"Olive.." panggil Qhalish perlahan lalu melangkah mendekati Olivia."Stop. Jauhkan diri awak dari saya." Halang Olivia seraya mencerlung tajam pada Qhalish.
Berkerut dahi Qhalish melihat wajah mendatar Olivia. "Kenapa ni?" Tanyanya perlahan seraya mata mencerlung ke arah Puan Orked dan Encik Ilman yang sedang senyum sinis.
Qhalish berpaling semula ke arah Olivia dengan riak bingung. Olivia mengambil dokumen yang berada di atas lantai lalu melangkah mendekati suaminya. Qhalish hanya setia menunggu isterinya.
Olivia berdiri dihadapan Qhalish sambil mencerlung wajah Qhalish. Dia melempar dokumen tersebut ke dada Qhalish. Qhalish terus menangkapnya dengan riak terkejut.
Olivia mengetap bibir dengan linangan air mata. "Awak pergunakan saya ke Qhalish? Awak ambil kesempatan ke atas saya ke?" Tanyanya dengan suara yang agak bergetar.
"Apa ni Olive.. saya tak faham.." Olivia berdecit lalu mengusutkan rambutnya. "Tak faham ke buat-buat tak faham?! Awak dengan keluarga awak mempergunakan saya! Saya percayakan awak sekeluarga tapi apa yang awak buat pada saya hah?!"
Jerit Olivia lalu menolak kasar badan Qhalish. Qhalish agak terkejut dengan perubahan sikap Olivia. Olivia mencerlung tajam pada suaminya. "Baca dokumen tu. Dekat situ dah jelas yang abah termasuk dalam hal ni."
Berkerut dahi Qhalish dibuatnya. Dia membelek dokumen tersebut. Encik Ilman dan Puan Orked hanya menyaksikan pergaduhan suami isteri muda itu dengan senyuman sinis.
Qhalish memejam mata kejap apabila rahsia tersebut sudah ketahuan oleh Olivia. Dia mendongak ke arah Olivia dengan riak bersalah.
"Olive.. semua ni ada sebab. Bukan saja-saja je nama abah ada dalam ni.." Olivia menjungkit kening. "Oh ya? Kalau dikira, abah adalah orang luar tau? Saya dan papa saya adalah keluarga atok. Tapi kenapa peratusan kami lebih sedikit dari abah? Siapa abah dalam hidup atok?!"
Terjerit Olivia ketika ini. Sungguh dia rasa ditipu hidup-hidup oleh mereka sekeluarga. Fikirnya keluarga Qhalish baik-baik belaka. Namun meleset pula apa yang difikirnya setelah semua ini terbongkar.
Qhalish mengeluh perlahan lalu meletakkan fail itu ke atas meja. Dia merapati Olivia lalu memegang kedua bahu Olivia. "Please. Kita bincang secara rasional dalam hal ni. Saya taknak awak percaya 100% pasal hal ni. Saya ak--"
"Taknak percaya? File tu adalah file asal! Nak menipu saya lagi ke Qhalish?!" Jerit Olivia lalu menolak kasar badan Qhalish. Berkerut dahi Qhalish apabila Olivia mula berkasar dengannya.
"Olive! Awak tak patut percaya pada diorang! Diorang tu pembohong! Mereka manipulasikan awak supaya awak benci kami sekeluarga. Saya mohon, awak fikir secara matang.. saya tahu awak bukannya seorang yang terburu-buru.."
Ujar Qhalish dengan riak berkerut. Dia tidak suka akan situasi ini. Dia sudah jangka bahawa situasi ini akan berlaku jikalau dia tidak memberitahu segalanya pada Olivia.
Dan sekarang semuanya dah terlambat kerana Olivia mengetahui hal ini dari orang lain berbanding darinya. Dan yang paling kesal, Olivia mengetahui hal ini dari musuhnya sendiri.
Olivia gelak sinis lalu mengesat kasar air matanya. Dia berpeluk tubuh dihadapan Qhalish. "Pembohong yang awak sebut tu adalah keluarga saya Qhalish! Awak tak berhak cakap macam tu! Saya adalah keluarga mereka! Sudah semestinyalah saya akan lebih percayakan darah daging saya berbanding awak!"
Qhalish menatap mata Olivia dengan mata berkaca. "Habis tu suami awak? Awak taknak percayakan suami sendiri ke? Saya suami awak Olive! Percayakan suami adalah salah satu ikrar seorang isteri! Tapi kenapa awak jadi macam ni? Kenapa awak tak tanya saya elok-elok sebelum menengking saya?"
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Roman d'amour🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...