QHALISH - BAB 52💎

22.9K 848 20
                                    



TERCUNGAP-cungap nafas Olivia ketika ini apabila dia sudah sampai di hospital. Dia mengangguk sedikit ke arah bodyguard yang menjaga pintu.

Olivia masuk ke dalam wad Aniq dengan dahi yang berpeluh. Aniq yang perasan akan itu terus berpaling ke arah pintu. Lemah sahaja keadaannya waktu ini.

"Aniq.." gumam Olivia perlahan lalu melangkah menghampiri Aniq. Aniq memejam mata kejap lalu mengalirkan air mata.

"Bella... atok.. nenek.. mereka dah tak ada ke?" Tanya Aniq dengan suara bergetar. Dia sudah bertanyakan doktor tentang hal ini dan dia amat berdukacita apabila mengetahui atok dan nenek sudah meninggal dunia dua bulan yang lalu.

Itu bermakna Aniq berada didalam koma selama 2 bulan.

Olivia mengemam bibir lalu duduk dikerusi ditepi katil abang angkatnya. Dia merenung mata berkaca Aniq. Pucat sahaja wajah Aniq sekarang.. Olivia tidak memarahi Aniq kerana Aniq juga merupakan mangsa keadaan..

Olivia mengangguk lemah. "Dah..tak ada.. nenek meninggal ditempat kejadian. Atok pula meninggal selepas dirawat.." jawab Olivia dengan riak mendung.

"Allah..." rintih Aniq lalu mula menangis teresak-esak. Dia menutup mukanya dengan tangan lalu menangis terhinjut-hinjut. "Aku... aku bunuh atok dan nenek Bella... aku pembunuh.." ujarnya dengan suara bergetar.

Olivia menggeleng kepalanya. "Tak.. kau pun mangsa.. kau tak salah Aniq.. semua ni salah mak bapak aku yang tak guna tu.. aku tahu kau mangsa keadaan.. aku tak salahkan kau selepas aku tahu kebenaran.."

Sungguh hiba hati Olivia melihat abang angkatnya yang menangis tidak henti. Tahu la dia bahawa Aniq amat berasa bersalah sekarang..

Aniq menarik nafas lalu dihembus perlahan. Dia mengesat kasar pipinya lalu berpaling ke arag Olivia. "Mana papa dan mama? Beritahu aku Bella! Aku nak menghadap mereka! Aku nak bunuh mereka berdua! Aku benci setan-setan tu!!"

Bergema ruangan itu dengan jeritan Aniq. Aniq bernafas tercungap-cungap menahan amarah. Dia tidak kisah jika dia dimasukkan ke dalam penjara sekalipun asalkan dia boleh membalas dendam atas kematian atok dan nenek angkatnya.

Olivia kemam bibir lalu menggeleng. "Kau tak boleh bunuh diorang Aniq.." ujar Olivia dengan suara bergetar. Aniq mencerlung tajam ke arah Olivia.

"Kenapa pulak? Sebab diorang ibubapa kandung kau?! Aku tak kisah lah pasal tu! Aku tetap nak balas dendam! Aku benci diorang! Diorang cakap diorang akan hancurkan kehidupan aku! Mereka akan letak stok dadah dalam rumah aku dan nak letak dadah dalam air serta makanan aku supaya aku dicekup polis! Aku masih berdendam dengan mereka!"

Olivia mengangguk. Dibiarkan sahaja air matanya mengalir. "Aku tahu Aniq.. tapi kau tetap tak boleh bunuh diorang.. sebab.."

"SEBAB APA BELLA?! Kau nak pertahankan lagi setan tu ke?! Aku masih berdendam dengan mereka! Kalau boleh aku nak diorang mati harini jugak! Aku be--"

"Diorang dah mati Aniq!" Jerit Olivia tanpa teragak-agak. Terbeliak mata Aniq apabila mendengarkan itu. Dia menghampiri Olivia lalu merenung mata berkaca adik angkatnya itu.

"A..apa dia? Ma...mati?" Olivia kemam bibir lalu mengangguk. "Diorang.. bunuh diri dalam stor rumah.. polis jumpa diorang selepas 2 hari mereka mati.."

"Allahu..." gumam Aniq lalu meraup kasar wajahnya. Dia mengendurkan bahunya lalu menyandar di kepala katil hospital. Dia masih terkejut dengan kematian atok dan nenek.

Tapi sekarang, dia lagi terkejut apabila mengetahui Encik Ilman dan Puan Orked meninggal dalam keadaan tersiksa seperti itu..

Aniq menarik nafas dan hembus perlahan. Dia berpaling ke arah adik angkatnya yang masih menangis tidak henti. Aniq senyum tipis.

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now