"SIAPA lelaki tu?!"
Gulp!
Pertanyaan Mikael yang tiba-tiba membuat Elina tidak bisa berpikir, dia tidak menjawab ya mahupun tidak, dia hanya diam membatukan diri sambil memegang plastik di tangan kanan dan kirinya.
Mikael yang masih tidak mendapatkan jawapan apapun dari Elina menjadi semakin kesal, terlihat lelaki itu mengepalkan tangannya dan rahangnya mulai mengeras, sedangkan Elina yang melihat itu menunduk ketakutan dan kebingungan.
"Huh, kau diam bermakna kau ada hubungan dengan lelaki itu,"
Mendengar itu Elina langsung tersedar dan memberanikan diri menatap Mikael yang sedang emosi tepat menikam mata lelaki itu dan menyangkal hubungannya dengan lelaki yang sedang mereka bahaskan.
"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia, jadi jangan nak tuduh yang bukan-bukan!"
"Kalau kau tak ada hubungan apa-apa dengan lelaki tu, kenapa bila aku tanya kau diam, hah?!"
Mikael membentak Elina dengan perasaan marah dan cemburu? Sedangkan Elina yang dibentak seperti itu sudah biasa dan hanya menggeleng sambil tersenyum dan menatap tepat di mata Mikael.
"Hehe, kenapa? Awak tak suka? Kalau tak suka tak perlu masuk campur urusan saya!"
Setelah mengatakan itu Elina langsung pergi menuju ke bilik mereka dengan membawa plastik barangannya di tangan, namun saat menaiki anak tangga tanpa dia sedari air matanya menitis dan dia langsung menghapus air mata itu.
Saat dibentak oleh Mikael rasanya berbeza meski dia sudah sering melalui bentakan seperti itu oleh kedua orang tuanya, namun sekarang berbeza yang membentak dirinya adalah Mikael, suaminya entah sejak bila jika Mikael berkasar atau menengkingnya rasanya sakit.
Elina memukul perlahan dadanya di depan pintu bilik, setelah mula terasa sedikit tenang baru dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan semua barangnya di dalam peti dan segera tidur agar cepat melupakan kejadian tadi.
Sedangkan Mikael masih di tempat yang sama, dia mencuba meredakan amarahnya, dadanya naik turun kerana nafas yang tidak teratur rasanya sakit saat dia melihat mata Elina yang mula berkaca sebelum pergi meninggalkannya sendiri di bawah.
"Arghh!"
Mikael memukul angin kerana kesal dengan tindakan yang tidak boleh menahan diri dan bertanya baik-baik pada Elina, lalu kerna belum reda amarahnya dia memilih ke dapur dan mengambil setin bir di dalam peti lalu membawa bir itu menuju ke ruang tamu dan meminummnya sambil mencuba menenangkan diri dan mencari cara untuk meminta maaf pada Elina yang sudah pasti sakit hati dengan tuduhan melulunya tadi.
"Tapi macam mana nak minta maaf? Aku bukannya mahir sangat bab-bab perempuan, ni!" gumam Mikael setelah meneguk minuman itu.
Sedangkan Elina yang berada di bilik tidak boleh tidur melainkan dia tengah berada di balkoni bilik sambil menatap taburan bintang yang memenuhi langit yang gelap, tanpa dia sedar dia kembali menitiskan air matanya lagi bila teringat kembali bentakkan tadi.
"Huh, perasaan apa ni? Kenapa sakit sangat bila dia tuduh aku dan tengking aku macam tu? Bukan ke aku dah biasa kena macam ni dari mama?" gumam Elina tertanya-tanya.
Air matanya kembali mengalir mengingat kembali mama dan papa yang pilih kasih antara dia dan Elisha, Elina menangis di bawah langit malam yang terang namun tangisannya terhenti kerana nada dering dari telefon miliknya.
Elina menyeka air matanya dan melihat ada pesanan dari siapa. Elina membuka telefonnya dan melihat ada nombor yang tidak dia kenali menghantar pesan padanya. Elina tidak ingin membuka mesej itu kerana saat dia membaca sedikit mesej itu dia sudah dapat mengagak siapa orang itu.
Elina memilih kembali masuk ke dalam bilik dan menutup pintu balkoni, dia menuju ke katil dan meletakkan telefonnya di atas meja lalu dia mengambil duduk di atas katil sambil meraup wajahnya kasar.
"Huh, dahlah Elina. Baik kau makan ais krim yang beli tadi,"
Elina kembali berdiri dan menuju ke peti mini yang ada di dalam bilik itu, setelah mengambil apa yang dia inginkan Elina menuju sofa dan memakan ais krim di situ sambil menonton televisyen yang baru dia hidupkan.
MIKAEL masih terus mencari cara untuk meminta maaf kepada Elina, bahkan dia bertanya kepada anak buahnya dan mencari di Google namun cara itu sama sekali bukan dirinya, jadi dia memilih untuk mencari cara lain.
"Huh, sampai aku dah tak ingat pasal jantan tu!"
Kerana kesal teringat Elina yang dihantar pulang oleh lelaki itu, Mikael langsung mengambil telefonnya dan mencari nombor anak buahnya yang sudah dia percaya dan meminta untuk mencari maklumat tentang siapa lelaki yang bersama isterinya tadi.
"Hello, aku nak kau cari info pasal lelaki ni! Aku hantar gambar esok! Aku nak semua data dia petang esok,"
Setelah mengatakan itu Mikael segera mematikan sambungan telefon tanpa mempedulikan jawapan dari tangan kanannya. Lalu lelaki itu kembali meminum bir yang masih tersisa di dalam tin hingga habis.
Kerana sudah puas dengan memabukkan diri dan emosinya juga sudah reda, Mikael memilih untuk kembali ke dalam bilik untuk melihat keadaan Elina, sekaligus memikirkan cara agar Elina mahu memaafkannya.
Mikael melangkah menaiki anak tangga hingga berada di hadapan pintu biliknya lalu membuka pintu bilik dan yang pertama kali dia lihat adalah Elina yang sudah tertidur membelakanginya. Lalu Mikael menghampiri gadis itu dan ikut merebahkan diri dan langsung memeluk Elina dan tertidur dengan memeluk Elina yang hanya berpura-pura tidur.
Beberapa minit yang lalu, Elina masih asyik dengan ais krimnya dan menonton televisyen, namun saat ais krim sudah habis dia mendengar ada yang berjalan menuju ke biliknya lalu dengan cepat dia terjun ke katil dan berpura-pura tidur.
Saat dia sedang dengan lakonannya, pintu bilik terbuka dan dia yakin kalau itu adalah Mikael namun yang membuatnya terkejut adalah Mikael yang berjalan sedikit terhuyung-hayang dan langsung memeluknya dari belakang saat sudah di atas katil dan langsung dibuai lena.
Elina bingung dengan sikap Mikael namun saat dia terhidu bau alkohol dari nafas Mikael, Elina menatap wajah Mikael dengan tajam saat lelaki itu sudah berbalik badan, Elina yang tadinya mahu menarik rambut Mikael namun dengan melihat wajah Mikael yang sudah lena dibuai mimpi membatalkan niat itu dan malah dia mengusap lembut pipi Mikael.
Mikael yang merasakan ada usapan lembut di pipinya semakin menyamankan diri dan semakin erat memeluk Elina dan dia bersembunyi di celah leher Elina, sedangkan Elina hanya tersenyum dengan perasaan yang bercampur.
"Entah perasaan ini betul atau tidak, aku dah memilih untuk yakin dengan perasaan ini! Kalau awak tak terima tak apa, saya cuba untuk lupakan awak nanti," Gumam Elina perlahan tidak mahu lelaki itu tersedar.
Elina memandang ke arah langit bilik, dan bergantian menatap wajah Mikael yang kemerahan kerana mabuk, Elina mengusap rambut Mikael dan memilih untuk turut tidur sambil memeluk Mikael.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...