HARI sudah menjadi malam saat Mikael menyudahi permainan kasarnya hingga membuatkan Elina terkulai dan tidur dengan sangat lena.
Mikael duduk di tepi katil sambil memerhatikan wajah Elina. Dia berasa bersalah kerana sudah bertindak kasar pada Elina, namun apa yang diucapkan gadis itu sungguh membuatkan dia tak dapat menahan emosi amarahnya.
Dia sudah yakin untuk mencintai Elina dan tidak akan pernah kembali pada Elisha lagi, namun sampai kini Elina seakan masih meragui keyakinannya itu. Mikael menghela nafas lalu mengambil kotak rokok di atas meja.
Mikael menuju ke balkoni untuk menghisap rokok berharap dapat melepaskan segala stress yang masih tersisa dalam dirinya. Usai merokok, dia memilih untuk mandi kerana tak lama lagi akan masuk waktu makan malam.
Sebelum dia berjalan menuju ke bilik air, Mikael menghampiri Elina yang masih terlelap, dia mengucup perlahan dahi gadis itu dan mengelusnya lembut.
"Abang minta maaf sayang," Ucap Mikael tepat ditelinga Elina.
Mikael segera menuju ke bilik air dan langsung melakukan aktiviti membersihkan tubuhnya dengan air panas.
Setelah selesai mandi, Mikael melangkah keluar dari bilik air dan langsung menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Dia menghampiri Elina dan mengucup kening gadis itu sekali lagi lalu membetulkan selimut yang sudah berantakan.
Mikael tersenyum saat menatap wajah Elina sebelum dia melangkah menuju ke ruang makan. Di leher dan dadanya terdapat banyak bekas kemerahan yang digigit oleh Elina, namun dia langsung tidak memperdulikannya dan segera turun untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya.
TIBANYA Mikael di bawah, Mikael segera menuju ke meja makan dimana kedua orang tuanya sudah menunggu dia dan Elina untuk makan malam bersama.
"Elina mana?" Tanya Puan Suraya hairan.
"Kat bilik, tidur lagi." Jawab Mikael yang sudah mengambil tempat di salah satu kerusi makan disitu dan langsung mengambil makanan untuknya.
Puan Suraya yang melihat bekas kemerahan di leher Mikael hanya menggeleng. Dia sudah dapat mengagak seberapa ganasnya anak lelakinya itu saat di ranjang.
"Mika, janganlah terlalu kasar masa tengah berhubungan badan dengan Elina. Nanti trauma dia," Nasihat Dato Affendi yang selalu diam melihat tingkah anaknya tetapi berbeza dengan Puan Suraya yang selalu bising.
Mikael lantas mendongakkan kepalanya dan menatap wajah papanya. Dia mengerti maksud papanya berkata begitu. Mikael hanya membalas dengan anggukkan kepala dan kembali menyuapkan makanan ke mulut.
"Nanti dah siap makan, bawakkan makanan untuk Elina sekali." Ucap Puan Suraya.
"Iya tahu mama," Jawab Mikael singkat.
DI bilik, Elina sudah terbangun dari tidurnya. Dia merasakan seluruh tubuhnya sakit dan yang paling nyeri adalah di bahagian peribadinya. Perut juga sudah berkeroncong kerana lapar.
Dia juga sudah tidak ingat tentang kejadian tadi kerana terlalu penat hinggakan dia merelakan tubuhnya dalam keadaan dia sudah tidur. Elina menarik selimut hingga ke paras dadanya.
Kakinya terasa sengal dan lenguh, jadi dia lebih memilih untuk menunggu saja Mikael walaupun dia tidak yakin lelaki itu akan kembali atau tidak. Elina termenung memikirkan kenapa Mikael begitu marah padanya tadi, padahal apa yang dia katakan adalah fakta.
Saat dia sedang temenung, Mikael masuk ke dalam bilik dengan membawa sedulang makanan untuk Elina. Dia melihat Elina sudah bangun namun masih berada di atas katil sambil termenung kosong.
Mikael menghampiri Elina, dia mengelus kepada Elina membuatkan gadis itu tersedar dari lamunannya dan menatap ke arah Mikael dengan kening yang bertaut rapat.
"Kenapa tengok abang macamtu? Ini makan lah," Ucap Mikael sambil meletakkan pinggan makanan di atas peha Elina.
Elina mengalihkan perhatiannya ke arah makanan yang terletak di dalam pinggan. Perutnya sudah berkeroncong hebat saat hidungnya menangkap bau sedap dari makanan itu.
"Makanlah, Elina menung apa lagi tu?" Ucap Mikael sambil mengelus lembut pipi Elina.
Elina hanya mengangguk lalu mulai makan dengan sangat rakus. Jujur, dia memang sangat lapar! Mikael yang melihat itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Makan slow-slow sayang, takde sape nak ambik pun makanan tu," Ujar Mikael tergelak lucu.
"Elina lapar tahu tak? Kalau abang tak buat kasar dekat Elina, Elina takkan lapar macam ni!" Balas Elina kesal dengan mulut yang penuh.
Dia tidak marah atas perlakuan Mikael semasa di atas katil tadi, namun dia memang sedikit tidak boleh terima kerana Mikael sangat kasar dan membuatnya sukar untuk berjalan.
"Ya, abang minta maaf. Lain kali jangan cakap benda mengarut lagi." Jawab Mikael.
Elina memandang sekilas wajah Mikael, matanya terus tertumpu pada kesan merah yang ada di leher lelaki itu. Takkan dia tak tutup kesan tu masa turun tadi? Tak malu ke?
"Abang," Panggil Elina tanpa menoleh pada lelaki itu yang asyik bermain dengan rambut Elina yang sedikit melekit.
"Apa?" Soal Mikael.
"Abang turun macam ni ke tadi?" Soal Elina sambil menguyah makanannya.
"Haah, kenapa?" Jawab Mikael ringkas.
"Sumpahlah? Abang tak malu ke dengan merah-merah tu?!" Soal Elina membulatkan matanya.
Mikael hanya menggeleng. Dia sudah terbiasa seperti itu, saat dia bersama dengan Elisha dulu dia tidak pernah menutup kesan merah itu walaupun saat itu dia berdepan dengan orang tuanya.
"Abang tak malu, tapi Elina malu!" Bentak Elina.
"Nak malu buat apa? Bukan orang lain pun yang tengok, mama papa dengan bibik je," ujar Mikael tenang.
"Eee! Dah lah! Elina nak mandi, dukung Elina boleh tak?" Tanya Elina, tak, lebih tepatnya dia meminta bantuan Mikael.
"Memangnya Elina tak boleh jalan sendiri ke?" Soal Mikael.
Plak!
Elina melemparkan bantal tepat ke muka Mikael membuatkan lelaki itu kesal. Namun saat dia melihat wajah Elina yang tak berperasaan itu api amarahnya terus padam. Dia perlu akui, Elina macam ni pun sebabkan dia juga tadi.
"Ini pun sebab abang! Kalau tak nak tolong takpelah, Elina merangkak je lah!" Balas Elina lagi dan memberikan pinggan yang sudah kosong kepada Mikael. Saat dia mencuba untuk turun dari katil, Mikael cepat menahannya.
"Ya, abang tolong. Janganlah marah abang." Ujar Mikael lalu menggendong tubuh Elina.
Elina hanya diam, dia kesal dengan Mikael namun dia juga marah pada lelaki itu. Jadi tak salah bukan kalau dia nak merajuk dengan suaminya sendiri?
Mikael risau kerana Elina tidak menjawab ucapannya sejak tadi, biasanya gadis itu ada saje mulut murainya.
Setelah meletakkan Elina ke dalam bathtub dia segera keluar untuk membiarkan Elina mandi. Dia menutup pintu bilik air itu dengan tertanya-tanya pada dirinya sendiri apa yang perlu dia lakukan setelah Elina siap mandi nanti.
"Ah sudahlah, baik panggil bibik untuk kemaskan katil ni dulu." Gumam Mikael. Siapa suruh buat Elina kasar macam tu!
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...