BAB 24

391 23 2
                                    

ELINA berjalan masuk ke dalam rumah, saat dia bertembung dengan ibu mertuanya, Puan Suraya menggeleng melihat Elina yang sedari tadi hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Amboi, tersengih-sengih. Dah macam kerang busuk dah mama tengok ha," Usik Puan Suraya tergelak kecil melihat wajah menantunya itu sudah berona merah menahan malu.

"Aish, ada-ada aje la mama ni. Kenapa ma?" Jawab Elina cuba mengubah topik.

"Nak belajar masak pukul berapa?" Soal Puan Suraya.

"Oh, nanti ma lepas Elina mandi dulu." Jawab Elina.

"Iyelah, nanti dah siap mandi Elina masuklah dapur dulu." Ucap Puan Suraya yang dibalas dengan anggukkan dari Elina.

Mereka berdua berpisah di situ, Elina segera kembali ke biliknya untuk mandi. Dia tidak sabar mahu belajar memasak dengan ibu mertuanya itu.

Tibanya di bilik, Elina segera melucutkan semua pakaian ditubuhnya hingga tiada seurat benang pun lalu segera mencapai tuala dan melilitkannya di tubuh. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Usai mandi, dia berdiri di hadapan cermin dan melakukan rutin skincare di wajahnya dan langsung keluar untuk memakai pakaian. Setelah itu dia segera turun ke tingkat bawah untuk ke dapur.

Saat dia tiba di dapur, dia tidak melihat kelibat ibu mertuanya. Jadi, dia memilih untuk menyiapkan bahan-bahan yang ada untuk mereka masak. Niatnya seperti ingin mencuba resepi masakan kampung.

Para pembantu rumah dan tukang masak dirumah itu hanya memerhatikan gerak-geri Elina takut gadis itu terluka dan takut akan dimarahi oleh Mikael nanti.

Para pembantu rumah sudah menawarkan diri untuk membantu Elina namun dia menolak. Elina sebenarnya tidak begitu selesa jika dibantu oleh mereka, dia sudah terbiasa membuat semuanya sendiri.

Tidak lama kemudian, Puan Suraya tiba di dapur. Dia sudah melihat semua bahan masakan siap tersusun di atas meja kerja. Puan Suraya tersenyum, sungguh tidak salah dia menyuruh Mikael memperisterikan Elina. Dia melangkah menghampiri Elina.

"Dah sedia?" Soal Puan Suraya saat dia sudah berdiri disamping Elina.

"Sudah, nak mula sekarang ke?" Soal Elina semula.

"Mestilah, Elina nak masak apa?"

"Elina nak belajar resepi masakan kampung, boleh ke mama?" Elina tersengih.

"Boleh sayang," ujar Puan Suraya sambil mengusap lembut rambut Elina.

Elina mengangguk, mereka segera memulakan aktiviti mereka. Menantu dan mertua itu menghabiskan waktu bersama seperti anak dan ibu kandung. Elina berasa sangat gembira boleh diajar memasak oleh Puan Suraya.

MIKAEL sudah tiba di pejabatnya, dia segera masuk ke dalam bangunan tinggi itu dan langsung ke lif untuk naik ke tingkat bilik kerjanya.

Tibanya di ruang itu, Mikael segera mengambil tempat di kerusi mewah miliknya dan segera membuka laptop untuk membuat kerja yang tertangguh. Mikael datang dengan senyuman yang manis, amat jarang dia berkelakuan begitu.

Para pelerja yang melihat tingkah Mikael itu berasa hairan dan bingung namun mereka juga senang. Walaupun sangat jarang Mikael hendak menampilkan senyuman selebar itu.

Masa berlalu begitu saja, dan kini sudah mula masuk waktu makan tengah hari. Mikael yang hendak merapikan meja kerjanya dan segera pulang ke rumah untuk makan bersama dengan ibu dan isterinya terhenti kerana pembantu peribadinya tiba-tiba menerjah masuk.

"Awak tak ada adab? Tak pandai ketuk pintu dulu ke sebelum masuk?" Soal Mikael bernada sedikit keras.

"Maaf Encik Mika, tapi kat luar ada orang yang nak berjumpa dengan Encik Mika," ujar pembantu peribadinya dengan rasa bersalah.

"Siapa?" Soal Mikael singkat, jelas dan padat.

"Sayang! Takkanlah I tak boleh jumpa you dah sekarang? Baik you pecat je dia ni, buat kerja lembab!" Teriak gadis itu setelah masuk ke dalam bilik Mikael membuatkan Mikael menarik nafas dalam.

Mikael menatap wajah gadis itu tidak berperasaan. Sungguh dia sangat tidak ingin bertemu dengan gadis itu lagi. Pembantu peribadi yang mendengar perkataan itu merasa ketakutan, sebab dulu Mikael selalu menurut apa saja perintah gadis itu, siapa lagi kalau bukan Elisha si batu sungai.

"Rina, awak boleh keluar. Biar saya yang uruskan." Ucap Mikael bernada serius pada pembantu peribadinya itu.

Pembantu peribadi itu segera keluar dari bilik itu sebelum terkena apa-apa tindakan. Elisha yang melihat pembantu peribadi Mikael itu hanya membiarkan saja lalu dia segera melangkah menuju ke arah Mikael dan duduk di paha lelaki itu.

"Kenapa you biarkan dia pergi? Cepat pecat dia!" Tekan gadis itu tepat dihadapan Mikael.

Mikael menatap wajah Elisha, lalu dia langsung bangun dari duduknya membuatkan Elisha yang duduk di pangkuannya terjatuh ke bawah dengan kuat hinggakan dia mengaduh kesakitan.

"Ouch, Mikael kenapa you macam ni?!" Tanya Elisha dengan suara berangnya.

"Kau ni siapa?" Tanya Mikael penuh makna.

"What do you mean? I ni girlfriend you lah!" Teriak Elisha marah.

"Girlfriend? Sejak dari hari pernikahan aku, kita sudah tak ada apa-apa hubungan lagi! Kau tak ada hak nak arah-arah aku lagi dan jangan pernah sesuka hati je nak buat macam tadi tu dekat aku! Aku dah ada isteri sekarang, cepatlah pergi sebelum cita-cita kau tu musnah!" Ujar Mikael panjang lebar dengan tajam dan perih.

Elisha yang mendengar itu tidak menyangka Mikael boleh berkata kasar begitu padanya. Gadis itu berjalan menghampiri Mikael dengan perasaan marah. Mikael hanya diam membiarkan apa gadis itu hendak lakukan.

Saat gadis itu sudah berdiri agak dekat dengannya, Elisha hendak menampar wajah Mikael namun lelaki itu lebih cepat menahan tangan Elisha dari hinggap diwajah kacaknya itu. Mikael sedar dirinya bukan budak kecil yang perlu diatur dan dia tidak boleh dijadikan budak oleh gadis seperti Elisha.

"Kau nak apa? Nak tampar aku? Tak payah berangan! Aku bukan budak kecik kau!" Ujar Mikael mencengkam tangan Elisha keras hingga kemerahan.

"Aww sakit! Lepaskan lah Mikael! You ingat eh, i akan balas semua ni dekat Elina!" Ujar gadis itu setelah tangannya dilepaskan.

Mikael tersenyum sinis. Dia menggeleng tidak habis fikir dengan perangai Elisha. Nak balas dendam pada Elina? Sudah pasti dia tidak akan membenarkan hal itu terjadi, dia lebih berkuasa dari gadis itu.

"Try me if you can!" Sahut Mikael tersenyum jahat.

Mikael tidak mahu berlama-lama dengan gadis itu lalu dia segera keluar dari biliknya untuk pulang ke rumah.

Mikael keluar dengan wajah seriusnya membuatkan para pekerja disitu hanya diam kerana takut. Mereka tahu ini akibat dari gadis yang baru saja datang dan mengganggunya.

Elisha yang ditinggal merasa geram dengan apa yang Mikael lakukan padanya tadi, padahal mereka baru saja berpisah beberapa minggu yang lalu namun Mikael sudah bersikap dingin dengannya. Saat dia cuba meredakan api kemarahannya, telefon dia berdering.

"Hello nak apa?" Tanya Elisha bernada geram.

"Kau kat mana? Flight kita setengah jam lagi ni!" Ujar suara dari telefon itu.

"Ya kejap lah!" Jawab Elisha dengan kesal lalu segera keluar dari bilik Mikael dan pergi meninggalkan bangunan tersebut dengan cepat.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now