"AKU tahu kau tahu pasal ni kan? Mesti kau salahkan uncle dan kau cakap dia tamak haloba kan?" Olivia kemam bibir lalu mengangguk."Tak Bella. Atok yang letakkan nama uncle sebagai pemegang saham. Aku saksi dimana mereka berdua telah menandatangani surat perjanjian itu. Pada awalnya uncle menolak kerana dia tidak mahu kau salah faham terhadapnya..
...tapi atok yang merayu pada uncle supaya uncle terima semua ini. Ia nya kerana.."
Aniq mengetap bibir lalu meneguk liur kesat. "Kerana apa Aniq?" Tanya Olivia yang hanya diam membisu dari tadi.
Aniq mengeluh perlahan. "Kerana atok nak lindungi harta kau Bella.. atok tak percaya pada sesiapa.. atok hanya percayakan uncle sahaja. Jadi, dia letak nama uncle supaya uncle menjaganya sehingga kau berganjak dewasa. Uncle dah janji yang dia akan berikan syarikat itu pada kau jika kau dah bersedia."
Olivia kemam bibir lalu matanya mula berkaca mendengarkan itu. Sungguh dia berasa bersalah terhadap Tuan Uthman kerana memarahi bapa mertuanya tanpa usul periksa. Dia terlalu mengikut amarahnya sehingga semuanya berantakan seperti ini.
"Uncle langsung tak bersalah Bella.. dia hanya menjadi pelindung kau.. kalau dia tak lindung syarikat itu, automatik syarikat itu akan hancur ditangan papa. Sekarang syarikat itu masih berdiri teguh kerana adanya uncle disebalik semua ini."
Olivia makin mengalirkan air mata. Bahunya mula terhinjut-hinjut apabila mengetahui segalanya. Ingin sahaja dia pulang kerumah dan meminta maaf kepada bapa mertuanya sekarang juga.. dia amat rasa bersalah kerana dia terikutkan emosinya.
"Uzzair pula.." Olivia panggung kepala ke arah Aniq apabila Aniq mula menyebut nama suaminya. Aniq senyum tipis.
"..adalah pelindung kau.. dia jaga kau dari jauh.. dia jaga kau dari disakiti papa dan mama kau. Dia sanggup masuk ke dalam kolej kau untuk jadi pensyarah semata-mata untuk menjaga kau dari dekat. Qaabil pun sama.. Kalau kau perasan, umur Qaabil dah meningkat. Tapi dia tetap juga berada di kolej itu.. itu semua adalah arahan Uzzair...
...Uzzair berada di luar negara untuk menyelesaikan kerjanya selama bertahun-tahun. Jadi dia menyuruh Qaabil menjaga kau di kolej. Uzzair selalu tanya Qaabil tentang kau. 24 jam dalam fikirannya hanya ada nama kau."
Olivia makin tersebik mendengarkan itu. Terketar badannya menahan esakan. Dibiarkan sahaja air mata menitis membasahi katil wad tersebut. "Qhalish..." gumamnya dengan esakannya.
"Mungkin bagi kau, dia berkahwin dengan kau sebab permintaan atok. Tapi semua itu hanyalah kebetulan sahaja. Dia berkahwin dengan kau kerana cinta. Dia cinta mati pada kau. Cinta sangat sehingga sangat obses pada kau.. dia langsung tak pandang perempuan lain kerana dia hanya inginkan kau Bella."
Olivia menangis tersedu-sedu. Aniq pula hanya menatap wajah Olivia yang sudah comot dengan air mata. Kalau boleh, dia ingin menceritakan semuanya sekarang. Tapi dia tidak mahu menceritakan pekerjaan Qhalish. Biarlah Qhalish sendiri yang menceritakan hal itu kepada Olivia..
"Jadi.. ma..maksud kau.. dia memang dah sayang aku dari dulu sehingga sekarang?" Aniq mengangguk tanpa ragu-ragu.
Olivia menjilat bibir kejap. "Dan maksud kau.. dia jaga aku.. dari sebelum dia masuk kolej lagi?" Aniq mengangguk lagi.
"Absolutely yes.. kau patut bersyukur tau. Uzzair susah jatuh cinta.. tapi dia terjatuh cinta pada kau setelah atok meminta tolongnya untuk perhatikan kau.. dari dulu lagi dia cakap pada aku yang dia nak jadikan kau isteri dia.. dan Alhamdulillah.. termakbul impian dia sekarang.."
"Allah..." ujar Olivia dengan teresak-esak. Sungguh dia rasa bersalah kepada Qhalish saat ini. Dia sudah menengking suaminya.. dia sudah menghamburkan perkataan yang menyakiti hati suaminya..

YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Storie d'amore🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...