QHALISH - BAB 5💎

21.1K 884 19
                                    



QHALISH menghempas kasar badannya ke sofa rumahnya. Dia memejam mata lalu memicitkan batang hidungnya.

Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam waktu yang singkat.

"Wow sir.. Balik awal nampak?" ujar Qaabil lalu menghenyak punggung di sofa bersebelahan abangnya.

Qhalish mencelik mata lalu mendengus kasar. "Diam." Qaabil ketawa sahaja mendengar suara abangnya yang begitu pasrah.

"Bukan main kau long. Siap pertahankan dia lagi.. Kau jangan tunjuk sangat perangai kau tu pada dia. Nanti kantoi." Qhalish mengangguk. "Tahu la.. Aku sedang berhati-hati la ni." Qaabil senyum senget. Ada rahsia diantara mereka berdua namun hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja.

Dan beberapa orang itu harus menyimpannya dengan ketat.

"By the way apa kau cakap tadi? Dah kahwin? Like seriously? Dengan siapa do. Nak menipu pun agak-agak la.." Terkejut beruk Qaabil dibuatnya apabila abangnya berkata begitu tadi.

Qhalish sengih. "Bakal ok.. Bakal.." Qaabil menggeleng. Dia tahu siapakah gerangan itu kerana 'dia' lah, Qaabil dan Qhalish berada di kolej itu.

"Tersengih-sengih anak ibu ni. Ada apa-apa ke?" tanya Puan Qhairina kepada kedua-dua anak lelakinya. Dia meletakkan dulang air diatas meja ruang tamu.

"Ish ibu ni susah-susah je bagi air kat dua ekor tu. pandai-pandai la diorang buat air sendiri.." ujar Qhalesya, anak kedua Puan Qhairina.

Qaabil menjeling. "Bising la kau ni ngah. Nak buat macam mana kan? Ibu sayang kita orang berbanding kau. Kau lupa ke kau anak terbuang yang dikutip oleh ibu dan abah?"

Qhalesya menjeling lalu menyumbat roti ke dalam mulut adiknya. "Hmphh! Ibu!!" jerit Qaabil apabila Qhalesya menyumbatkan roti ke dalam mulutnya.

"Haa padan muka. Kau ni memang adik derhaka la Qaabil.." Qhalish terkekeh ketawa melihat pergaduhan manja adik-adiknya itu. Dari dulu sehingga sekarang asyik bergaduh sahaja dua ekor itu.

Puan Qhairina hanya menggeleng melihat celoteh anak-anaknya itu. Dia langsung mengalihkan pandangan ke arah anak sulongnya.

"Ni long. Macam mana kerja di kolej? Okay tak?" Qhalish senyum dan mengangguk. "Okay.. semuanya okay buat masa ni. Cuma along kena kawal kemarahan sikit la sebab budak-budak boleh tahan nakal termasuk budak yang dah lanjut usia ni.." ujar Qhalish seraya menjeling ke arah Qaabil.

Qaabil mencebik. "Eleh aku stay dekat situ pun bersebab long. Bising ah kau ni. Kau tengok la 2 3 hari nanti konfirm kau pening dengan perangai perempuan dalam kelas tu. Menggedik je kerjanya!"

Qaabil sedikit menyampah dengan gadis-gadis yang sekelas dengannya. Asyik nak menempel sahaja dengannya. Dia pun terpaksa la melayan dengan baik kerana tidak mahu lakonannya terkantoi.

Qhalesya tergelak. "Dah kau melayan. Mana tak merenyamnya sekor-sekor.." Qaabil berdecit. Dia begitu malas bergaduh dengan kakaknya itu. Kakaknya umpama Qhalish versi perempuan.

Hanya nak menang sahaja.

Tapi Qaabil tidak boleh melawan mereka kerana kepala otak mereka penuh dengan fakta. Sedangkan kepala Qaabil penuh dengan games sahaja.

TBC🤍
Berhati-hati ape tu abe?

VOTE AND COMMENT❤️

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now