"YEAH.. awak sempurna di mata saya Olive.. kerana itulah saya..."Terjungkit kening Olivia. "Saya apa sir?"
Qhalish senyum tipis. "Saya suk--"
"Sir! Bella!"
Olivia dan Qhalish terus berpaling ke arah dua pelajar yang sedang bernafas tercungap-cungap. Berkerut dahi Qhalish apabila melihat dua jejaka itu seumpama dikejar sesuatu.
"Kenapa ni?" Tanya Qhalish yang masih setia merangkul bahu Olivia. Pelajar tersebut menarik nafas dan hembus perlahan. Dia terus berpaling ke arah Olivia.
"Bella.. atok dan nenek kau..." berkerut dahi Olivia. "Kenapa? Kenapa dengan diorang?"
Pelajar tersebut mengemam bibir. "Diorang kemalangan.. nenek kau meninggal dan atok kau masih dalam emergency room.."
Lemah lutut Olivia ketika ini. Hampir terjelumpuk dia ke atas tanah namun sempat Qhalish merangkul pinggangnya.
Olivia menggeleng dengan air mata yang mengalir. "Tak.. tak mungkin..." ujarnya dengan suara terketar. Qhalish mengelus perlahan kepala Olivia.
Olivia panggung kepala ke arah Qhalish dengan mata berkaca. Qhalish masih menanti percakapan Olivia.
"Tak mungkin kan sir? Saya... saya salah dengar kan? Saya.. bukan... bukan.. atok dan nenek kan? Diorang... salah informasi kan? Kan sir kan? Jawab sir.." ujar Olivia lalu menggoncangkan badan Qhalish yang masih berdiam diri.
Dua pelajar tadi menahan air mata dari mengalir apabila melihat Olivia yang sedang rapuh. Qhalish mengelus perlahan kepala Olivia.
"Shh.. kita pergi hospital dulu okay? Kita tengok diorang.." Olivia menggeleng lalu menyandarkan kepala ke dada Qhalish. Qhalish memeluk erat badan Olivia saat ini. Dapat dia rasakan badan terketar Olivia ketika Olivia memeluknya.
"Tolong.. cakap semua ni mimpi.. saya tak percaya sir.. tolong.. tolong sedarkan saya dari mimpi ngeri ni.. tolong sir.. cakap yang saya hanya bermimpi.. please.." ujar Olivia dengan esakan yang makin kedengaran.
Qhalish mengesat kasar air mata yang menitis di pipinya. Dia tidak boleh lemah dihadapan Olivia ketika ini kerana Olivia memerlukan kekuatan sekarang.
Qhalish mula mencempung badan Olivia. Olivia terus mengalungkan tangan ke leher Qhalish lalu menyembamkan mukanya ke ceruk leher Qhalish.
Dia menangis tanpa henti saat ini. Dia hanya membiarkan sahaja Qhalish mendukungnya. Dia sudah tidak bermaya. Dalam fikirannya hanya berharap semua ini hanya mimpi..
Atok.. nenek.. jangan bergurau macam ni dengan Bella.. Bella tak suka..
*:・゚✧*:・゚✧
OLIVIA terjelumpuk jatuh melihat neneknya yang sudah ditutupi dengan kain putih. Dia sudah kehilangan orang tersayang. Dia sudah kehilangan neneknya.. dia.. sudah kehilangan tempat bergantung..
Qhalesya merapati Olivia lalu memeluk tubuh Olivia. Qhalish sudah menelefon keluarganya untuk datang ke sini untuk memberi sokongan kepada Olivia.
"Tak.. tu bukan nenek saya kan kak? Bukan kan?" Tanya Olivia yang sedang memandang Qhalesya dengan mata berkaca. Qhalesya senyum tipis lalu memeluk erat badan Olivia. "Shh.. jangan macam ni Olive.. sedih la nenek bila tengok cucu dia nangis macam ni.."
Pujuk Qhalesya perlahan. Yang sebenarnya dia juga tidak pandai memujuk. Tapi setelah dipaksa oleh Qhalish, dia terpaksa juga memujuk Olivia sekarang.
Tuan Uthman menunduk sahaja. Diperhatikan sahaja wajah nenek yang sudah pucat tanpa darah. Dia mengemam bibir menahan tangisan. Sungguh hiba keadaan sekarang dimana dia sudah kehilangan tulang belakangnya.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Storie d'amore🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...