentuh pipinya. Air matanya mula gugur apabila dia dapat merasakan kepedihan di pipinya ketika ini.

Terbeliak mata Qhalish melihat itu. Dia mengetap bibir menahan amarah sambil mengepal tangan.  Rahang diketap kuat apabila melihat isterinya mula menitiskan air mata.

"Betina sundal! Jauhkan tangan jijik kau dari isteri aku!" Tempik Qhalish lalu menolak kasar badan Ms Ametha sehingga wanita itu jatuh ke atas lantai.

Olivia berpaling ke arah suaminya lalu menggeleng perlahan. "Abang.." panggilnya seraya menarik tangan suaminya.

Qhalish mendengus lalu mencangkung dihadapan Ms Ametha. Ms Ametha mula takut melihat riak tegang Qhalish. Belum pernah lagi Qhalish menjerkahnya seperti ini.

Qhalish menampar kuat pipi Ms Ametha sehingga terteleng wajah perempuan itu. Terbeliak mata Olivia melihat adegan dihadapannya ketika ini. Tak pernah lagi Qhalish berkasar dengan perempuan sebegitu..

Qhalish menarik kasar rambut Ms Ametha. Berdesis Ms Ametha apabila akar rambutnya hampir tercabut kerana Qhalish.

"Kau dengar sini. Kau cari pasal dengan orang yang salah. Kalau pipi isteri aku berbekas dengan tamparan kau, kau prepare diri kau untuk melangkah ke neraka. Sebab aku akan bunuh sesiapa yang sakiti isteri aku. Faham?" Bisik Qhalish perlahan.

Ms Ametha menggeleng dengan linangan air mata. "FAHAM KE TAK?!" Jerit Qhalish. Tersentak Olivia dan Ms Ametha apabila Qhalish mula menjerkah.

"KAU FAHAM TAK AKU TANYA NI PEREMPUAN SIAL?!" Ms Ametha mengangguk laju. Dibiarkan sahaja air matanya yang menitis tanpa henti.

"Fa..faham.." jawab Ms Ametha perlahan. Qhalish mengangguk lalu melepas kasar genggamannya di rambut Ms Ametha.

Dia mengambil tisu basah lalu mengesat tangannya agar bauan rambut Ms Ametha tidak melekat di tangannya kemudian dilemparkan tisu itu ke muka Ms Ametha.

Qhalish mendengus lalu berpaling ke arah Olivia yang terketar. Dia mengeluh perlahan lalu mendekati isterinya namun Olivia menggeleng. "Tak.. jangan dekat dengan saya.."

Ujar Olivia dengan takut. Qhalish menolak isian pipinya dengan lidah apabila isterinya mula takut dengannya.

"Jom Olive." Ujar Qhalish lalu menarik tangan isterinya. Olivia menggeleng. "Taknak!" Jeritnya sambil cuba melepaskan genggaman tangan suaminya.

Qhalish berdecit lalu mengambil kunci keretanya dan keluar dari ruangan biliknya dari pintu belakang.

"Lepaslah Qhalish! Saya taknak!" Jerit Olivia sambil cuba merungkaikan pegangan Qhalish. Dia takut akan Qhalish versi ini. Dia tidak pernah melihat Qhalish berkasar dengan mana-mana perempuan.

"Qhalish! Awak sakiti saya!" Jerit Olivia lalu memukul-mukul tangan Qhalish. Qhalish mendengus kasar.

"Kalau kau taknak aku sakitkan kau, dengar la cakap aku! Susah sangat ke?!"

Tersentak Olivia apabila suaminya mula bercakap kasar dengannya. Olivia mula tersebik apabila melihat Qhalish yang sedang mencerlung kearahnya.

Qhalish memejam mata kejap apabila dia sudah mengasari isterinya melalui perbuatan dan perkataan. Dia melepaskan tangan Olivia lalu merapati isterinya.

Dia menekup kedua pipi isterinya. Diperhatikan sahaja Olivia yang sedang menitiskan air mata.

"Sorry okay? Abang terikutkan emosi tadi.. abang terlepaskan amarah pada Olive.. abang minta maaf cinta.. im sorry.." ujar Qhalish perlahan.

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now