QHALISH - BAB 37💎

22.4K 812 34
                                    



QHALISH dan Tuan Uthman bangun dari duduknya lalu senyum tipis ke arah seorang lelaki yang baru sahaja sampai ke restoran.

"Uthman.. dah lama tunggu?" Ujarnya lalu menyambut salam Tuan Uthman. Qhalish senyum lalu menyambut huluran lelaki itu.

"Tak lama sangat pun Rafeeq. Kami pun baru je sampai ni." Ujar Tuan Uthman pada Encik Rafeeq merangkap peguam bagi menyelesaikan masalah kemalangan atok dan nenek Olivia.

Encik Rafeeq mengangguk lalu duduk di kerusi yang disediakan. Dia mengeluarkan beberapa dokumen lalu diberikan kepada Tuan Uthman dan Qhalish.

"Berdasarkan apa yang polis beritahu, hal ini adalah hal biasa. Tapi bagi uncle, ia adalah sesuatu yang telah dirancang. Mana mungkin atok dan nenek boleh kemalangan padahal mereka hanya memandu perlahan sahaja sebelum kemalangan itu terjadi." Ujar Encik Rafeeq lalu menunjukkan dokumen kepada Qhalish.

Qhalish mengangguk perlahan. Dia hanya meneliti sahaja dokumen itu. "Jadi, uncle pun dah agak kan siapa yang lakukan hal ni?" Encik Rafeeq senyum lalu mengangguk.

"Yeah. Ini perkara biasa sebenarnya. Banyak je kes anak-anak rela bunuh ibubapa hanya kerana harta. Dan ia juga kerana dendam semata-mata. Manusia yang tamak haloba sudah tidak dapat berfikir dengan waras sehingga mereka hanya tidak endahkan sahaja nyawa orang lain termasuklah darah daging sendiri."

Qhalish mengangguk perlahan. Dia hanya perhatikan sahaja dokumen itu. Sedikit sebanyak dia agak bimbang. Puan Orked dan Encik Ilman sanggup membunuh ibubapa semata-mata kerana duit.

Kalau ibubapa pun mereka bunuh, apatah lagi anak kandung sendiri? Tergamaknya mereka melakukan kerja kotor begini semata-mata kerana harta dunia.

"By the way Qhalish, macam mana dengan lelaki yang masih dalam koma tu? Dia belum sedarkan diri ke?" Tanya Encik Rafeeq pada Qhalish. Qhalish panggung kepala lalu menggeleng.

"Belum. Kami dah arahkan polis untuk menjaganya. Kadang-kadang Qaabil pun ada melawat dia.. dan dia masih dalam keadaan yang sama. Doktor pun ada cakap kemungkinan koma dia agak lama. Jadi, mungkin ia makan masa sikit lah dalam pemeriksaan kita ni.."

Encik Rafeeq mengeluh perlahan. Susah untuk mencari bukti sekarang. Dia juga sedang usaha sehabis baik demi kawan baiknya ini.

"Thanks Rafeeq. Kau banyak tolong keluarga aku." Ujar Tuan Uthman lalu menepuk bahu rakannya itu. Encik Rafeeq senyum. "No problem, asalkan kau bayar aku berganda-ganda lepas ni. Aku nak sambut cucu ni. Kau kena bagi hadiah lagi banyak la.."

Tuan Uthman tergelak. "Fine. Tu pun nak berkira. Oh ya aku lupa ucap tahniah pada kau. Tak lama lagi dah nak jadi atok dah kau ni.." ucap Tuan Uthman dengan senyuman lebar.

Encik Rafeeq mengangguk sahaja. "Thanks.. aku pun tak sangka cepat betul si Ridzwan tu mengandungkan menantu aku. Dahlah menantu aku tu muda lagi. Aih.." ujar Encik Rafeeq sambil menggeleng.

Tuan Uthman tergelak. "Itu maknanya menantu kau tu subur la.. baru je sebulan kahwin, terus melekat. Okey la tu.. dia jadi ibu muda, kau jadi atok muda. Tak gitu?"

Encik Rafeeq menjeling sahaja. Tuan Uthman pula hanya ketawa. Encik Rafeeq mengalih pandangan ke arah Qhalish yang sedang senyum padanya.

"Qhalish bila lagi nak bagi cucu dekat abah Qhalish ni? Dah kempunan dah tu dia nak cucu.." ujar Encik Rafeeq dengan senyuman mengada.

Qhalish senyum kekok lalu menggaru kepala. "Uncle.. aci tak uncle tanya benda ni bulan depan? Qhalish baru je nikah semalam tau.. awal sangat minta tu.."

Encik Rafeeq ketawa kuat. Lupa pula hahahhahah. Choi betul. Konon-konon nak jadi atok, dah makin nakal ya Encik Rafeeq ni?

"Ye lah.. tapi, Qhalish baru nikah kan? Belum bersanding kan? Kalau nak bersanding, beritahu uncle. Uncle sedia untuk sponser semuanya.." ujar Encik Rafeeq dengan bangga.

Tersenyum lebar Qhalish dibuatnya. "Yeke uncle? Nice.. Qhalish tak perlu keluar modal dah. By the way Qhalish dah rakam tau suara uncle tadi? Jadi, no excuse la lepas ni."

Terbeliak mata Encik Rafeeq. Manakala Tuan Uthman gelak sakan. "Haa tu lah kau. Pandai sangat kan berjanji? Padah.." ujar Tuan Uthman lalu sambung gelak.

Encik Rafeeq mendengus. Nak taknak dia kena sponser juga la.. bijak sungguh si Qhalish ni kalau melibatkan wang macam ni aih. Qhalish senyum sahaja melihat karenah bapanya serta Encik Rafeeq.

Mereka berdua sudah lama berkawan. Kerana itulah mereka selalu bergurau senda. Tuan Uthman dan Encik Rafeeq mempunyai sifat yang sama iaitu agak sombong dengan orang lain. Namun bila mereka dah selesa, beginilah jadinya..

*:・゚✧*:・゚✧

QHALESYA mengintai ikan yang sedang digoreng dalam kuali. Olivia hanya terkekeh ketawa melihat kakak iparnya ehh.. adik iparnya yang berdiri jauh dari kuali. Tangan setia memegang sudip.

"Olive.. tolong akak.. akak rasa ikan tu dah menggelupur kepanasan tu.. akak dapat rasakan ikan tu akan hangus nanti. Tolong akak Oliveeeeee.." rengek Qhalesya dengan riak sebik.

Olivia ketawa perlahan lalu mengambil sudip dari Qhalesya. Qhalesya terus menyembunyikan diri di belakang Olivia.

"Itulah kau ngah. Pemalas lagi kan? Malu la woi Olive yang muda dari kau ni lebih pandai memasak dari kau.." ujar Qaabil yang sedang membuka peti ais.

Qhalesya menjulingkan matanya. "Cakap banyak la kau ni Qaabil. Setiap orang ada kekurangan tau? Termasuk la angah.."

Qaabil mencebik. "Masalahnya kau tu selalu banyak kekurangan ngah. Entah hape kelebihan kau."

"Kurang ajar punya adik! Mari sini kau!" Jerit Qhalesya lalu mengejar langkah besar adiknya. Qaabil berlari lintang-pukang menaiki tangga.

Olivia hanya senyum. Dia suka melihat suasana ini dimana adik-beradik bergurau senda sehingga bising satu rumah.

Berkerut dahi Qhalish dan Tuan Uthman yang baru masuk ke dalam rumah. "Apa kes tu bising sangat?" Tanya Tuan Uthman kepada Qhalish. Qhalish menjungkit bahu. "Entah.." jawab Qhalish perlahan.

Mata melilau mencari seseorang. Tersenyum dia apabila melihat Olivia yang sedang menggoreng ikan sambil tangan kiri mencekak pinggang. Macam mak-mak asia sangat si Olivia ni.

"Abah.. abah pergi la naik cepat. Along nak dating dengan isteri along ni." Ujar Qhalish seraya menolak-nolak badan bapanya. Mata masih setia memandang ke arah isterinya dengan senyuman lebar.

Tuan Uthman memutarkan biji matanya. "Gatal.." bisik Tuan Uthman perlahan lalu mula melangkah menaiki tangga. Pergilah kome beromen sana. Nampak gatai sangat dah tu..

Qhalish tersengih lalu berjalan perlahan mendekati isterinya. Olivia hanya fokus pada ikannya. Dia langsung tidak perasan suaminya yang sedang berdiri di belakangnya.

"Buat apa.." bisik Qhalish perlahan di tepi telinga Olivia. Tersentak Olivia dibuatnya. Dia terus berpaling ke belakang.

"Awak.. terkejut saya. Nasib baik saya tak masukkan kepala awak dalam kuali tau?" Marah Olivia dengan dahi berkerut. Berdebar juga hatinya sekarang apabila Qhalish amat rapat dengannya.

Qhalish tersengih. "Ye ke?" Tanya Qhalish perlahan lalu badan hadapannya mula merapat ke badan belakang Olivia.

Terbeliak mata Olivia. Apa ni.. suka buat orang blushing tau..

"Qhalish.. kita dekat dapur tau?"

"Okey lepas tu?" Bisik Qhalish perlahan. Olivia menggigit bibirnya. "Minyak tengah panas ni. Nak saya celupkan muka awak ke dalam minyak ke?"

Tanya Olivia namun mata hanya memerhati ikan. Pertama, kerana takut ikan hangus. Dan yang kedua kerana debaran yang melanda.

"Kenapa? Awak nak makan saya ya?" Olivia meneguk liur kesat apabila suara dominan itu menerjah ke dalam gegendang telinganya.

Terbeliak matanya apabila kedua tangan Qhalish mula memeluk pinggangnya.

TBC🤍
Dimana-mana pun boleh ya Qhalish?

VOTE AND COMMENT❤️

QHALISH : STOLEN LOVE [C]Where stories live. Discover now