ZAKWAN dan Nini mengeluh perlahan apabila mereka dipaksa mengikut Olivia sekarang. Mereka bertiga sedang dalam perjalanan ke bilik Qhalish. Si Olivia la ni gedik sangat nak jumpa suaminya..Tapi itulah. Bukan main lagi berjumpa sembunyi-sembunyi macam ni. Zakwan dan Nini dah mavam James Bond dah sekarang. Mata mereka melilau ke kiri dan kanan supaya tidak terkantoi.
Olivia berhenti dihadapan bilik Qhalish lalu berdehem sedikit. Dia berpaling ke arah Zakwan dan Nini yang sedang berpeluk tubuh dengan wajah cemberut.
Olivia terkekeh ketawa. "Korang jaga pintu jap tau.. aku nak masuk jumpa suami aku jap.. kalau ada orang nak masuk, korang cakap la sir Qhalish busy eh?" Tanya Olivia dengan sengihan di bibir.
Nini memutarkan biji matanya. "Yelah yelah. Cepat sikit. Nanti kantoi pula kita bertiga datang meja sir ni.. cepatlah!" Bisik Nini lalu menolak-nolak badan Olivia. Olivia memuncung sahaja.
"Nanti aku belanja la korang aiskrim.. jangan la marah.." Zakwan mengeluh kasar. "Bella, aku bukannya nak marah. Tapi aku ni gangster tau? Malu la aku kalau orang nampak aku berkawan dengan perempuan macam korang ni. Tak pasal diorang chop aku ni geng perempuan pula."
Ujar Zakwan lalu menayangkan riak jijik. Nini menjeling lalu berdecit. "Gangster? Maksud kau gangster tahi kucing ke? Tch. Tak ada orang kisah la pasal kau. Lepas tu apa tu kau cakap? Kau malu berjalan dengan kita orang? Kalau macam tu blah!"
Ujar Nini seraya menolak badan Zakwan. Zakwan mengangguk. "Memang aku nak blah pun! Kalau kau tak halau pun, aku memang berambus lah!"
Nini berdecit lalu menyising lengan bajunya. Olivia menggigit bibir apabila suara mereka berdua semakin kuat. Takut juga kalau orang lain dengar.
"Haa meh meh. Nak gaduh? Meh bertumbuk dengan aku." Ujar Nini seraya menunjukkan penumbuknya. Zakwan mengangguk lalu berdehem. Dia menunjukkan penumbuknya ke arah Nini.
"Meh aa. Apa takut. Mati tanam." Ujar Zakwan seraya mencerlung Nini.
"Korang.. jangan la macam ni.. nanti orang dengar la.." bisik Olivia perlahan. "Diam!" Jerit Zakwan dan Nini yang menjeling Olivia. Olivia kemam bibir. Takut juga bila dua ekor singa ni mula bergaduh.
Ktak!
"Mak!" Hampir terjelumpuk Olivia apabila pintu dibuka dari arah dalam. Namun ada satu tangan kekar yang menyambut badannya dari terjatuh. Olivia tersengih sahaja melihat Qhalish yang sedang merangkulnya.
"Cinta? Kenapa bising-bising ni?" Tanya Qhalish perlahan. Olivia membulatkan matanya lalu menggerakkan biji matanya ke kiri. Qhalish terus panggung kepalanya ke arah Zakwan dan Nini yang berkedip-kedip kearahnya.
Zakwan dan Nini sengih. "Petang sir.." ujar mereka berdua lalu menurunkan penumbuk mereka. Tersengih sahaja mereka apabila mendengar panggilan dari Qhalish kepada Olivia tadi.
Sweet juga sir ni hekhek.
Qhalish berdehem kejap lalu menarik badan isterinya masuk kedalam bilik.
Bam!
Terkedip-kedip mata Zakwan dan Nini apabila pintu ditutup dengan begitu saja. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Gelojoh jugak sir Qhalish eh.." ujar Nini perlahan. Zakwan mengangguk perlahan. "Tulah. Aku pun terkejut tengok sir heret Bella masuk ke dalam bilik tadi.."
Nini meneguk liur. Fuh.. panas betul sir english dia tu. Takut pula Nini dibuatnya.
"Kalau macam tu, kita tunggu kat sini la. Mana tau, ada bunyi pelik ke nanti kan? Kita boleh coverline.." ujar Nini perlahan seraya melekapkan telinganya ke pintu.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...