"NENEK! Bella pergi dulu! Nenek dan atok duk rumah baik-baik tau masa Bella tak ada.. jangan nakal-nakal.." ujar Olivia yang sedang berlari ke arah atok dan neneknya.Hari ini adalah hari dimana Olivia mengikuti kem di kolejnya. Dia harus tidur semalaman disitu. Didalam hutan. Grrrrr kalau ada hantu datang macam mana?
Atok dan nenek tergelak melihat perangai kepoh cucunya. "Ye lah.. pergi elok-elok.. jaga diri, jaga solat, jaga makan dan jaga maruah." Ucap atok yang sedang mnum air kopinya.
Olivia tersengih. Dia memang dah sebati dengan nasihat atoknya. "Baik atok.."
"Assalamualaikum.." Olivia terus berpaling ke arah suara itu. Terjungkit keningnya apabila kelihatan Qhalish datang dengan pakaian santai iaitu tshirt navyblue dan seluar slack hitam serta berkaca mata hitam.
Wuuu hencem.
"Waalaikumsalam.." jawab mereka bertiga. Olivia melangkah ke arah Qhalish. "Kenapa sir datang sini?"
Qhalish senyum. Dia menjungkit bahu lalu melangkah menghampiri nenek dan atok. Tercengang Olivia dibuatnya.
What the.. suka-suki sahaja masuk rumah orang?!
"Atok, nek.." ujar Qhalish lalu menyalami tangan mereka. Nenek senyum sahaja. Dia yang memanggil Qhalish kesini kerana ingin menyampaikan beberapa pesanan agar menjaga cucunya.
"Uzzair dah makan ke? Kalau belum, mari la makan sekali." Qhalish senyum tipis. "Takpe tok.. Uzzair dah makan dekat rumah tadi. Lagipun sekarang ni dah lewat untuk ke destinasi. Ramai dah orang tunggu disana."
"Laa ye ke. Kalau macam tu lekas-lekas. Bella cepat pakai kasut! Lewat dah ni!" Tergesa-gesa nenek dibuatnya. Atok hanya menggeleng sahaja.
"Kejaplah nek! Aaa jangan laa laju sangatt.." rengek Olivia apabila nenek cepat-cepat memakaikan stoken untuknya.
Haih la nenek..
"Uzzair.." Qhalish yang senyum melihat Olivia tadi terus berpaling ke arah atok. "Ya tok?"
"Jaga dia baik-baik.." Qhalish senyum lalu mengangguk. "Baik.. Uzzair jaga dia.. Uzzair akan pastikan dia berada dibawah jagaan Uzzair."
Atok mengangguk. "Nanti nenek Bella akan bagi sesuatu pada Uzzair. Uzzair simpan ya? Sebab bahaya kalau ditinggalkan di sini.."
Berkerut dahi Qhalish namun dia hanya mengangguk sahaja. Dia tidak pasti apakah sesuatu itu namun dia hanya mengikut sahaja apabila melihat riak tegang atok.
*:・゚✧*:・゚✧
OLIVIA mengerling Qhalish yang sedang memandu. Olivia meneguk liur apabila melihat tangan kekar Qhalish yang sedang memegang stereng. Tangan kanan pegang stereng manakala tangan kiri elok sahaja berada di paha.
Sudahlah berkaca mata hitam.. pakaian pun kemas. Uwuuuuuu hensem siakkkk.
Qhalish senyum. "Suka sangat ke tengok saya sampai terliur macam tu?" Tersentak Olivia apabila ditegur begitu. Dia berdehem lalu memandang ke hadapan.
"Err sir.. kenapa sir ambil saya? Kalau orang lain nampak kita berdua datang sekali nanti macam mana?" Qhalish senyum.
"Orang takkan nampak sebab saya bawa awak kesana terus.." terbeliak mata Olivia. "Maksudnya saya tak naik bas ke?"
Qhalish menggeleng. "Nope. Kita pergi bersama je." Olivia sengih. Yang sebenarnya dia juga malas nak berhimpit dalam bas hehehhehe.
"Tapi.. kalau orang lain tanya macam mana?" Qhalish senyum lalu memusingkan sterengnya ke kanan. Olivia hanya mengintai sahaja cara Qhalish memandu.
Uwuuuuu hensemm. Dah banyak kali dah aku puji ni..
"Tak tanya punya sebab saya dah beritahu mereka yang awak bangun lewat. Jadi saya volunteer ambil awak alang-alang saya lalu area rumah awak.."
Olivia mengangguk. "Faham.. tapi kan sir saya tetap tak--"
"Banyak bercakap awak ni kan?" Tanya Qhalish dengan dahi berkerut. Pelik! Banyak pula budak ni bercakap..
Olivia memuncung. "Ye laa saya diam. Garangnya.. nak terkencing pula kalau sir garang sangat." Qhalish tergelak perlahan lalu menggeleng.
"Apa-apa je lah Olive. Ni, nenek pesan jangan nakal-nakal dekat hutan. Bahaya." Olivia terus berpaling ke arah Qhalish dengan mata membulat.
Dia berdehem. "Bahaya? Kenapa... ada sesuatu ke di sana sir?" Huwaa jangan! Olivia ni penakut orangnya..
Qhalish senyum lalu mengangguk. "Ada.." Olivia meneguk liur kesat lalu merapati Qhalish yang sedang memandu. Qhalish menjeling Olivia dengan hujung matanya.
"Apa dia sir?" Bisik Olivia perlahan. "Nama pun hutan Olive. Jadi, awak faham-faham je lah ya?" Olivia menggeleng laju.
"Taknak sir. Saya takutlah.. kalau ada hantu kacau macam mana? Kalau diorang kejar saya macam mana?" Qhalish tergelak. "Lah. Itu ke yang awak takut?"
Olivia mengangguk laju. "Ha'ah la.. yang tu yang saya takut sangat.." Qhalish senyum sahaja.
"No la.. sesuatu yang saya maksudkan tu haiwan buas.. bukannya hantu.." Olivia berdecit lalu menjarakkan dirinya dari Qhalish. Dijeling sahaja Qhalish yang sedang tersengih.
"Ish. Kalau haiwan, saya tak takut la. Saya ni raja rimba tau? Semua haiwan saya tak takut.." ujar Olivia dengan bangganya. Qhalish hanya senyum sahaja.
Dia tahu akan itu. Kerana nenek ada beritahu kepadanya bahawa Olivia sangat mencintai haiwan. Kalau orang lain takut ular, Olivia pula suka akan ular. Katanya kulit ular lawa.
Kalau perempuan lain jijik dengan katak, Olivia pula akan memuji bahawa katak itu comel dan cute kerana saiz katak yang kecil.
Entahlah nak. Saya pun tak faham dengan si Olivia ni. Pencinta haiwan sangat la kalau setara ni..
"Ye la. Nanti saya cari pak belang untuk teman awak tidur ya?" Olivia menjeling. "Sir saja je kan? Nanti saya tolak pak belang untuk tidur tepi sir. Sir nak?"
Qhalish tergelak saja. "Ni.. malam ni ada aktiviti untuk masuk ke hutan. Awak bersedia ke?" Olivia senyum lebar.
"Dahh.. alahh saya tak takut la.. saya bukannya jenis penakut macam perempuan lain tau? Sir jangan pandang sebelah mata je pada saya eh.."
Qhalish mencebik. "Eleh. Ye ye la tu. Last kali awak nangis panggil saya juga nanti.." Olivia tergelak. "Tak ada maknanyaa. Sir tengok je la nanti. Sayalah orang pertama yang berjaya selesaikan misi ni nanti.."
Qhalish mengangguk. "Okay. Saya tunggu masa tu tiba.. kalau awak kalah, saya lempar awak dalam air terjun."
Olivia tergelak. "Mana ada air terjun dalam hutan.." Qhalish mengangguk. "Memang la tak ada.. saya tak cakap saya lempar awak dalam hari yang sama. Satu hari nanti kita akan berjumpa pula.."
Berkerut dahi Olivia. "Berjumpa pula? Apa maksud sir? Saya tak faham.."
Qhalish senyum sahaja. Dia tidak mahu jawab akan hal itu. Kerana waktu itu akan tiba.. cuma lambat atau cepat bergantung dengan perjodohan yang telah ditetapkan olehNya..
TBC🤍
Atoto dating dalam kereta pula diaaVOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...