OLIVIA menjinjit sedikit seraya matanya melilau sekeliling didalam majlisnya. Berkerut dahinya apabila orang yang dia ingin jumpa tidak datang ke mari."Cari siapa?" Tanya Qhalish seraya memberi air kepada Olivia. Olivia berpaling ke arah suaminya lalu tersenyum. Dia menyambut huluran suaminya. "Thanks abang.. Olive cari ahli keluarga abah. Mana diorang? Tak dapat datang ke?"
Hampir tersedak Qhalish apabila isterinya mula berbicara hal ahli keluarganya. "Abang okey?" Tanya Olivia sambil menepuk belakang badan suaminya apabila kelihatan suaminya batuk kerananya.
Qhalish berdehem lalu mengangguk. "Abang okey.. diorang datang malam ni.." jawab Qhalish yang merenung isterinya. Olivia mengangguk sahaja. Qhalish memerhatikan sahaja wajah isterinya.
Dia agak takut untuk mempertemukan keluarga bapanya dengan Olivia kerana keluarga bapanya sangat toksik dengan orang seperti Olivia.
"Yeayy! Peyuk!" Tersentak Qhalish apabila kelihatan ada seorang budak lelaki yang anggaran 2 tahun memeluk kakinya. Olivia senyum melihat budak lelaki itu.
Baginya budak lelaki itu sangat macho dengan rambut perangnya. Mata pula berwarna hazel. Macam anak mat salleh pun ya. Qhalish senyum lalu mendukung anak kecil itu.
"Hey.. who are you? Where's your mummy?" Qhalish bertanya dalam bahasa inggeris kerana wajah budak lelaki itu seperti orang luar sahaja. Olivia senyum sambil mencuit-cuit pipi tembam budak lelaki itu.
"Ish budak ni! Mummy dah cakap jangan berlari tadi kan? You tu baru pandai berjalan. Tengok la kang dah terlanggar uncle Qhalish.."
Olivia dan Qhalish berpaling ke arah suara itu. Olivia senyum lebar ke arah sosok tubuh seorang wanita yang agak tinggi darinya serta bertubuh ramping. Apabila dia melihat rambut wanita itu keperangan, tahu la dia anak lelaki yang berada didukungan Qhalish adalah anak perempuan itu.
Qhalish senyum lebar ke arah wanita. "There you are. Dari tadi i cari you.." ujar Qhalish tanpa teragak-agak. Berkerut dahi Olivia apabila kelihatan suaminya amat mengenali wanita itu.
Wanita itu terkekeh ketawa lalu berjalan menghampiri Qhalish. "Come baby.. mari dekat mummy. Kesian la uncle Qhalish tu penat.."
Budak lelaki itu memuncung lalu menggeleng. Dia terus menyembamkan kepala ke ceruk leher Qhalish. "Amauu.. uncle wangi.. cukaaa.." ujar budak lelaki itu.
Terbeliak mata Qhalish. "Wow. Dia boleh bercakap?" Tanya Qhalish terhadap wanita itu. Olivia pula hanya terkebil-kebil kerana dia tidak mengenali wanita yang berkacukan dihadapannya ini.
Wanita itu terkekeh ketawa. "Of course. I dah ajar dia bercakap seawal 7 bulan lagi. Dia cepat bercakap tapi lambat berjalan. Masuk 2 tahun 5 bulan baru boleh berjalan.." ujar wanita itu dengan gelengan apabila kelihatan anak lelakinya elok sahaja memeluk leher Qhalish.
Qhalish tergelak. "Biasa la tu. Setiap budak ada kelebihan dan kekurangan. Tapi memang i terkejut gila bila anak you pandai bercakap walaupun sedikit pelat.." wanita itu senyum lalu mengangguk sahaja. "Yeah. That's true."
Qhalish berpaling ke kanan apabila ada jemari halus menarik-narik bajunya. Qhalish berpaling ke arah Olivia yang masih dengan riak bingung.
"Oh gosh. Abang lupa pula tadi. Sorry cinta." Ujar Qhalish lalu mencium sekilas dahi Olivia. Olivia senyum sahaja.
"By the way ini Alice. Kawan abang masa dekat universiti luar negara haritu." Olivia berpaling ke arah Alice lalu menghulurkan tangan. "Hye.. saya Olivia.. panggil Olive pun boleh."
Alice senyum lalu menyambut salam. Dia terus memeluk erat badan Olivia. Olivia senyum lalu membalas pelukan tersebut. Alice melepaskan pelukan lalu tersenyum ke arah Olivia.
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...