OLIVIA keluar dari rumah mertuanya. Sedari tadi dia mencari susuk tubuh suaminya itu. Diperhatikan sekeliling. Tersenyum dia apabila kelihatan suaminya sedang berbicara dengan seseorang di gazebo rumah.Olivia melangkah menghampiri mereka berdua. "Awak.." panggil Olivia perlahan ke arah dua jejaka tersebut. Qhalish yang sedang rancak bersembang tadi terus berpaling ke arah isterinya yang senyum padanya.
Qhalish berdehem. "Ni kawan saya, Ridzwan." Ujar Qhalish. Olivia berpaling ke arah Ridzwan lalu senyum tipis. Ridzwan membalas senyuman itu.
"Hye.. Olive kan?" Olivia senyum lalu mengangguk. Berkerut dahi Ridzwan. "Eh kejap. Saya rasa isteri saya ada sebut nama awak. Korang kenalan ke?"
Qhalish berpaling ke arah isterinya yang sedang tersengih. Olivia mengangguk perlahan. "Ya.. kami baru je berkenalan semalam.."
Ridzwan mengangguk. "Saya baru teringat.. awak minta tips dengan dia cara un--"
"Err awak nak minum air apa? Saya bancuhkan." Ujar Olivia tergagap. Qhalish mencerlung tajam isterinya. Cemburu juga la. Sebab tak pernah pula Olivia bercakap rancak seperti ini dengan lelaki lain.
Ridzwan terkekeh ketawa. "Ok la ok. Faham. Awak taknak suami awak tahu kan? Jadi saya diamkan je. Rahsia kita berdua je." Ujar Ridzwan lalu acah-acah zip mulutnya.
Olivia senyum lebar. "Terima kasih Ridzwan.." Ridzwan mengangguk. "Umur berapa ni?"
"Ridzwan. Kau ingat ni orientasi ke? Semua benda nak tanya?" Tanya Qhalish dengan riak tegang. Ridzwan menjeling rakannya itu. Tahu sangat cemburu buta si Qhalish ni kalau melibatkan Olivia..
Olivia memandang Ridzwan dan Qhalish dengan sengihannya. "Err saya baru je 21." Jawab Olivia perlahan. Qhalish mencerlung tajam ke arahnya. Olivia yang perasan akan itu terus menunduk. Takut la pula dengan panahan tajam suaminya itu.
Ridzwan mengangguk. Sempat dia menjeling rakannya. Dia senyum senget. "Ooo maknanya awak lagi muda la dari saya. Kalau macam tu, panggil saya abang je. Umur saya dah 27 tahun."
"Kepala hotak kau abang! Cukup-cukup la Kayla je panggil kau abang! Yang kau sibuk nak suruh bini aku panggil macam tu apa kes?!" Tanya Qhalish dengan jelingan maut.
Ridzwan menjungkit kening berulang kali ke arah kawannya. "What? Salah ke? Aku lagi tua kot. Biasalah tu berabang saya dengan lelaki yang lagi tua. Kau nak marah kenapa?"
Qhalish mendengus. "Dia tak pernah panggil aku abang walaupun aku pernah suruh dia panggil macam tu padahal aku lagi tua 9 tahun dari dia. Kau pula setakat tua 6 tahun je, aku rasa tak payah la. Tak sesuai."
Ujar Qhalish lalu mengambil telefonnya diatas meja. Dia bangun dari duduknya lalu menjeling isterinya. Dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.
Olivia mengeluh sahaja apabila melihat suaminya yang seakan marah dengannya. Ridzwan senyum tipis sambil memerhati Olivia.
"Panggil la dia abang.. dia pun nak juga isterinya panggilnya dengan panggilan manja." Olivia terus berpaling ke arah Ridzwan. Dia menjungkit kening. "Kalau dia tak suka macam mana?"
Ridzwan senyum. "Cuba dulu.. awak kena berani cuba.. Qhalish tu sayang sangat pada awak. Sebab tu dia cemburu bila tengok awak rapat dengan lelaki lain."
Olivia senyum tipis. "Yeke sayang? Saya tengok dia macam dah taknak pada saya je.." gumam Olivia perlahan.
Ridzwan mengangguk faham. "Lelaki memang macam tu. Dia tak tunjukkan sangat yang dia sayang.. tapi percayalah cakap saya, dia amat memerlukan awak dalam kehidupan dia.. cuba la pujuk dia.. Qhalish tu mudah cair dengan awak."
Olivia kemam bibir. "Tapi saya tak ada keyakinan la.. kalau dia makin benci macam mana?"
Ridzwan terkekeh ketawa. "Aik? Bukannya dah belajar dengan Kayla ke semalam? Takkan dia tak ajar full kot cara nak goda suami?"
Olivia menjeling lalu mendengus. "Jadi Kayla dah ceritakan semua la ni?" Ridzwan sengih lalu mengangguk. "Yep, dia langsung tak ada rahsia dengan saya. Tiada rahsia antara suami isteri. InsyaAllah akan berkekalan hingga ke jannah kalau awak kongsi segalanya pada suami awak.."
Olivia mengangguk faham. "Faham.. tapi.. awak tak beritahy Qhalish kan pasal goda tu kan?" Ridzwan tergelak kuat. Tak tahu pula isteri Qhalish ni jenis yang berwaspada macam ni..
"Ish ketawa pula. Saya serius lah!" Jerit Olivia dengan wajah cemberut. Ridzwan berhenti ketawa lalu mengangguk. "Yeee. Tu rahsia perempuan. Saya takkan beritahu Qhalish.. nanti tak suprise pula kan?"
Olivia sengih lalu mengangguk. "Thank you sebab simpan rahsia." Ridzwan menjungkit bahu dengan senyuman. Memang la dia berkawan rapat dengan Qhalish. Namun dia takkan sesekali membocorkan rahsia suami isteri ni.. bahaya..
Qhalish yang memandang dari tingkap atas mengepal tangannya melihat adegan isterinya yang gelak ketawa dengan Ridzwan. Dia mendengus lalu mengusutkan rambutnya.
Dia tahu bahawa Ridzwan sudah berkahwin namun dia tetap cemburu melihat kemesraan antara Ridzwan dan Olivia! Dia cuma nak Olivia selesa dengannya sahaja.. dia taknak Olivia rapat dengan lelaki lain.
*:・゚✧*:・゚✧
OLIVIA memasuki biliknya. Sedari tadi dia hanya berbual bersama Ridzwan serta mertuanya di ruang tamu. Dia membuka lampu bilik lalu menutup pintu biliknya.
"Dah habis bersembang dah? Kenapa tak bersembang sampai esok je? Nampak macam rancak sangat je." Tersentak Olivia apabila mendengar suara itu. Dia terus berpaling kebelakang. Dia meneguk liur kesat melihat suaminya yang sedang berpeluk tubuh disebalik jendela.
"Awak belum tidur?"
"Kisah pulak tentang suami? Ingat ke dah lupa suami lepas berjumpa Ridzwan tadi." Olivia senyum tipis lalu melangkah merapati suaminya.
"Awak cemburu ya?" Tanya Olivia dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Qhalish hanya merenung wajah isterinya yang makin menghampirinya.
Olivia kulum senyum lalu mengelus pipi suaminya. "Suami saya cemburu ya?" Bisiknya perlahan. Qhalish mendengus lalu menepis perlahan tangan isterinya yang berada di pipinya. Tersentak Olivia apabila suaminya menepis sentuhannya.
"Bukannya cemburu. Tapi tak manis bila bersembang lama-lama dengan lelaki lain sedangkan suami ditinggalkan macam tu je dalam bilik. Elok sangat ke perangai macam tu?" Tanya Qhalish dengan riak tegang.
Olivia kemam bibirnya. "Awak.. saya berbual bersama ibu dan abah juga.. bukannya saya bersembang dengan Ridzwan berduaan pun.. jangan la macam ni.." pujuk Olivia lalu ingin memegang tangan Qhalish namun Qhalish menjauhkan tangannya dari Olivia.
Berkaca mata Olivia apabila suaminya mula menjauh. Qhalish merenung tajam mata Olivia. Olivia hanya merenung mata suaminya itu.
"Pelik. Dengan Ridzwan bukan main gelak ketawa macam tu. Tapi dengan saya, asyik nak menangis je. Pelik kan? Dengan suami bukan main sedih. Dengan orang lain gembira semacam."
Olivia menggeleng perlahan. Dibiarkan sahaja air matanya menitis. "Tak awak.. saya nak pujuk awak tapi awak menjauh.. macam mana saya nak gembira dengan awak kalau awak benci saya macam ni?"
Qhalish gelak sinis. "Play victim pulak? Awak yang salah tapi awak salahkan saya pula? Senang la jadi perempuan. Menangis je terus orang kesian. Habis tu saya ni? Konon saya tak menangis, ia bermakna saya kejam la? Macam tu ke Olivia Isabella?! Hah?!"
Tersentak Olivia apabila suaminya mula menjerkah. Olivia menjilat bibirnya kejap lalu menggeleng. "Saya tak pernah play victim. Saya tak salahkan awak.. saya pun bersalah juga dalam hal ni.. saya sedang membaiki hubungan kita Qhalish.."
Ujar Olivia perlahan lalu ingin menyentuh tangan suaminya. Qhalish mendengus lalu menjauhkan tangannya. Dia melangkah ke arah bertentangan isterinya.
Olivia mula menangis teresak-esak. Dia memusingkan tubuh ke arah suaminya lalu berlari menghampiri Qhalish. Dia memeluk erat tubuh Qhalish dari belakang.
"Abang... maafkan Olive.."
Tersentak Qhalish apaabila isterinya mula menukar panggilan. Abang? Olive?
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
![](https://img.wattpad.com/cover/346614628-288-k498469.jpg)
YOU ARE READING
QHALISH : STOLEN LOVE [C]
Romance🤍1ST LOYAL SERIES🤍 Keceriaan seorang gadis menutup seribu luka dihati. Dia ditinggalkan sendirian oleh ibubapa sendiri atas sebab tertentu. Namun kehidupannya kembali ceria apabila bertemu seseorang yang dia cintai iaitu crush di kolejnya. "Saya s...