QHALISH - BAB 43💎

20.9K 807 32
                                    



-THE number that you dial is-

"Argh fuck!" Tersentak Qhalesya dan Qaabil apabila abang mereka mula menjerit. Sedari tadi Qhalish menelefon Olivia namun Olivia langsung tidak menjawab panggilannya.

Qhalish pulang ke rumah Tuan Uthman kerana fikirnya Olivia sudah pulang namun apabila ditanya isi rumah, mereka memberitahu bahawa Olivia masih belum pulang.

Qhalish mula risau akan Olivia. Dia amat risau melihat wajah mendung Olivia tadi. "Bodoh! Apahal aku tak kejar dengan lebih cepat tadi?!"

Jerit Qhalish lalu meramas kasar rambutnya. Qhalesya dan Qaabil hanya diam membisu. Mereka takut untuk berbicara sekarang.

Tuan Uthman menggeleng melihat anaknya yang seumpama hilang kawalan itu. Tuan Uthman mendekati Qhalish lalu menepuk bahu Qhalish.

"Along. Jangan ikut emosi sangat.. nanti balik la tu Olive. Mungkin dia nak tenang dulu ke kan?" Qhalish berpaling ke arah bapanya.

Terkejut Tuan Uthman apabila melihat reaksi anak sulongnya yang amat tegang. "Tenang? Masalahnya sekarang, along bimbangkan dia. Dia keluar sorang-sorang! Along tak pernah lagi biarkan dia keluar sorang-sorang! Biasanya along yang akan teman dia kemana-mana yang dia nak!"

Terpejam mata Tuan Uthman apabila anaknya mula menjerit dihadapan wajahnya. Qhalish mendengus lalu meraup kasar wajahnya.

"Along.." panggil Qhalesya perlahan. Qhalish berpaling ke arah Qhalesya. "APA?!! Aku tengah sakit kepala ni! Kau jangan nak tambah masalah aku!"

Terhinjut bahu Qhalesya apabila dijerkah abangnya itu. "Err... angah.. cu..cuma nak ba..bagi tahu.. ke..kemungkinan Olive ada..de..dekat kubur at..atok dan nenek?"

Tanyanya dengan tergagap-gagap. Tachod lah! Garang sangat si Qhalish ni! Berdebar pun ada ni..

Berkerut dahi Qhalish. Dia mengangguk faham lalu keluar dari rumahnya dengan pantas. Tak terfikir pula yang Olivia akan berada disitu. Risau sangat sehinggakan tak boleh berfikir..

*:・゚✧*:・゚✧

OLIVIA menitiskan air mata di kubur atok dan neneknya. "Atok.. nenek.. Bella datang.. tapi kali ni Bella datang dengan duka.. Bella.. sakit hati nenek.. Bella.. rasa yang Bella langsung tak sesuai dengan Qhalish.. Bella.. rasa yang perkahwinan kami adalah kesilapan.."

Ujarnya dengan teresak-esak. Diusap perlahan batu nisan atok. "Atok.. Qhalish tak pernah salah. Tapi Bella yang salah.. Bella.. bukan perempuan terbaik untuk dia.. Bella.. tak yakin yang Bella jodoh dia.. dia.. sepatutnya dia dapatkan perempuan yang sama taraf dengan dia.. dan perempuan itu bukan Bella.."

Ujar Olivia dengan tangisan. Sungguh dia rasa amat pedih dengan kata-katanya sendiri. Namun baginya kata-katanya itu benar belaka..

"Salah Bella kan dalam hal ni? Silap Bella sebab menonjol dihadapan dia. Sepatutnya Bella tak perlu pun berjumpa dengan dia.. Bella sepatutnya menjauh dari dia.. tapi.. semua terlambat.."

Ujarnya seraya menitiskan air mata. Dia hanya menunduk sahaja. Dia amat berharap bahawa semua ini hanya mimpi semata-mata. Dia inginkan kehidupannya yang lalu.

Dimana hanya ada dia, atok dan nenek sahaja. Dia tidak mahukan kekayaan jika kekayaan akan menyakitkan hatinya seperti sekarang..

Terhinjut bahu Olivia apabila merasakan ada satu tangan yang menyentuh bahunya. Dia panggung kepala ke arah sentuhan itu. Berkerut dahinya apabila dia mengenali gerangan yang menyentuhnya ketika ini.

*:・゚✧*:・゚✧

OLIVIA berpeluk tubuh sambil menayangkan riak mendatar terhadap dua manusia yang sedang berada dihadapannya ini.

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now