QHALISH - BAB 13💎

19.6K 781 62
                                    



"UZZAIR apa khabar?" Tanya atok yang sedang menghirup air yang dibancuh oleh Olivia tadi. Boleh la.. rasa juga la teh tu..

Sekarang hanya atok dan Qhalish sahaja yang berada diruang tamu. Olivia dihalau oleh mereka untuk membantu nenek memasak di dapur.

Qhalish senyum tipis lalu mengangguk. "Alhamdulillah Uzzair khabar baik tok.. tok sihat?"

Atok senyum lalu mengangguk. "Macam ni la.. nak cakap sihat, ada la sakit jugak. Orang tua kan.." ujar atok lalu tergelak perlahan.

Qhalish senyum. "Qhairina dan Uthman.. apa khabar? Lama atok tak dengar cerita mereka.." Qhalish senyum.

"Baik tok.. kami sedang.. menjaga keluarga atok dari jauh.." atok menghela nafas perlahan. "Susah-susah je Uzzair.. atok dan nenek okey je dekat sini.. tapi.. atok cuma harap Uzzair boleh jaga Bella untuk kami.. dialah orang yang paling penting.."

Qhalish mengangguk sahaja. "Atok jangan bimbang.. Uzzair dan Qaabil dah jaga Olive dari jauh.. kami selalu pantau dia.. Uzzair dah jadi pensyarah di tempat Olive belajar.. jadi, atok jangan risau pasal tu.."

Atok senyum tipis. "Atok percayakan Uzzair.. sebab dari dulu sehingga sekarang Uzzair menjaga Bella dengan baik daripada... mereka.." ujar atok dengan sayu.

Sungguh hiba hati tuanya apabila mengenangkan dua orang yang dia sayang sanggup menikam belakang badannya.

Qhalish menunduk. "Atok.."

"Ye." Jawab atok dengan senyuman. "Mereka masih aim Olive ke?" Atok mengangguk. "Ya.. sebab semua harta atok, atok tulis nama Bella. Langsung tiada nama kedua ibubapa Bella. Sebab itu lah mereka masih memerhati Bella sekarang ni.."

Benar. Orang terdekat yang dimaksudkan Qhalish adalah Puan Orked dan Encik Ilman iaitu ibubapa Olivia yang telah membuang Olivia dari hidup mereka.

Kerana mereka tidak mahukan anak. Mereka tamak haloba. Hampir sahaja mereka membunuh Olivia sewaktu Olivia berada didalam perut namun dihalang oleh atuk dan nenek.

Sehingga sekarang mereka masih memerhati Olivia dari jauh. Kerana itulah atok dan nenek meminta tolong Tuan Uthman sekeluarga untuk menjaga Olivia.

Tuan Uthman terhutang budi dengan atok kerana atok pernah menolongnya dalam urusan bisnes. Bisnes Tuan Uthman mula naik kerana bantuan atuk.

Atuk adalah businessman yang berjaya. Namun sekarang dia jatuh mendadak akibat kerakusan anaknya, Encik Ilman serta menantunya Puan Orked. Mereka berdua sangat licik sehingga harta atuk telah menjadi milik mereka.

Sekarang hanya tanah atok sahaja harta atok. Dan atok telah meletakkan nama Olivia didalam geran tersebut. Itu membuatkan kedua ibu bapa Olivia semakin marah sehingga sanggup menyakiti gadis itu.

Qhalish mengeluh perlahan. "Tak sangka disebabkan harta, ibubapa sanggup buang anak macam tu. Dan lagi tak sangka, mereka sanggup menyakiti anak dengan kata-kata serta perbuatan mereka. Sampai sekarang Uzzair tak faham dengan perangai aunty dan uncle.."

Ujar Qhalish lalu menggeleng. Hiba hatinya apabila gadis sebaik Olivia dilayan sebegitu oleh ibubapa mereka. Sudahlah rakan-rakan Olivia pun selalu menyakiti mereka. Aih..

"Atok lagi tak sangka anak menantu atok perangai macam tu.. sebab tu atok berharap Uzzair boleh menjaga cucu kesayangan atok tu.."

Qhalish senyum lalu mengangguk. "Pasti.. Uzzair akan selalu menjaga cucu atok.. atok jangan bimbang.."

Atok senyum lalu merapatkan diri ke arah Qhalish. Dia menggenggam kedua tangan Qhalish. Tersentak Qhalish dibuatnya.

"Boleh atok minta satu permintaan pada Uzzair?" Qhalish senyum tipis lalu mengangguk. "InsyaAllah boleh. Uzzair akan usahakan asalkan Uzzair boleh balas kebaikan yang atok dah buat pada keluarga Uzzair."

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now