OLIVIA senyum sipu apabila tangan kekar suaminya elok sahaja menggenggam tangannya ketika ini padahal mereka hanya menuruni tangga sahaja.. si Qhalish ni la duk pegang tangan dia je dari tadi tanpa lepas.Malu Olivia dibuatnya. Sudahlah mereka berdua membuat hubungan intim semalam dan pagi tadi.. makin berona merah pipi Olivia ketika ini apabila teringatkan perihal pagi tadi.
"Wahh pengantin lama dah turun.. kemain lama ek korang berasmara sampaikan pukul 9 baru turun?" Tanya Aniq yang elok sahaja makan di meja makan bersama ahli keluarga Qhalish.
Qhalish terkekeh ketawa manakala Olivia terus menyembamkan mukannya ke celah ketika Qhalish. "Abang.." gogoi Olivia perlahan. Ahli keluarga Qhalish senyum sahaja melihat sikap malu Olivia itu.
Aihh.. tak habis lagi sikap malu dia tu padahal itu adalah perkara biasa bagi suami isteri. Dan mereka yang berada di meja makan faham akan itu.
Qhalish mencium lama kepala Olivia lalu merangkul bahu Olivia dari tepi. Dia terus berpaling ke arah Aniq yang sengih mengejek ke arahnya.
Qhalish menjulingkan mata. "Awal kau datang? Bukan ke abah suruh datang pukul 11 ke?" Tanya Qhalish lalu duduk di kerusi meja makan. Sempat dia menarik kerusi untuk isterinya. Olivia senyum lebar apabila Qhalish melayaninya seperti itu.
Aniq mengangguk. "Memang la. Tapi cinta hati aku ada dekat sini. Sebab tu aku datang awal." Ujar Aniq lalu senyum manis ke arah Qhalesya. Qhalesya kulum senyum lalu menunduk kerana malu.
Qaabil menayangkan riak menyampah. Sorry la. Qaabil period harini sebab semua orang bahagia berduaan. Tinggallah dia seorang sahaja yang sendu dengan jayanya..
Qhalish memutarkan biji matanya lalu memberikan 3 keping roti kepada Olivia. Terbeliak mata Olivia apabila suaminya menghidangkan tiga keping roti sekaligus.
"Abang.. banyak nyee.. Olive tak habis la nanti.." rengek Olivia dengan dahi berkerut. Qhalish senyum senget. "Takpa.. ganti tenaga yang semalam dan pagi tadi.." ujar Qhalish lalu mengenyit mata. Olivia menggigit bibir lalu menunduk.
Aniq menjeling. "Oo patutlah Olive pakai scarf dekat leher. Faham." Ujarnya lalu mengenyit mata ke arah Qhalesya. Aih! Dia suka sakat Qhalesya kerana Qhalesya amat malu dengannya sekarang. Padahal dulu asyik bergaduh mulut sahaja mereka berdua tu..
Olivia makin menunduk manakala ahli keluarga yang lain hanya senyum sahaja. Faham la dia mengapa Olivia menutup lehernya. Qhalish pula merenung sahaja wajah kemerahan isterinya.
Dia menggeleng perlahan apabila kelihatan isteri serta adiknya menunduk malu. Aih. Sesuai sangat la jadi member dua orang ni.. pemalu yang teramat!
*:・゚✧*:・゚✧
BERKERUT dahi Aniq apabila Olivia memberikan surat kepadanya. "Bacalah dulu sebelum sign." Ujar Olivia lalu menghenyak punggung disofa bersebelahan suaminya. Dia merehatkan tangan diatas riba Qhalish manakala Qhalish merangkul bahu isterinya.
Tuan Uthman dan Puan Qhairina hanya senyum sahaja melihat riak bingung Aniq ketika ini.
Aniq mengambil surat itu lalu membaca satu persatu. Terbeliak matanya apabila dia sudah memahami tujuan Olivia memberinya surat ini. Dia terus panggung kepala ke arah adik angkatnya.
"Apa ni Bella? Aku taknak la.. aku tak layak." Ujar Aniq lalu meletakkan semula surat itu diatas meja. Olivia senyum. "Kau layak.. aku tahu kau layak dalam jurusan bisnes. Arwah atok ada cakap yang kau mahir dalam kerjaya tu. Jadi aku mohon, kau ganti aku sebagai CEO dalam syarikat tu.. kau lebih layak dari aku.."
Aniq mengeluh kasar lalu meraup wajahnya. "Tapi tu syarikat kau Bella. Atas nama kau. Aku taknak tanggung risiko macam ni. Aku taknak orang mengata yang aku ambil kesempatan atas atok. No!" Jerit Aniq lalu menggeleng laju.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...