QHALISH - EPILOG💎

36.6K 1K 108
                                    



OLIVIA memicitkan kepalanya seraya masuk ke dalam bilik hotel mereka. Mereka sudah sampai ke Perancis petang tadi. Dan sekarang mereka ingin berehat seketika untuk hilangkan rasa penat.

Olivia mengeluh lalu menghenyak punggung diatas katil bilik mereka. Tak sangka pula lama peningnya kali ini. Mungkin kerana tak pernah naik kapal terbang. Sebab itulah pening dia agak luar biasa sikit.

"Jom mandi dengan abang.. hilang sikit pening tu." Ajak Qhalish yang sedang meletakkan beg mereka di tepi katil. Risau sahaja riak wajah Qhalish ketika ini apabila melihat isterinya yang masih memejam mata menahan sakit.

Qhalish menghenyak punggung dihadapan Olivia lalu memicit kepala isterinya. Olivia senyum tipis apabila kepalanya sedikit lega ketika ini.

"Mandi dulu.. lepas tu cinta rehat la.. kita berjalan malam ni je. Kalau tak larat juga kita jalan-jalan esok la.." ujar Qhalish seraya menyelitkan rambut isterinya ke belakang telinga.

Olivia tersebik lalu menyandarkan kepalanya ke dada Qhalish. "Sorry abang.. tak pasal-pasal kena tangguh dulu perjalanan kita sebab Olive.." Qhalish senyum lalu mencium sekilas dahi isterinya.

"Takpa.. kalau Olive nak tahu, abang lagi suka kalau kita berdua duk dalam bilik je.. makan besar arr abang hari ni.." ujar Qhalish lalu menjungkit kening berulang kali ke arah isterinya yang sedang mendongak.

Olivia menjeling manja lalu memukul perlahan tangan suaminya yang menjalar ke celah kangkangnya.

"Gatal.. abang Qhalish gatal." Gumam Olivia perlahan. Tergelak Qhalish mendengarkan itu. Dia pasti muka Olivia sedang memerah sekarang kerana menahan malu.

"Mandi nak?" Bisik Qhalish perlahan. Olivia kulum senyum sambil memintal baju kemeja suaminya. Qhalish ni suka sungguh pakai kemeja.. mungkin sebab dah terbiasa pakai di kolej. Sebab tu lah asyik pakai baju tu aje sekarang.. dah macam ahli korporat pula.

"Nak.. nak berendam dengan abang.." bisik Olivia perlahan. Tersengih Qhalish mendengarkan itu. Dia terus mencempung isterinya tanpa kata. Olivia pula terus menyembamkan mukanya ke ceruk leher Qhalish untuk menahan malu.

Qhalish hanya menggeleng. Tadi dia juga yang ajak.. sekarang dia pula malu aihh...

*:・゚✧*:・゚✧

"CANTIKNYAA Eiffel Tower tu.. kalau Olive berdiri kat situ mesti Olive nampak pendek kan?" Tanya Olivia seraya menongkat dagu di bathtub sambil memandang bangunan tinggi di Paris.

Qhalish senyum lalu menghampiri isterinya. Dia memeluk erat tubuh bogel isterinya dari belakang. Mereka tenang sahaja berendam didalam air buih sekarang.

"Ha'ah.. dahlah Olive tu dah pendek. Berdiri tepi tu lagi la nampak pendek nanti.." bisik Qhalish lalu mencium leher isterinya bertalu-talu. Olivia senyum lebar apabila bibir serta suaminya bergesel di lehernya ketika ini.

"Ee tak baik abang ni.. tapi betul la.. memang tinggi pun.. kita pergi sana nak?" Tanya Olivia perlahan. Mata setia memandang Eiffel Tower yang amat tinggi serta gah baginya. Tak sangka pula tinggi mcm tu.. ingat beshe-beshe je..

"Ok.. esok kita pergi lepas kita main golf.." bisik Qhalish perlahan. Muka elok saja berada di ceruk leher Olivia ketika ini. "Hehe ok abang.. tak sabar.." bisik Olivia perlahan.

Qhalish angkat kepalanya lalu memusingkan tubuh Olivia menghadapnya. Dielus perlahan pipi basah isterinya ketika ini. Olivia senyum sipu lalu terus mencium bibir suaminya kerana dia malu Qhalish merenungnya sewaktu tidak berbaju seperti ini.

Mata Qhalish tu bahaya.. pasti dia menganalisis badan Olivia dari atas ke bawah.. gulp..

Qhalish senyum lalu membalas ciuman isterinya. Redup sahaja cuaca sekarang ditemani cahaya bulan yang menyinari pasangan ini..

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now