QHALISH - BAB 70💎

23.3K 835 101
                                    



"ILMAN.."

Terhenti langkah Olivia apabila mendengar nama bapanya itu. Pakngah senyum senget. "Your father right?"

Qhalish dan Olivia berpaling ke arah pakngah. Berkerut dahi mereka apabila pakngah mengenali bapa Olivia.

"Uncle.. kenal?" Tanya Olivia perlahan. Pakngah senyum sinis lalu berdiri. Dia berpeluk tubuh dihadapan Olivia.

"Penagih dadah. Siapa je yang tak kenal?"

"What?!!" Bergema ruangan itu dengan tempikan adik-beradik Tuan Uthman. Qhalish mencerlung tajam bapa saudaranya yang senyum sinis ke arah Olivia.

Pakngah menilik badan Olivia dari atas hingga kebawah. "Kalau mak bapak penagih dadah, mesti anak pelacur. Biasanya macam tu la."

"Bastard!" Ujar Qhalish lalu menumbuk rahang bapa saudaranya. Terbeliak mata Olivia apabila melihat adegan itu.

"Abang.." ujar Olivia seraya menarik badan suaminya ke belakang. Qhalish mencerlung pakngah nya. Adik beradik Tuan Uthman terus bangun dari duduk apabila melihat pertelingkahan yang berlaku.

"Uzzair! Kenapa pukul pakngah ni?!" Tempik makngah dari jauh. Qhalish mencerlung makngahnya. "Kau diam orang tua. Dari tadi aku sabar dengan kata-kata yang kau lontarkan pada isteri aku. Kau ingat kau baik sangat ke? Mulut pun bau longkang ada hati nak mengata bini aku!"

Tersentak mereka yang disitu apabila dijerkah oleh Qhalish. Olivia kemam bibir sambil mengusap dada suaminya. Pakngah menolak isian pipinya dengan lidah lalu mencerlung Qhalish.

"Uzzair sanggup pukul pakngah hanya disebabkan anak penagih dadah ni ke?!"

Qhalish berpaling ke arah pakngah. Olivia sudah menitiskan air mata ketika ini. Tangan setia mengusap dada suaminya yang berombak laju.

"Anak penagih dadah yang kau sebut tu adalah isteri aku! Kau jangan sesekali panggil dia macam tu! Jangan mengata isteri aku hanya disebabkan mak bapak dia! Dia tak ada kena mengena dengan perbuatan bodoh ibubapa dia!"

"What?? Jadi betul la yang dia anak penagih dadah?! Macam mana abang Uzzair boleh jatuh cinta dengan pelacur jijik ni?!" Jerit Feyra dengan riak terkejut.

Qhalish mencerlung ke arah Feyra. Feyra meneguk liur kesat melihat wajah tegang sepupunya.

"Antara kau dengan isteri aku, aku lagi jijik dengan kau! Acah-acah baik! Entah-entah diluar sana kau yang jadi pelacur untuk jantan nafsu kuda hanya untuk melunaskan nafsu serakah kau!"

Terpejam mata Feyra apabila sepupunya mengatakan itu. Dia meneguk liur kesat apabila rahsianya sudah dikenalpasti oleh Qhalish.

Qhalish senyum senget. "Tak payah nak pandang orang jijik sangat. Tengok diri sendiri tu dulu sebelum mengata isteri aku. Kau lagi kotor dari isteri aku. Isteri aku adalah seorang yang bersih tanpa kotoran. Jangan pernah kau bandingkan diri kau dengan isteri aku kerana kau hanya najis dimata aku."

Ujar Qhalish mendatar. Kusut sahaja rambut Qhalish ketika ini disertakan peluh jantan yang mengalir di dahinya. Kelihatan urat mula timbul di dahi Qhalish kerana dia sedang menahan barannya.

Olivia menarik nafas dan hembus perlahan. Dia berpaling ke arah pakngah yang masih mencerlung ke arah Qhalish.

"Macam mana uncle boleh tahu yang papa saya penagih dadah sedangkan dia pandai menyembunyikan diri? Sedangkan polis sendiri pun tak boleh jejak aktiviti dia.. kenapa uncle boleh kenal dia? I mean.. macam mana proses uncle kenal tu?"

Qhalish dan seluruh ahli keluarganya terus berpaling ke arah pakngah yang sudah terkebil-kebil. Berkerut dahi Qhalish apabila melihat wajah pucat pakngahnya.

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now