OLIVIA tersengih melihat crushnya yang berada di meja paling belakang. Dia suka akan lelaki itu sejak awal tahun lagi sehingga sekarang."Dah la tu tengok dia. Dia tu badboy tau?" ujar Nini merangkap kawan baik Olivia. Tersentak Olivia apabila disergah begitu dari belakang. Dia sengih tak bersalah.
"Kau kena faham Nini.. aku minat badboy tau? Nak-nak lagi hensem macam dia.." ujarnya sambil mata terkalih ke arah jejaka yang sedang berbual dengan rakannya.
Nini memutarkan biji matanya. "Kau tahu tak dia tu dah tua? Umur 24 tahun tapi masih lagi repeat sem. Nampak tak dekat situ dia tu jenis berfoya-foya? Eee kalau aku jadi kau, lebih baik aku jatuh cinta dengan lecturer je. Dah lah bijak, matang pula tu. Jantan tu apa je ada?"
Olivia menjeling. "Uzzam okay? Nama dia Uzzam. Repeat aku. U.Z.Z.A.M. Uzzam." Nini menjulingkan matanya. Pantang betul orang sebut nama kekasih dia dengan nama yang buruk.
"Apa kau cakap tadi? Lecturer? Kau tahu tak lecturer dekat sini kebanyakan laki orang? Tua pula tu.. memang tak la aku nak jatuh cinta pada lelaki tua.. Hak orang pula tu.."
Nini berkerut. "Kau tak dengar cerita ke?" Olivia yang masih angau melihat Qaabil hanya menggeleng. Nini berdecit. Seumpama bercakap seorang diri pula.
"Ada lecturer baru.. Lecturer english." Olivia mengalihkan pandangan ke arah kawannya. "Siapa? Lelaki ke perempuan? Tua ke muda? Garang macam kucing ke harimau?"
Nini mendengus. "Banyak soalan kau kan? Itulah. Duk angau sangat dengan lelaki pemalas tu sampaikan tak ambil cakna hal sekeliling.." Olivia mencebik dan menjungkit bahu.
"Watevarrrr.." Nini hanya menggeleng. Kalau la dia tahu lecturer tu hensem nak mampus, agaknya Olivia beralih arah ke tak eh?
TOKK TOKK.
Para pelajar mengalih pandangan ke pintu termasuk Olivia. Mereka semua menunggu gerangan yang disebut–sebutkan oleh para gadis. Dah kalau gadis yang menyebut, konfirm-konfirm la lecturer tu lelaki kan?
Kelihatan seorang pemuda dalam lingkungan awal 30-an memasuki ruang tersebut. Olivia menganga. Wow. Badan tegap, maskulin, berpakaian kemas.. Tapi.. garangnya muka. Gulp. tachod ah macam ni..
Pemuda itu meletakkan begnya diatas meja lalu panggung kepala ke arah pelajarnya yang masih memandangnya. Dia mula senyum manis. "Hello class. Why are your reaction like that?" Pelajar hanya sengih kekok sahaja.
Ada yang malu dan ada yang masih takut kerana wajah lelaki itu amat tegang sebentar tadi. "Nah i'm sorry if i scared you. Chill okay? Saya tak suka mengajar dalam keadaan begitu serius. Awak boleh anggap saya sebagai kawan awak but don't be too comfortable with me because you still need to respect me as your lecturer. Alright boys and girls?"
"Yes sir!" jawab mereka dengan penuh semangat apabila mendapat tahu bahawa pensyarah mereka tidaklah begitu garang sebagaimana pensyarah mereka yang sebelum ini.
Pemuda itu berdiri dihadapan mejanya lalu menyilang tangan didada. "Okay. saya taknak bazir masa, saya perkenalkan diri saya. My name is Uzzair Qhalish. And i'm 30 years old this year. Saya akan jadi lecturer pengganti awak sekarang sementara menunggu lecturer lain dari kolej lain."
"Alaaa jadi sir ni guru sementara la?" Qhalish senyum dan mengangguk. "Yup. kita tak selamanya berada di tempat yang sama. Kita semestilah mengubah matlamat kita untuk mencapai sesuatu yang ingin kita kecapi.."
Olivia tersenyum melihat pemuda itu. Dia mula berkerut. Dia masih tidak percaya pemuda itu sudah berumur 30 tahun kerana wajahnya seumpama 20-an.
"Saya tak pernah menipu tanpa sebab. Saya takkan tipu umur saya melainkan untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini." ujarnya lalu merenung sambil Olivia. Terbeliak mata Olivia. Dia menyentuh dadanya. Gulp.. Dia dengar kata hati aku ke?
Qhalish menggeleng. "Saya pasti disini mesti pelajar berumur dalam 20-22 tahun am i right? Atau.. ada pelajar tua disini?" tanyanya lalu merenung Qaabil yang mempamerkan riak annoying ke arah abangnya itu.
Qhalish tersenyum sinis melihat riak adiknya itu. Dia tahu mengapa adiknya kekal disini. Kerana dia juga ada penyebab mengapa dia berada di kolej ini sekarang.
"Sir dah kahwin?" tanya seorang gadis yang memintal rambutnya. Qhalish senyum. "Cliche sangat soalan tu girl. And i hope you're not disappointed with my answer. Yup. Saya dah kahwin."
"Alaaaaaaaa..." keluh semua gadis disitu. Nini berdecit. "Melepas la aku.." Olivia tergelak. "Padah. Kau nak sangat kan lelaki tua? Haa laki orang terus kau dapat.." ujarnya lalu mengerling ke arah pensyarah barunya.
Gulp. Olivia meneguk liur kesat apabila mata mereka bertembung.. Kenapa.. Dia tengok aku macam tu? Gumam Olivia dalam hati.
TBC🤍
Alaa dah kahwin? Tapi dia tak cakap kahwin dengan siapa kan?👀 dengan saya kot.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...