OLIVIA mengeluh kasar di mejanya. Sedari tadi dia hanya mengelamun didalam kelasnya. Dia berasa bersalah melihat wajah mendung Qhalish namun dia masih tertekan dengan semua yang terjadi.Dikerling sekilas jam tangannya. Sekarang adalah waktu Qhalish namun kelihatan Qhalish agak lewat masuk ke dalam kelas. Tahu la dia ini semua angkaranya..
"Ehem. Termenung jauh nampak?" Tanya Zakwan lalu duduk dihadapan Olivia. Tersentak Olivia apabila Zakwan senyum lebar ke arahnya. Olivia senyum tipis. Agak tak selesa apabila ada lelaki yang cuba mendekatinya seperti ini.
Zakwan menarik nafas dan hembus perlahan apabila kelihatan Olivia masih tidak selesa dengannya. "Aku.. nak minta maaf pasal sebelum ni. Tak sempat aku nak minta maaf sebab kau selalu mengelak dari aku."
Olivia senyum kelat. "Maaf.. saya tak selesa sangat dengan lelaki.." Zakwan mengangguk. "Takpa.. aku faham. Sebab kau isteri orang kan?"
Olivia terus memandang Zakwan yang sedang senyum ke arahnya. "Apa... maksud.. awak ni?"
Zakwan memuncung ke cincin di jari Olivia. "Tu.. cincin nikah kan?" Olivia terus menutup cincin di jarinya. Dia mengemam bibir. Takkan la cepat sangat kantoi.. aih..
Zakwan gelak perlahan. "Tak payah tutup. Aku dah nampak dari awal lagi.. dan aku perasan yang.. cincin kau.. sama dengan cincin sir Qhalish.."
Olivia berdehem kejap lalu senyum ke arah Zakwan. "Err kebetulan je kot.." Zakwan menggeleng perlahan. "Kau tak payah tipu aku.. aku tahu korang berdua adalah suami isteri. Cara sir pandang kau pun dah macam sesuatu.."
Berkerut dahi Olivia. "Apa maksud awak ni.. sumpah saya tak faham." Ujar Olivia lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Cara sir perhatikan kau dalam kelas.. aku tahu itu adalah renungan cinta.. aku lelaki.. aku pandai tafsir mata lelaki terhadap perempuan. Sama ada ia berdasarkan minat, cinta atau nafsu semata-mata. Dan apa yang aku nampak di mata sir Qhalish adalah... panahan cinta."
Olivia mengemam bibirnya. Dia agak terharu akan itu tapi dia tidak mahu mempercayai dengan mudah. Dia takkan tertipu lagi..
"Tak mungkin la.. awak silap tafsir ni.. entah-entah tu renungan biasa je tak?"
Zakwan menghela nafas perlahan lalu merenung wajah Olivia. "Mata tak menipu Bella. Kata-kata mungkin akan terselit penipuan. Tapi tidak pada mata. Mata adalah organ yang paling jujur. Dan aku rasa.. mata sir Qhalish tak tipu.."
Olivia menunduk bermain jarinya. Dia mengusap sahaja cincin dijarinya ketika ini.. sungguh dia rindukan sentuhan Qhalish.. dia rindukan gurauannya bersama Qhalish.. dia inginkan Qhalish..
Namun keegoannya telah menghancurkan segalanya sekarang..
"Masa dia pandang kau masa exam tu..." Olivia panggung kepala ke arah Zakwan lalu menjungkit kening. Zakwan senyum tipis. "....nampak sangat yang dia mengambil berat pasal kau.. dia layan kau sangat elok dan lemah lembut berbanding pelajar lain.. start pada tu la aku dapat rasakan yang korang berdua ada hubungan. Am i right Mrs Qhalish?"
Olivia mengerdip mata lambat. Dia hanya membalas renungan mata Zakwan tanpa membalas percakapan lelaki itu. Zakwan setia menunggu jawapan dari kawannya itu.
"Class i'm so--" terhenti percakapan Qhalish yang sedang berjalan masuk ke dalam kelas apabila kelihatan Olivia dan Zakwan merenung mata antara satu sama lain.
Wajahnya terus mendung apabila isterinya kelihatan selesa bercakap dengan lelaki padahal sebelum ini Olivia langsung tidak boleh membalas renungan lelaki lain melainkan dirinya.
Qhalish berdehem kejap. "Im sorry im late." Ujar Qhalish lalu melangkah ke kerusinya. Olivia tersentak apabila kedengaran bunyi kerusi dihadapannya.
Zakwan senyum. "Im assume your answer is yes." Ujar Zakwan lalu melangkah ke mejanya.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Roman d'amour🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...