QHALISH - BAB 22💎

19.5K 771 42
                                    



"NAIK cepat..dah lewat malam ni.." ujar Qhalish lalu menepuk belakang badannya. Olivia kemam bibir.

"Err kalau sir rangkul bahu saya dari tepi boleh? Saya taknak badan sir lenguh sebab badan saya pun boleh tahan berat juga.."

Qhalish senyum tipis. Dia kenal akan Olivia. Pasti Olivia tidak selesa dengannya. Qhalish bangun lalu menepuk sedikit tangannya yang berpasir. Dia berpaling ke arah Olivia yang masih merenungnya.

"Okay.. kalau macam tu yang awak nak, saya follow awak je. Saya tahu awak tak selesa dengan saya kan?" Olivia senyum tipis lalu mengangguk perlahan.

"Maaf kalau sir terasa.." Qhalish menggeleng. "Nah. Sokay. Jom saya bantu awak berjalan.." Qhalish merangkul bahu Olivia dari tepi. Jantung Olivia berdegup pantas apabila tangan kekar Qhalish betul-betul menyentuh bahunya sekarang.

Memang la berlapik, namun Olivia tidak pernah disentuh begini.

Qhalish menjungkitkan kening apabila Olivia langsung tidak berganjak. Berkerut dahinya melihat pipi Olivia yang sudah memerah. Qhalish tergelak perlahan. Alahai.. baru sentuh macam tu terus malu ya?

"Awak okay ke Olive? Awak malu ya?" Olivia mengangguk perlahan. "Saya tak pernah sentuh atau disentuh lelaki lain sama ada berlapik atau tak berlapik.. sebab tu saya malu sikit.."

Qhalish tergelak. Dia mengangguk sahaja. "Okay okay. Saya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa, tapi Olive, lebih baik awak pilih sama ada nak tidur dengan hantu di sini, atau nak saya bawa awak keluar dari sini? Choose."

Terbeliak mata Olivia ketika ini. Tangan kanan terus merangkul pinggang Qhalish dari tepi. "Jom sir. Saya takut.. jom jom.." ujar Olivia lalu menarik badan Qhalish untuk mengikutinya.

Qhalish tergelak lalu menggelengkan kepalanya. Dikerling sekilas tangan halus yang sedang mengenggam bajunya dibahagian pinggang. Qhalish senyum tipis. Berdebar juga hatinya ketika ini apabila kedudukan mereka sangat rapat seperti ini..

"Betul ke sir belum kahwin?" Tanya Olivia yang sedang berjalan terhinjut-hinjut. Dia memegang erat baju Qhalish manakala Qhalish setia merangkul bahunya. Mereka masih berjalan perlahan-lahan untuk keluar dari hutan.

Itu sahaja had untuk Olivia berjalan. Namun Qhalish suka kerana boleh berjalan lama dengan Olivia hakhak.

"Betul la.. awak ada nampak ke cincin di jari saya?" Olivia menjungkit bahu. "Mana la tau kot-kot sir tanggalkan kejap ke kan?"

Qhalish senyum. Dia menolak beberapa ranting pokok yang menghalang laluan mereka. Qhalish begitu menjaga Olivia ketika berjalan melalui hutan. Kang terjelumpuk, dua-dua jatuh ke tanah tak ke naya?

"Sekali saya pakai cincin, saya takkan buang melainkan terpaksa.." berkerut dahi Olivia. Dia terus panggung kepala ke arah Qhalish yang masih memandang hadapan.

"Kenapa?" Tanya Olivia dengan riak bingung. Qhalish senyum lalu berpaling ke arah Olivia yang sedang menanti jawapan darinya.

"Kerana sekali ia menjadi milik saya, itu bermaksud saya tidak akan tinggalkan ia. Kerana ia akan jadi hak saya buat selamanya.." Olivia mengangguk faham.

Namun dia agak bingung apabila melihat mata Qhalish yang merenungnya dengan begitu dalam seumpama kata-kata tadi dilontarkan untuknya.

Olivia berdehem seketika apabila mereka berdua berhenti melangkah mendadak hanya kerana untuk bertentang mata. "Err sir anak orang kaya ya? Sebab saya tengok pakaian dan kereta sir pun dah macam orang berada je.."

Tanyanya untuk menghilangkan kekok. Qhalish gelak perlahan lalu sambung melangkah. Dia tahu Olivia ingin mengelak dari berbicara hal tadi.

"Nak kata kaya, ya juga. Tapi tak la kaya sangat. Boleh la. Sedang-sedang.." Olivia menjeling. "Eleh.. rendah diri pula. Kalau orang lain jadi sir, mungkin diorang akan berlagak depan saya tau?"

Qhalish senyum tipis. "Untuk apa berlagak dengan sesuatu yang sekejap cuma?" Berkerut dahi Olivia. "Maksud sir?"

Qhalish menghela nafas perlahan. Kepala didongakkan untuk melihat cahaya bulan yang menerangi mereka. Olivia juga turut memandang ke atas mengikuti Qhalish.

Dia pandang apa? Takkan ada sesuatu kut atas tu? Gulp.. jangan macam-macam ya sir..

"Saya tak kaya Olive. Orang hanya anggap saya kaya disebabkan ibu abah saya yang kaya. Mereka yang berduit. Bukan saya. Saya tak ada apa-apa pun. Bagi saya sederhana dah cukup dari kekayaan yang membuatkan saya alpa pada dunia.."

Olivia senyum tipis. Dia amat sukakan kata-kata Qhalish kerana ia membuat Olivia sedar bahawa kekayaan tidak akan kekal lama di dunia ini.

Qhalish berpaling ke arah Olivia yang mengerdip mata ke arahnya. "Lagipun.. kami sekeluarga pernah jatuh miskin hanya kerana manusia yang tamak haloba.."

"Haa? Keluarga sir pernah miskin?" Tanya Olivia dengan riak bingung.

Qhalish mengangguk. "Hidup ni kadang diatas dan kadang dibawah. Sebab tu saya cakap jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada. Cukuplah bersyukur pada Ilahi sahaja. Tak perlu berbangga sehinggakan canang pada satu dunia tentang pangkat kita.."

Olivia mengangguk. "Setuju.. tapi jadi kaya best kan? Ada kemudahan.. ada duit.. boleh beli senua benda yang kita nak tanpa had.. dan.. ada orang sekeliling yang nak rapat dan nak bergaul dengan kita.. kan?" Ujar Olivia sayu.

Qhalish senyum lalu menggosok perlahan bahu Olivia. "Bagi saya, lagi best jadi sederhana macam awak, Olive sebab saya boleh kenalpasti siapa yang berkawan ikhlas dengan saya. Dan bagi saya.. jadi sederhana macam awak akan mengajar saya erti bersyukur atas segala yang diberikan.."

Olivia senyum lebar. Dia suka akan ayat itu. Benar. Kerana kekurangannya lah dia dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengannya dan dia tahu erti bersyukur dengan semua yang dia ada.

"Sir.. sir nak tahu tak?" Qhalish berpaling ke arah Olivia lalu menjungkit kening. Olivia senyum lebar.

"Sir la orang yang paling tenang buat saya. Kata-kata sir telah bagi saya semangat untuk terus hidup. Sir seorang je yang selalu menasihati saya tanpa mengeji saya seperti pensyarah yang lain. Saya bersyukur sebab dapat jumpa sir dalam hidup saya.."

Qhalish senyum lebar. "Awak suka bila berjumpa saya?"

Olivia mengangguk laju dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. "Yup.. perkara yang paling saya bersyukur adalah bertemu dengan seseorang yang memahami hati orang lain.. sir la orangnya.. saya hargai sangat bila sir layan saya seumpama manusia.. sedangkan orang lain selalu memandang saya seolah-olah saya lah yang paling jijik dalam kalangan mereka.."

Qhalish berhenti melangkah. Dia berpaling ke arah Olivia yang hampir menitiskan air mata. Mata Olivia mula berkaca selepas melepaskan kesakitan yang dia rasai sebelum ini.

"Shh.. tak ada manusia yang jijik dalam dunia ni.. saya manusia biasa dan awak pun manusia biasa. Jadi, bukan hak saya untuk menghukum atau memandang hina pada hamba Allah yang lain.."

Qhalish merapati Olivia lalu mengesat air mata Olivia. Olivia makin mengalirkan air mata apabila dilayan sebegini oleh seseorang.

"You're perfect.. perfect human.." Olivia senyum tipis dengan linangan air mata.

"Betul ke sir?" Bisiknya perlahan. Qhalish mengangguk perlahan.

"Yeah.. awak sempurna di mata saya Olive.. kerana itulah saya..."

Terjungkit kening Olivia. "Saya apa sir?"

Qhalish senyum tipis. "Saya suk--"

"Sir! Bella!"

TBC🤍
Urgh kacau daun lah! Orang baru je nak madah pujangga ni!

VOTE AND COMMENT❤️

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now