BAB 1

1.2K 35 0
                                    

"KAU jangan pernah harap yang aku nak sentuh kau! Ingat yang kau tu cuma alasan yang aku akan ada perhitungan dengan kakak kau yang dah buat family aku malu!" Ujar lelaki bertubuh tegap kepada seorang gadis yang tidak lain tidak bukan, sudah bergelar isterinya sendiri.

"Saya tak pernah berharap apapun dari awak!" Tegas gadis itu yang tidak lain adalah Elina.

"Then, baguslah. Dah lah, aku nak keluar!" Ucap lelaki itu yang tidak lain, Mikael.

Lelaki bertubuh tegap dan berkulit putih itu berjalan menuju ke pintu keluar, langsung tidak sudi jika perlu tidur sebilik dengan gadis yang bahkan tidak pernah dia cintai. Belum sempat Mikael melangkah keluar dari bilik Elina dengan pantas mengucapkan sesuatu hingga membuatkan Mikael berbalik semula.

"Apa kata kalau, kita buat perjanjian. Oneday saya pasti yang Elisha akan cari awak," Ujar Elina tanpa menoleh ke arah Mikael.

Mikael berdiam di tempat dia memikirkan ucapan dari Elina yang ada logiknya, dengan peluang jika bekas kekasihnya itu kembali, sudah pasti dia dapat membalas apa yang sudah Elisha lakukan padanya. Mikael berbalik badan dan kembali di mana Elina duduk dan membuat kesepakatan.

"Okay, baik aku setuju. Kita kekalkan perkahwinan ni sampai kakak kau balik, and after that, kau dengan aku hanya orang yang tak pernah kenal pun, faham?!" Tegas Mikael.

"Baik saya setuju!" Jawab Elina mantap sambil mengangguk.

Setelah membuat kesepakatan itu, Mikael kembali melangkah menuju ke pintu bilik untuk masuk ke bilik sebelah, namun langkahnya terhenti kerana ibunya berada di depan pintu bilik disaat Mikael membuka pintu.

"Mika nak pergi mana?" Tanya Puan Suraya,

"Mika nak pergi tidurlah, ma." 

"Kamu tu dah jadi suami Elina, sepatutnya kamu tidur disini lah! Kenapa nak tidur bilik lain pula?"

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi, cepat masuk!"

Jika Puan Suraya sudah bersuara tegas, Mikael mahu tidak mahu dia perlu akur untuk tidur dengan adik kekasihnya itu, sedangkan Elina yang sedari tadi hanya memperhatikan dengan hanya menghela nafas. Sungguh dia sendiri tidak percaya dia sudah bergelar seorang isteri kepada kekasih kakaknya sendiri.

Puan Suraya tersenyum saat melihat anaknya yang hanya menurut, Puan Suraya bersetuju dengan pernikahan antara Mikael dengan Elina kerana ada sebabnya. Dengan malas Mikael kembali masuk ke dalam bilik dan langsung merebahkan tubuhnya di atas katil tanpa memperdulikan Elina.

Pintu sudah tertutup rapat, Mikael kembali bangun dan memperhatikan Elina yang sedang bersiap untuk melelapkan diri. Sebelum Elina benar-benar tidur disampingnya, dia langsung berdiri dengan tegak.

"Aku nak tidur dekat sofa, kau tidur je lah kat sini." Ujar Mikael.

"Okay, no problem, jangan lupa ambik selimut dalam almari," Jawab Elina tidak peduli dan memilih untuk melelapkan matanya yang sudah layu.

Mikael benar-benar kesal dengan tingkah Elina, dengan amarah dia berjalan menuju ke almari dan mengambil selimut lantas bergegas menuju ke sofa kerana dia juga sudah keletihan.

Sedangkan Elina yang memang belum lelap hanya bisa terkekeh perlahan disaat melihat wajah kesal dari suaminya. Dia menggeleng dan memilih untuk segera tidur dan tidak memperdulikan kehadiran suaminya itu.


MATAHARI sudah mula menyinari dunia, sedangkan di sebuah bilik terdapat dua orang yang salah satu dari mereka masih berbungkus di dalam selimut sedangkan yang satu lagi sudah bersiap untuk turun dan bersarapan bersama.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now