QHALISH hanya menayangkan riak mendatar pada Olivia. Olivia menggigit bibirnya. "Awak.." panggilnya dengan suara bergetar.Olivia melangkah menghampiri suaminya yang sedang berdiri tegak di tangga tersebut. Olivia mengemam bibir sambil menatap mata suaminya yang memandangnya dengan riak yang tidak boleh ditafsir.
"Qhalish.. saya na-"
"Abah, along keluar jap. Nak jumpa Aniq. Dia dah sedar dari koma." Ujar Qhalish lalu melangkah pergi dari situ. Dia langsung tidak menjawab panggilan dari isterinya tadi.
Olivia mula menitiskan air mata melihat suaminya yang melangkah keluar dari rumah. Tahu la dia Qhalish terasa dengan dia sekarang..
Puan Qhairina senyum tipis lalu menghampiri menantunya. Sedih juga dia melihat raut wajah Olivia yang mendung sekarang. Mata Olivia hanya tertumpu pada suaminya yang sudah masuk ke dalam kereta.
"Takpa.. kejap je tu.. ibu kenal anak ibu.. dia marah sekejap je. Mustahil la dia marah lama dekat Olive.. Olive orang yang paling dia sayang tau? Nanti okey la tu.." pujuk Puan Qhairina seraya menggosok belakang badan menantunya.
Olivia mengesat pipinya lalu berpaling ke arah ibu mertuanya. "Betul ke ibu? Jadi.. Qhalish marah sekejap je kan? Dia.. tak benci Olive kan?" Puan Qhairina senyum tipis lalu mengangguk.
"Dia tak pernah benci Olive.. tapi kita bagi dia masa dulu ok? Nanti dia balik, Olive pujuk la dia.. pujuk je sampai dia pandang muka Olive.. ibu yakin Olive boleh.."
Olivia senyum lalu mengangguk. "Baik ibu.. ibu doakan Olive tau?" Puan Qhairina senyum lebar lalu memeluk menantunya. "Mestilah.. nama Olive selalu terselit dalam doa ibu.. ibu tahu semua ni adalah ujian untuk keluarga kita.. kita lalui bersama ya?"
Olivia mengangguk laju lalu membalas pelukan mertuanya. Syukurlah Puan Qhairina tidak memarahinya. Bimbang juga kalau mertuanya itu membencinya kerana kesilapan lalunya itu..
Tuan Uthman menghela nafas lega. Diperhatikan sahaja isteri dan menantunya yang berpelukan. Dia kenal Olivia. Dia yakin Olivia memang menyesal bersungguh-sungguh sekarang..
*:・゚✧*:・゚✧
OLIVIA menunduk dihadapan Qaabil dan Qhalesya . Qaabil menjungkit keningnya sambil berpeluk tubuh.
"Taknak bercakap ke? Nak berdiri je depan ni sampai esok ke?" Qhalesya berdecit lalu menarik telinga adiknya.
"Aw aw angah! Sakitlah!" Jerit Qaabil lalu memukul-mukul tangan kakaknya. Pedih la siot.. kurang ajar punya kakak.
Olivia sembunyi senyum. Suka pula melihat adegan ini. Tapi dia masih rasa bersalah ni. Jadi dia hanya berdiam diri je lah..
Qhalesya melepaskan pegangan lalu menjeling adiknya. Qaabil memuncung. Tahu la dia Qhalesya tidak berkenan dengan perangainya yang ini..
Qhalesya berdehem lalu berpaling ke arah kakak iparnya. Dia senyum tipis lalu menepuk-nepuk sofa ditepinya. "Meh la duk tepi akak.. kesian Olive dari tadi lagi berdiri.."
Olivia kemam bibir. "Boleh ke? Akak.. tak marahkan Olive ke?" Tanya Olivia perlahan namun mata masih memandang lantai. Qhalesya gelak perlahan.
"Tak ada lah.. kami tak pernah marah Olive.. along je yang marah Olive. Kami okey je dengan Olive.." Qaabil memuncung. Kami? Termasuk aku ke? Cis. Aku masih marah tau dekat kak ipar..
Olivia panggung kepala lalu memandang Qhalesya. "Betul ke akak tak marah Olive? Olive dah bersikap kurang ajar pada akak haritu.. akak.. tak benci Olive ke?" Qhalesya tergelak perlahan lalu menarik tangan Olivia.
Olivia akur lalu menghenyak punggung di sofa bersebelahan Qhalesya. "Tak.. akak tahu tu kesilapan kami juga.. jadi kita sama-sama bersalah la dalam hal ni.. kami nak minta maaf sebab kami rahsiakan hal ni. Sepatutnya Olive tahu dari awal kerana Olive juga ahli keluarga ni.. kalau Olive tahu dari awal, tak ada lah kita bergaduh macam ni kan?"
Olivia senyum kelat lalu mengangguk. Qhalesya senyum tipis lalu menyisir rambut kakak iparnya itu. "Olive tak pernah buat salah.. kalau akak jadi Olive pun, akak akan mengamuk malah mungkin lagi teruk lagi dari Olive.. Olive dah kira baik dah sebab tak tengking kami.."
Olivia kemam bibir. "Tapi Olive buat tak layan je pada korang masa tu.. Olive minta maaf."
Qaabil mendengus. "Kak ipar, sudah-sudah la tu minta maaf. Kami dah lama maafkan. Apa kata kak ipar pergi berfikir, cara untuk pujuk along. Susah tau nak pujuk along tu.. tak mudah.."
Olivia berpaling ke arah adik iparnya lalu mengerdip mata lambat. "Betul ke.. Qhalish susah dipujuk?" Qaabil mengangguk laju.
"Yep. Sangat susah.. makan masa berhari-hari.. try la goda dia. Mungkin dia akan tergoda nanti kan? Kami pun mungkin akan dapat anak buah bulan depan." Ujar Qaabil lalu tersengih.
Qhalesya senyum lebar. "Betul! Pergi goda cepat! Akak pun tak sabar nak dapat anak buah.." ujar Qhalesya dengan teruja sambil menggoyangkan badan Olivia.
Olivia senyum kekok. Hah? Anak fruit? Apa kaitan goda dengan anak fruit ni? Ermm Olivia innesen.. tak faham..
Qhalesya dan Qaabil terkekeh ketawa melihat senyuman kekok Olivia. Tahu la mereka Olivia tidak memahaminya.
"Macam ni la.. kalau Olive nak goda along, Olive boleh belajar menggoda suami dengan seseorang." Ujar Qhalesya lalu menjungkit keningnya.
Olivia kemam bibir. "Se..seseorang? Siapa?"
Qaabil berdehem. "Bini Ridzwan. Dia pandai menggoda." Berkerut dahi Olivia. "Siapa dia?" Tanyanya dengan riak berkerut.
Nak tahu la juga siapakah gerangan tu.. tak pernah terfikir pula nak goda Qhalish tapi demi ingin memujuk suaminya, dia haruslah lakukan sesuatu.
Qhalesya senyum lalu menjungkit kening ke arah Qaabil. Qaabil mengangguk dengan senyuman. Qhalesya berdehem.
"Kayla. Isteri Ridzwan, kawan along." Olivia mengangguk faham. "Kenapa dia? Maksud Olive, dia pandai menggoda ke?"
Qhalesya mengangguk laju. "Ha'ah, kalau Olive nak tahu, dia tu baru je umur 20 tahun tapi dah mengandung tau.." terbeliak mata Olivia mendengarkan itu.
"20 tahun? Maknanya.. muda satu tahun la dari Olive?" Qaabil dan Qhalesya mengangguk laju.
"Yep. Dia pandai goda Ridzwan sampaikan Ridzwan jatuh dalam lembah godaan dia. Sebenarnya, mereka merancang.. tapi tak sangka mula melekat awal. Itu semua sebab Kayla la punya pasal.." bisik Qhalesya perlahan.
Qhalesya pernah bertanyakan Kayla kerana dia agak terkejut apabila mengetahui Kayla mengandung sebulan selepas berkahwin. Jadi Kayla dengan tidak tahu malunya, menceritakan segalanya dari A hingga Z.
Hmm si Kayla tu peramah sangat. Habis nak diceritanya. Ni kalau Ridzwan tahu, mahunya kena marah si Kayla tu..
Olivia menggigit bibirnya. "Err kalau macam tu.. akak bagi la nombor dia pada Olive.. nanti Olive nak belajar dengan dia.."
Qhalesya senyum lebar lalu mengangguk. "Sure! Dengan senang hatinya akak memberi. Dan akak harap bulan depan akak dapat berita yang akak akan dapat anak buah. Yeay!" Jerit Qhalesya sambil mengeluarkan telefonnya.
"Yuhuuuu tak sabar!!" Jerit Qaabil dengan terujanya. Siap tumbuk-tumbuk bantal pula tu..
Olivia senyum kekok. Aduh.. niat nak pujuk je. Ni dah kenapa sampai tahap goda pula ni? Dan yang paling mengejutkan siap sebut anak buah pula tu. Err tak terlalu awal ke..
TBC🤍
Habis la kau Olive. Mahunya kau mengandung awal kalau belajar dengan si Kayla tu..VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Любовные романы🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...