OLIVIA senyum tipis. Mata hanya merenung Qaabil yang sedang bergelak ketawa bersama rakannya. Dia masih lagi menyukai lelaki itu namun dia takut untuk memberitahu lelaki itu."Wehh bukan main kau senyum eh tengok dia? Angau sangat ke?" Tanya Nini yang duduk di sebelah Olivia. Olivia sengeh.
"Ha'ah la.. aku rasa kan.. aku nak luah perasaan la pada dia hari ni.." berkerut dahi Nini. "Kau dah ada kekuatan ke nak ungkap?"
Olivia mengangguk. "Ya.. aku kena luah hari ni juga sebab.. aku akan berhenti belajar nanti.."
Terbeliak mata Nini. "What?! Habis tu aku macam manaaa. Kenapa tinggal aku?" Olivia tergelak. "Alah kau datang je la rumah nenek aku.. aku ada je la dekat situ.."
Nini memuncung. "Nenek dan atok kau bagi ke kau berhenti belajar?" Olivia senyum lalu mengangguk. Agak terkejut juga dirinya apabila kedua orang tua itu memberikan keizinan untuk dia berhenti belajar semalam.
Dan semestinyalah dia akan mengucapkan terima kasih pada sir Qhalish..
"Macam mana? I mean.. atok kau kan garang. Boleh pula kau minta macam tu pada dia? Lepas tu.. boleh pulak atok kau terima je permintaan kau ni?"
Olivia sengih. "Err tu sebab ada orang bantu aku.." berkerut dahi Nini. "Siapa weh?"
Olivia kemam bibir. "Sir Qhalish." Ternganga Nini dibuatnya.
"How?!" Olivia terus menekup mulut Nini apabila jeritan Nini menggamit pelajar disini memandang ke arah mereka.
"Shh diam lah sikit.. bukan main aku bisik tapi kau boleh pula jerit.." Nini terkekeh ketawa. "Okay okay sorry.. by the eay kau dengar khabar angin tak?"
Olivia menjungkit kening. "Apa dia?" Nini menggamit Olivia agar mendekatinya. Olivia mengangguk lalu merapati telinganya ke bibir Nini.
"Crush kau, Uzzam tu adalah adik kepada sir Qhalish." Terbeliak mata Olivia apabila mendengarkan bisikan itu.
Dia menjauhkan kepalanya lalu berkerut. "Biar betul kau ni?" Nini mengangguk laju.
"Aku ada dengar Mrs Ametha sebut masa dalam pejabat.. masa tu aku ambil kertas. Tapi aku terdengar Mrs Ametha bercakap dengan pensyarah yang lain.."
"Takkanlah? Kenapa kita tak tahu pun? Kenapa pelajar tak tahu?" Nini menjungkit bahunya. "Entah.. aku tak percaya juga.. tapi, lepas je aku tengok nama diorang, baru aku percaya yang mereka betul-betul adik beradik.."
Olivia mengangguk. "Apa nama mereka?"
"Uzzam Qaabil bin Uthman dan Uzzair Qhalish bin Uthman.." ternganga Olivia dibuatnya.
"Wah.. goosebumps.. patutlah dua-dua hensem.." bisik Olivia perlahan sambil tangan menggosok lengannya apabila bulu romanya meremang.
"Haa apa dia?" Tanya Nini. Olivia berdecit. "Tak ada apa lah. Kau ni pekak la.."
Nini tersengih sahaja. "By the way kau minta tolong sir Qhalish la untuk dapatkan cinta Uzzam.."
Olivia menggeleng laju. "Taknak.. aku dah banyak susahkan sir. Aku taknak tambah beban lagi.."
Dia sudah terhutang budi dengan Qhalish. Kalau boleh, dia dah taknak jumpa Qhalish kerana malu pula nak berhadapan pensyarahnya itu.
Nini hanya menjeling. Ceh. Orang bagi cadangan, dia tolak pula..
*:・゚✧*:・゚✧
OLIVIA mengemam bibir. Dia hanya berdiri tegak di pintu masuk kelasnya. Sedari tadi dia menunggu Qaabil untuk masuk ke dalam kelas. Dia ingin mengungkapkan cinta hari ini juga!
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romans🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...