CIUMAN mereka makin dalam sehingga mereka mula hanyut dalam permainan yang dicipta. Olivia mula mengalungkan tangan ke leher suaminya lalu menarik kepala suaminya agar dia dapat menikmati ciuman hangat suaminya itu.Tangan Qhalish mula meliar ke perut Olivia.. tangannya makin menurun ke bawah sehingga hampir menyentuh mahkota milik Olivia. Tercelik mata Olivia apabila dapat merasakan sesuatu menyentuh bawahnya.
Dia terus menghalang tangan suaminya dari meneroka badannya. Qhalish mencelik mata lalu melepaskan ciuman apabila isterinya berhenti membalas ciuman. Dia menjungkit kening ke arah Olivia.
Olivia senyum kekok. "Abang.. nak tuu ke dengan Olive?" Bisik Olivia perlahan. Qhalish tergelak perlahan. Diperhatikan sahaja wajah bersih isterinya di bawah badannya sekarang.
"Ya. Abang dah lama nak buat hubungan intim.. Olive.. tak bersedia ke?" Olivia menggeleng laju. "Bukan..bukan macam tu.." jawabnya perlahan.
Qhalish senyum lalu mengelus kepala isterinya. "Habis tu kenapa berhenti?" Olivia kemam bibir lalu menunduk. "Olive... period.. pagi tadi period datang.."
Qhalish mengerdip mata lambat. Dia berdehem kejap. Aduhhh melepas pulakkk. Sudahlah baru hari pertama. Tak pasal kena puasa seminggu pulak...
Olivia panggung kepala ke arah Qhalish apabila Qhalish hanya mendiamkan diri. "Abang.. marah Olive ya? Olive minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan abang malam ni.."
Ujar Olivia dengan riak bersalah. Qhalish senyum tipis lalu mencium sekilas pipi isterinya. "Abang tak marah la.. silap abang jugak sebab tak tanya dulu tadi.." bisik Qhalish perlahan seraya mengusap bibir bengkak isterinya.
Choii.. sangat rakus ye seketul Qhalish..
Olivia senyum lebar. "Olive janji lepas je Olive dah habis period, Olive beritahu abang ya?" Qhalish tergelak perlahan apabila isterinya berkatakan itu dengan bersungguh-sungguh.
"Yee.. dah.. tidur la. Mesti cinta penat kan?" Tanya Qhalish lalu berbaring disebelah isterinya. Dia meletakkan lengan dibawah kepala Olivia lalu tangan kanan memeluk erat pinggang isterinya.
Tersenyum Olivia dibuatnya. Pertama kerana suaminya memanggilnya cinta dan yang kedua kerana suaminya memeluknya erat. Hakhak. Tidur lena la malam ni.. dah berapa malam tak tidur lena ni..
Olivia menyembamkan mukanya ke dada bogel suaminya lalu tangan kiri membalas pelukan Qhalish. "Abang.."
"Hm?" Tanya Qhalish seraya mengelus kepala isterinya. Olivia kemam bibir. "Kalau.. abang panggil Olive macam tadi sekali lagi boleh? Olive suka abang panggil Olive macam tu.." ujar Olivia sambil menconteng dada suaminya menggunakan jari telunjuknya.
Qhalish ketawa perlahan. "Taknak la. Sebab Olive susah sangat panggil abang dengan panggilan abang kan? Jadi abang taknak la panggil Olive macam tadi.."
Olivia memuncung lalu panggung kepala ke arah suaminya. Qhalish menunduk melihat isterinya lalu menjungkit kening. "Alaa.. Olive janji lepas ni Olive panggil abang ni abang.. please panggil Olive macam tadi.. Olive rindu nak dengar.."
Rayu Olivia dengan bibir tersebik. Qhalish menjeling isterinya dengam senyuman nakal. "Rindu eh? Tu la selama ni jual mahal sangat dengan abang kan? Padan muka."
Olivia memuncung. Hmm nak start la tu sakat.. dah datang dah perangai sakat dia tu.. benci betul.
Olivia memukul perlahan dada suaminya lalu menyembam kembali mukanya ke dada bidang suaminya itu. Hehehe sukaaa bau badan si Qhalish ni.. sangat menyelerakan..
Ehhh bukan! Sangat tenang.. haa sangat tenang.. otak Olivia ni dah tak innesen sebab tok guru dia..
"Tadi cakap apa je dengan kawan abang?" Tanya Qhalish perlahan sambil menyisir rambut isterinya. Olivia panggung kepala ke arah suaminya yang sedang merenungnya dengan senyuman.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romansa🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...