QHALISH - BAB 26💎

24.1K 872 60
                                    



"JANGAN sesekali sakiti perempuan saya, Encik Ilman." Ujar Qhalish mendatar. Encik Ilman mendengus lalu merentap pegangan Qhalish.

"Kau siapa? Di sini sini hanya perbincangan keluarga sahaja. Dan kau tiada hak masuk campur urusan kami sekeluarga. Berambus!" Tempik Encik Ilman lalu menolak kasar badan Qhalish namun Qhalish sedikit pun tidak berganjak.

Olivia memegang erat baju Qhalish dari arah belakang. Dia jadi lemah apabila berada di samping Qhalish. Dia amat memerlukan perlindungan Qhalish saat ini.

"Memang saya tiada hak masuk campur urusan keluarga encik. Tapi kalau dah sampai tahap naik tangan pada Olive, saya rasa saya patut masuk campur sepenuhnya. Saya tak suka lihat pergaduhan depan mata saya."

Puan Orked mendengus. "Adik, tolong jangan masuk urusan kami. Sekarang kami sedang berbincang tentang wasiat. Dan adik tiada hak nak menonong masuk dan jadi hero disini. Dipersilakan pergi." Halau Puan Orked secara sinis.

Qhalish gelak sinis. "Berbincang? Nak berbincang apa lagi? Perbincangan ni dibuat oleh atok dan peguam sahaja. Dan tujuan peguam datang ke sini hanya untuk menyampaikan sahaja apa yang sudah tertulis. Kalau encik dan puan berbincang sekalipun, perjanjian itu tidak akan berubah kerana ia sudah kekal dalam wasiat."

Puan Orked mengepal tangan. "Kami tak setuju! Bella ni masih budak! Takkan la budak seperti dia sudah dapat wasiat! Itu tak boleh diterima. Apa je yang budak ni boleh buat dengan tanah pusaka tu? Entah-entah nanti dia jual tah?"

Qhalish berpeluk tubuh. Dia hanya menatap mata Puan Orked ketika ini. "Tak kisah la dia budak atau tidak. Kalau dah tertulis dalam wasiat itu adalah haknya, ia bermakna itu haknya selamanya kecuali Olive sendiri yang menukarnya. Puan tak belajar ya tentang ni? Sedangkan bayi pun boleh memiliki harta orang tuanya apatah lagi remaja seperti Olive..

....dan tentang penjualan tanah tu, itu hak Olive. Dia boleh buat apa sahaja sama ada ingin menjaga, atau menyewa atau menjual kepada sesiapa kerana ini adalah hak dia. Sebelum nak berdebat hal ini, saya sarankan encik dan puan belajar ilmu tentang hartanah dulu. Belajar dengan peguam bidang hartanah. Bukannya dengan peguam bidang lain."

Berkerut dahi Encik Ilman. Dia tidak faham akan itu. Memang la tak faham. Dia tu aci redah sahaja pilih peguam. Encik Rafeeq pun bijak juga. Dia terus mengambil peluang untuk main-mainkan Encik Ilman muahahhha.

Peguam yang berada disitu hanya mengangguk. Sedari tadi dia hanya memerhati pertelingkahan mereka. Olivia yang sedang merenung Qhalish dari belakang senyum tipis. Dia suka apabila Qhalish mula berkata-kata kerana Qhalish bercakap menggunakan otak.

Tidak seperti ibubapanya yang bercakap melalui emosi. Yeah. Words with iq is better than words with emotion. Dia pegang kata-kata daripada Qhalish itu.

Puan Orked mendengus. Dia kalah jika bercakap akan hal ini kerana dia bukanlah seorang yang mengetahui ilmu tentang ini. Dia hanya tahu membeli-belah sahaja. Menghabiskan duit adalah hobinya.

Encik Ilman berdehem. "Bella, ikut kami balik ke rumah." Dia memerlukan Olivia untuk menukar nama geran itu. Itulah sebabnya mereka datang ke sini. Mereka akan mengambil Olivia semula. Mereka mempunyai hak kerana mereka adalah ibubapa kandung Olivia.

Olivia menggeleng lalu menyembunyikan diri di belakang Qhalish. Encik Ilman senyum sinis. "Peguam, betul kan bahawa saya ada hak untuk membawa pulang anak saya kan?"

Peguam mengangguk perlahan. "Betul.. encik ada hak kerana encik adalah ibubapa kandung cik Olivia." Encik Ilman senyum sinis ke arah Qhalish yang sedang mencerlung ke arahnya.

"Dengar tak tu? Cepat ikut papa!" Tempiknya lalu ingin menarik tangan Olivia namun Olivia memegang erat baju Qhalish.

"Taknak!! Bella taknak!!"

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now