OLIVIA menarik nafas lalu hembus perlahan. Dia mencelikkan matanya lalu melihat badannya di hadapan cermin bilik air. Olivia mengeluh perlahan. Diperhatikan sahaja gown seksi yang diberikan oleh Kayla tadi. Dia sempat membasuh gown ini sewaktu Qhalish tidur petang tadi. Sempat la kering hoho."Seksinya.. warna merah pula tu.." gumamnya seraya menarik-narik baju yang melekat di bahagian dada. "Tertonjol gila.. biar betul Kayla ni.. kalau abang ketawa macam mana?"
Tanyanya lalu mengeluh. Baju itu amat ketat dibahagian dada dan punggung. Amat jelas badan Olivia yang ramping di bahagian pinggang. Sudahlah ada gambar kucing menggoda ditepi bajunya. Aihh..
Rawr sangat ni..
Olivia menarik nafas dan hembus perlahan. Diperhatikan sahaja wajahnya di pantulan cermin. "Aku kena buat juga.. dari tadi lagi wajah abang mendung.. mesti sebab peristiwa petang tadi.." keluh Olivia perlahan.
Sedari tadi Qhalish hanya diam membisu sahaja tanpa berbicara dengannya. Wajah Qhalish monyok sahaja. Qhalish langsung tidak memandang Olivia kerana lelaki itu amat kecewa dengan sikap pakngahnya.
Tak sangka pula lelaki yang amat dia percayai sanggup melakukan perkata terkutuk di belakangnya.. sudahlah tidak bantu Tuan Uthman pula sewaktu Tuan Uthman susah dulu.. makin kecewa Qhalish dengan bapa saudaranya itu..
Olivia menghela nafas perlahan. Dia agak sunyi apabila suaminya tidak menyakatnya pada hari ini. "Nak taknak aku kena goda juga.. supaya mood dia ceria balik.." gumam Olivia lalu mengambil bathrobe untuk dipakaikan ke badannya.
"Kena tutup dulu.. surprise la katakan.." ujar Olivia perlahan. Dia berpaling ke arah cermin lalu senyum lebar. Dia tidak kira. Dia tetap nak goda suaminya malam ini. Kebetulan pula periodnya sudah habis petang tadi.
Jadi.. inilah masanya Olivia berperanan sebagai isteri Qhalish yang sebetulnya. Sudah dua bulan lebih berkahwin namun Qhalish langsung tidak menyentuhnya kerana Qhalish masih hormat dengan keputusan Olivia yang masih tidak bersedia.
Dan sekarang.. Olivia yang harus melangkah kehadapan dahulu..
Olivia menarik nafas lalu hembus perlahan. Dia melangkah ke arah pintu bilik air lalu menguak pintu tersebut. Diperhatikan sahaja suaminya yang sedang mengelamun di balkoni bilik.
Olivia mengeluh perlahan lalu mengorak langkah keluar dari bilik air. Dia merapati suaminya lalu memeluk erat badan Qhalish dari belakang. Qhalish tersentak namun dia tersenyum lebar apabila dia melihat cincin di jari gerangan tersebut. Qhalish mengelus jemari runcing yang berada di perutnya.
"Tak sejuk ke berdiri dekat balkoni ni?" Tanya Olivia perlahan seraya menyandarkan pipinya ke belakang badan suaminya. Qhalish senyum lalu menggeleng. Mata masih memerhati bulan yang cerah dilangit.
"Tak.. hati abang panas.. sebab tu abang hirup udara malam ni.." ujar Qhalish perlahan. Olivia senyum tipis lalu memusingkan badan suaminya menghadapnya.
Qhalish memusingkan tubuhnya lalu senyum sahaja melihat isterinya yang masih memakai bathrobe. "Pergi la pakai baju.. nanti selsema pula.." ujar Qhalish perlahan seraya mengusap pipi isterinya.
Olivia senyum lalu menjungkit kening. "Bukan ke Olive memang selsema ke? Itu yang abang beritahu keluarga abang tadi.." Qhalish mengeluh perlahan lalu melekapkan dahinya ke dahi Olivia.
Olivia memejam mata kejap dengan senyuman lebar. "Sorry cinta.. abang terpaksa cakap macam tu sebab abang tahu diorang takkan sambut huluran tangan Olive kalau Olive hulur salam pada mereka.." bisik Qhalish perlahan.
Olivia mengangguk. "Faham.. Olive faham kenapa abang buat macam tu.. Olive lega bila abang pertahankan Olive.. thank you abang.." ujar Olivia sambil menggeselkan hidung mereka berdua.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...