OLIVIA setia menunggu suaminya pulang. Sekarang waktu sudah berganjak pukul 9.00 malam. Sedari tadi Olivia hanya memakai telekung untuk menunggu suaminya. Dia ingin berjemaah bersama suaminya. Sudah lama mereka solat secara asing.Olivia pula rasa bersalah terhadap Qhalish. Olivia mengeluh perlahan apabila kelihatan suaminya belum pulang. Dia bangun dari katil lalu mula menghampar sejadah kembali.
Krekk.
Olivia berpaling ke arah pintu bilik apabila dikuak dari luar. Dia senyum pada suaminya yang sedang menutup pintu. Olivia menghampiri suaminya lalu berdiri dihadapan Qhalish.
Qhalish hanya merenung wajah Olivia. Diperhatikan sahaja wajah bersih isterinya itu. Tipu la jika dia tidak rindukan isterinya. Namun dia masih terasa hati dengan isterinya.
"Awak.. dah solat? Kalau belum, saya nak ajak solat jemaah bersama.." ajak Olivia dengan senyuman. Qhalish berdehem. "Saya dah solat tadi dekat wad Aniq." Jawab Qhalish lalu berjalan ke katilnya.
Olivia kemam bibir apabila suaminya seperti ingin mengelak darinya. Olivia melangkah menghampiri suaminya. "Aw--"
"Taknak solat ke? Dah lewat ni. Saya nak tidur pula ni." Ujar Qhalish lalu mengambil bantal diatas katil. Berkerut dahi Olivia.
"Awak nak pergi mana? Kenapa tak tidur atas katil?" Tanyanya dengan nada kecewa. Qhalish melangkah ke arah sofa lalu membaringkan badannya ke atas sofa.
Dipejam erat matanya sekarang. "Goodnite." Ucap Qhalish perlahan lalu meletakkan lengan diatas dahinya.
Olivia menunduk. Baru dia tahu apa perasaan Qhalish dulu sewaktu dia mengendahkan Qhalish. Sekarang Qhalish sedang membalas dendam kepadanya.
"Sekejap saya solat.. lepas saya solat, saya tutup lampu.." ujar Olivia perlahan seraya melangkah ke arah sejadah. Qhalish mengangguk sahaja. Dia penat.
Dia baru sahaja pulang dari wad Aniq. Bukan main rancak lagi mereka berbual tadi. Aniq ada mengatakan bahawa Olivia menangis teresak-esak di wad tadi.
Dan Qhalish hanya mendengar. Dia tahu akan itu tapi dia hanya biarkan sahaja. Dia ingin memberi masa kepada Olivia..
Tercelik mata Qhalish apabila merasakan ada seseorang menghampirinya. Dia berpaling ke kanan. Terjungkit keningnya apabila Olivia berdiri tegak dihadapannya.
"Awak.. tidur la atas katil.. saya.. nak tidur dengan awak.." ujar Olivia tergagap-gagap. Dia ada bertanyakan Kayla di mesej tadi cara untuk menggoda suami dan Kayla ada mengatakan cara pertama adalah tidur bersama.
Dia kata senang sikit nak pujuk dengan sentuhan. Pandai budak kecik tu eh..
Qhalish gelak sinis lalu memejam matanya. "Tak geli ke tidur dengan penipu macam saya?" Olivia kemam bibir lalu menggeleng perlahan.
"Awak.. saya minta maaf tentang sebelum ni.. saya yang bersalah.. saya yang silap.. saya derhaka pada awak.. saya minta maaf Qhalish."
Qhalish mencelik matanya apabila mendengar suara bergetar isterinya. Dia berpaling semula ke arah isterinya yang sudah menitiskan air mata.
Qhalish mengeluh perlahan. "Awak tidur la. Mesti penat kan?" Olivia menggeleng. "Awak.. saya tahu semuanya tentang awak.. saya tahu tentang syarikat tu.. saya tahu awak adalah orang yang menjaga saya dalam diam.. saya tahu semuanya awak.. saya minta maaf sebab endahkan awak sebelum ni."
Ujar Olivia lalu ingin menyentuh tangan Qhalish namun Qhalish melarang. "Tidur Olive. Saya penat ni. Saya tak ada mood nak bercakap dengan awak."
Tersebik Olivia apabila mendengarkan itu. "Awak.. masih marahkan saya ya?"
![](https://img.wattpad.com/cover/346614628-288-k498469.jpg)
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romans🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...