OLIVIA tersenyum manis melihat gambar didalam telefonnya. Dia menangkap gambar Qaabil yang berada didalam restoran tadi."Hensem nya dia.. Aish lagi jatuh cinta la kalau macam ni.." gumamnya perlahan.
Uhuk uhuk!
Terkejut Olivia apabila kedengaran seseorang batuk di luar biliknya dan dia kenal suara itu. Dia menyimpan telefonnya lalu keluar dari biliknya.
"Nenek? Nenek ok?" tanyanya lalu duduk bercangkung dihadapan neneknya. Nenek hanya senyum dan menggeleng.
"Biasalah batuk sikit-sikit.. Tak ada apa lah." Olivia berdecit. "Kita pergi klinik la.. Dah berapa hari nenek batuk kan? Bella taknak la meleret nanti.." ujar Olivia lalu menepuk perlahan belakang badan neneknya.
Nenek menggeleng lalu menggenggam tangan cucunya. "Tak ada apa.. Bella tu kena jaga diri. Bella kena jaga kesihatan supaya uhuk uhuk Bella boleh fokus dalam pelajaran.."
Olivia tersebik melihat wajah neneknya yang agak pucat. Dia senyum tipis pada neneknya lalu menggenggam tangan berkedut neneknya.
"Bella janji Bella akan belajar bersungguh-sungguh lepas tu dapatkan kerja yang lumayan. Dan duit-duit tu Bella janji Bella akan bagi semua pada nenek dan atok sebagai tanda terima kasih menjaga Bella dari kecil sehingga Bella dewasa.."
Nenek senyum dengan mata berkaca lalu menggeleng. "Tak apa.. Nenek taknak semua tu. nenek cuma nak Bella usaha untuk diri Bella sendiri. Nenek taknak apa-apa dari Bella. Nenek cuma nak tengok cucu nenek ni bahagia memperoleh apa yang dikehendaki. Tu je sayang.." ujar nenek sambil menyeka air mata Olivia.
Olivia senyum lalu memegang tangan neneknya di pipinya. "Bella tetap juga akan balas kebaikan nenek. Bella janji. Jadi, nenek tunggu Bella capai apa yang Bella nak ya? Bella nak nenek datang sewaktu majlis konvokesyen Bella nanti. Bella nak nenek bangga dengan Bella.."
Nenek senyum dengan air mata yang menitis. Diusap perlahan wajah cucu kesayangannya ini. Sungguh dia kasih akan anak ini. Olivia tidak pernah menyusahkannya. Olivia selalu membantu dia untuk melakukan kerja rumah.. Olivia adalah seorang anak yang baik dan rajin.
"Ye sayang. InsyaAllah nenek akan datang juga suatu hari nanti. Nenek tunggu Bella ya?" Olivia mengangguk lalu memeluk erat tubuh neneknya. Nenek membalas pelukan cucunya itu.
Dia tidak tahu berapa lama dia dan juga atok berada di dunia ini. Umur mereka sudah lanjut dan sudah semestinya mereka akan memikirkan tentang akhirat.
Nenek cuma berharap agar cucunya ini akan bertemu dengan seseorang yang boleh menjaganya dengan ikhlas dan boleh membahagiakan cucunya ini.
Nenek cuma bimbang jika satu hari nanti dia akan meninggalkan Olivia dalam hidup yang terkontang-kanting.
Oleh itu nenek sedang berusaha mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup kepada cucunya itu.
TBC🤍
Nenek nak start jadi agen pencari jodoh ke teww..VOTE AND COMMENT❤️

YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Roman d'amour🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...