SELAMA perjalanan menuju ke pasar malam, suasana di dalam kereta tidaklah sehening seperti waktu mereka pulang dari hospital siang tadi. Elina memasang radio dan memutar lagu kegemaran Elina.
Mikael hanya diam sambil fokus pada pemanduannya dan mendengarkan suara halus Elina yang bernyanyi perlahan. Dia juga tidak menyangka isterinya itu memiliki suara yang cukup sedap didengar.
Sekarang mereka sudah tiba di pasar malam dekat pusat bandar. Elina mematikan radio dan turun dahulu saat kereta sudah terparkir membuatkan Mikael sedikit cemas kerana jika gadis itu hilang pasti sukar untuknya mencari.
Kerana bentuk tubuh Elina yang boleh dikatakan kecil seperti anak sekolah menengah. Jika berjalan dengannya pun hampir seperti abang dan adik sahaja.
"Abang cepat!" Teriak Elina bersemangat.
Mikael hanya mengangguk saja dan segera menghampiri Elina. Sebelum masuk mereka berdua menuju ke pondok tiket funfair terlebih dahulu. Setelah membeli tiket masuk baru mereka berdua masuk.
Elina sudah sangat bersemangat dan teruja saat mereka masuk ke sana. Dia sudah sangat lama tidak ke tempat itu. Lebih-lebih lagi sekarang dia datang dengan orang tersayang.
"Sekarang ni nak pergi mana dulu?" Soal Mikael, mereka berdiri di tengah-tengah lautan manusia.
Elina terlihat sedang berfikir sambil melihat kiri dan kanan. Saat dia sedang melilau dia merasakan seperti ada yang menyentuh belakang tubuhnya. Elina masih berfikir positif kerana keadaan yang ramai itu mungkin saja dia tidak sengaja.
Tidak lama kemudian, tubuhnya kembali disentuh. Elina hendak menoleh dan melihat siapa yang sengaja menyentuhnya itu. Namun belum sempat dia berbalik Mikael sudah memegang tangan seorang lelaki yang menyentuh tubuh Elina.
"Kau ni ada adab ke tak? Tak malu ke pegang bini aku macam tu?" Soal Mikael dengan nada dingin.
"Siapa yang pegang dia, aku tak sengaja kan? Tengoklah keadaan kat sini kan ramai, tak pelik la kalau terpegang tu, bukan luak pun!" Balas orang itu mengelak tidak mahu mengaku.
Elina tidak menyangka masih ada orang yang berfikiran kotor seperti itu di zaman seperti ini. Mikael tersenyum sinis, tentu saja dia tidak mempercayai ucapan lelaki yang dihadapannya itu. Kalau dia tak tengok sendiri apa yang terjadi itu dia takkan bertindak begitu.
"Tak payah nak mengelak! Kalau kau tak mintak maaf, jangan salahkan aku kalau aku bawak kau pergi balai polis!" Tekan Mikael meminta lelaki itu meminta maaf pada isterinya.
"Aku dah kata tak sengaja kan!" Tegas lelaki itu berdegil.
"Tak sengaja sampai berkali-kali? Macam tu ke?" Tanya Mikael mendesak lelaki itu.
"Abang, sudah biarkan saja dia.. kan tengah ramai ni tak sedap orang tengok." Lerai Elina namun Mikael tidak mengendahkannya.
Mikael menatap tajam wajah lelaki itu, membuatkan lelaki itu merasa ketakutan kerana gerun dengan tatapan itu. Akhirnya lelaki itu meminta maaf pada Elina dan segera pergi dari situ.
Elina dan Mikael yang melihat lelaki itu pergi jauh merasa lega. Lalu mikael segera membawa Eina mencari tempat untuk mereka duduk. Sejak tadi Elina belum jugak memilih apa yang dia inginkan.
"Dah, calm down. Lupakan aje yang tadi tu.. Elina nak ais krim boleh?" Ujar Elina setelah lama mereka berdiam.
Ya sejak kejadian tadi, Mikael lebih pendiam dan waspada. Kerana rata-rata di dalam tempat itu remaja dan dewasa, ada juga anak kecil namun tidak seramai yang dewasa.
"Okay, abang pergi beli. Flavour?" Ucap Mikael merubah raut wajahnya dan bertanya.
"Macam biasa, matcha! Kalau takde matcha, mint pun boleh." Sahut Elina sambil tersenyum.
"Okay, tunggu kat sini dan jangan nak merayap merata pulak!" Jelas Mikael lalu segera pergi dari situ.
Elina hanya mengangguk dan menunggu Mikael kembali sambil menikmati pemandangan pasar malam dan juga funfair yang boleh tahan ramai itu. Sesekali gadis itu mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
MIKAEL yang sudah menemukan gerai ais krim segera menghampiri. Dia memesan dua cup aiskrim, dengan rasa yang dipesan oleh Elina tadi.
Saat dia sedang menunggu, tiba-tiba ada yang menepuk bahu Mikael membuatkan dia menoleh dan terkejut melihat siapa yang ada dihadapannya namun dia tetap dengan wajah yang tenang.
"Mikael, i miss you so much! Lama tak jumpa kan?" Ucap gadis itu dan langsung memeluk tubuh Mikael.
Namun Mikael langsung meleraikan pelukan gadis itu, menatap dingin pada gadis yang dia rindukan saja. Jika bukan di keadaan seperti ini mungkin Mikael akan memeluknya juga, hanya jika gadis itu tidak meninggalkan dia.
"Kau buat apa kat sini? Bukan ke kau tengah kejar cita-cita kau tu?" Tanya Mikael tanpa riak wajah dan segera mengambil pesanannya dan membayarnya.
"I tengah cuti kat sini, nanti lepas cita-cita i tercapai, we will meet again dan kita akan bersama semula," ujar gadis itu dengan percaya diri siapa lagi kalau bukan Elisha.
Mikael memutar bola matanya ke atas. Lelaki itu memusingkan semula tubuhnya dan segera pergi dari tempat itu untuk kembali pada Elina yang tengah menunggunya. Sebelum pergi Mikael sempat berbisik pada sisi telinga Elisha membuatkan gadis itu merasa kesal.
"One thing you need to remember, even if you come back we won't be the same again! Sebab aku dah ada Elina dan jangan pernah bermimpi untuk bersama dengan aku lagi!" Ujar Mikael tegas dan segera meninggalkan tempat itu.
ELINA menunggu Mikael yang sudah agak lama. Dia takut jika terjadi apa-apa pada lelaki itu. Saat dia hendak berdiri dan mencari lelaki itu, Mikael muncul dari belakangnya dan memeluk Elina dari belakang membuatkan Elina terkejut.
"Ya Allah, abang! Terkejut Elina!" Kesal Elina kerana dipeluk secara tiba-tiba.
"Hahaha, ya maafkan abang okay? Ini ais krim, makan sambil duduk," tawa Mikael sambil memberikan cup ais krim pada Elina.
Elina menerima cup aiskrim tersebut dengan sangat senang. Dia kembali duduk dan menikmati ais krim tersebut. Begitu juga dengan Mikael, namun fikirannya terus melayang mengingat perkataan Elisha kepadanya.
Dia belum berniat untuk memberitahu hal itu pada Elina. Kerana melihat wajah Elina yang sangat teruja menikmati ais krim dan ramainya manusia di situ, dia menjadi tidak sampai hati untuk menganggu mood Elina dengan hal seperti itu.
"Abang, nak rasa abang punya sikit," Pinta Elina sambil menjenguk ke dalam cup aiskrim milik Mikael.
"Boleh," Balas Mikael setelah tersedar dari lamunannya, dia dengan lembut mencalit sedikit aiskrim dari dalam cup itu dan menyuapnya ke mulut Elina sambil tersenyum lebar.
"Erm, sedapnya abang punya! Tukar nak?" Elina tersengih seperti anak kecil membuatkan Mikael tergelak melihat kecomelan Elina yang meminta untuk menukar aiskrim dengannya. Dia mengusap lembut ubun-ubun Elina setelah cup ais krim mereka bertukar tangan.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memperhatikan tingkah mesra mereka dengan perasaan amarah yang ditahan. Gadis itu menggenggam keras tangannya sampai kemerahan. Dia tersenyum sinis menatap kedua orang itu.
"Siaplah kau Elina! Aku akan pastikan Mikael kembali pada aku dan kau akan terseksa!" Ucap gadis itu dengan wajahnya yang sudah kemerahan.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...